Bab 4

90 10 7
                                    

Agak-agaknya nenek dah sampai ke belum? Soal Khalish di dalam hati. Awal-awal pagi lagi neneknya itu sudah bertolak ke Ipoh dengan abang Jamil. Sempat juga dia bersemuka dengan neneknya pagi tadi, tetapi orang tua itu masih merajuk dengannya. Muka neneknya itu ketat sahaja bila dia hendak bersalaman dengan neneknya sebelum bertolak pergi. Khalish mengeluh perlahan. Rasa bersalah pun ada.

"Ayish! Kau okay tak ni?" Soal Maya. Berkali-kali juga dia memanggil Khalish tapi dia buat dek saja.

"Okay."

"Jangan nak tipulah, kau fikir apa sebenarnya ni? Dari tadi kau asyik mengelamun je, tak fokus langsung," soal Maya risau.

"Betul betul betul! Aku sokong cakap kau Maya! Aku dari tadi perhati je kau ni, membazir air liur aku je terang kat kau fasal benda ni bukannya kau dengar pon!" Ujar Luqman pula.

"Sorry." Sepatah kata itu keluar dari mulut Khalish.

Luqman dan Maya saling berpandangan. Maya menghantar signal pada Luqman 'Kenapa dengan Ayish hari ni?' Bagaikan mengerti apa yang diperkatakan Maya, dia sendiri menjongketkan bahunya. Entah apa kena dengan kawannya yang seorang itu.

"Err, kita take five dulu lah." Ujar Maya.

"Er, aku dah nak kena gerak lah. Aku nak kena tolong mak aku kat gerai. Apa-apa roger tau. Aku gerak lu!" Pamit Luqman.

Maya dan Khalish mengangguk kecil  sebelum Luqman berlalu pergi. Faham benar mereka dengan Luqman. Anak sulung daripada lima beradik yang terpaksa bertungkus-lumus membanting tulang untuk menyara keluarga. Ayahnya lumpuh separuh badan jadi dia dan ibunya lah yang bekerja keras untuk menyara keluarga mereka yang ramai itu. Walaupun keadaan keluarga Luqman begitu tetapi dia tetap tidak berputus asa dalam pelajarannya. Dari segi itu, Maya kagum dengan ketabahan Luqman tapi dari segi lain... tak tahulah dia nak ungkap macam mana. 

Setelah bayang Luqman hilang dari pandangan, mata Maya tertancap pula kepada lelaki di hadapannya itu. Selalunya Khalish akan menceritakan masalah-masalah yang dia hadapi tetapi kali ini diam saja lelaki itu. Risau juga dia, Khalish yang dia kenal selalunya tidak begini. Lama juga dia memandang Khalish. 

Sudah lama rasanya dia menaruh suka pada lelaki itu. Bukannya dia tidak tahu sudah banyak khabar angin tentang mereka yang mengatakan mereka berdua adalah pasangan 'couple'. Dia yakin Khalish pun tahu tentang itu. Tapi entahlah, Khalish nampak selamba saja macam tiada apa-apa kesan.

"Apa?" Soal Khalish apabila mata mereka bertembung.

Maya tersentak.

"Kau tu yang kenapa?" Soal Maya semula. Nasib baik dia sempat coverline.

Bagaikan tersedar yang dia terlalu banyak mengelamun, Khalish  mengeluh perlahan. Akhirnya dia membuka mulut.

"Dia nak datang."

"Dia? Dia siapa?" Soal Maya semula.

"Lily."

*****

"Nenek? Nenek buat apa dekat sini?" Soal Nayli bingung. Selalunya memang jarang nenek saudaranya itu hendak pulang ke kampung. Setahun sekali aje. Itu pun waktu raya, almaklumlah sibuk dengan perniagaan katanya.

Selepas bersalaman dengan Nenek Salmiah, pandangannya jatuh pula pada seorang lelaki yang lengkap berpakaian kemeja putih. Siapa pula tu? Nampak macam baya-baya mama saja. Tetapi kelihatan agak muda sedikit dari mama.

Entah-entah lelaki ini bakal ayah tirinya? Nayli berkata sendiri di dalam hati.

"Lily, pergi ambilkan air dekat dapur, mama dah bancuh dah tadi atas meja," arah Puan Haliza.

Awak, Nak Kahwin Dengan Saya Tak?Where stories live. Discover now