Chapter 1

1.5K 50 1
                                    











Normal P.O.V






"Berani kau buli adik aku!" marah seorang lelaki berambut blonde sambil memijak belakang badan salah seorang dari enam orang lelaki yang telah terbaring. "Sudah lah tu Shizuo.... Di-dia cuma tolak aku sikit jer...." kata seorang lelaki yang berambut brown cerah. "'Cuma tolak? CUMA KAU KATA??!!!" marah lelaki berambut merah pula. Dia mencekak rambut lelaki yg telah terbaring lemah. "Shizuo.. Natsuru.... sudak lah tu" kata lelaki berambut brown cerah itu lagi.







"Kau cakap senanglah..... apa guna ada abang kalau bukan untuk lindungi adik dia sendiri..." kata Shizuo. "Memang lah tapi aku cuma kene tolak sikit jer..... tak luka pun...." kata lelaki berambut brown cerah itu. Dia menunjukkan dirinya yang tidak cedera. Shizuo dan Natsuru mengeluh lalu berhenti. "Fine lah... Kalau macam tu Jom balik Natsuru, Yuki" kata Shizuo. Mereka bertiga kemudian berjalan pulang ke rumah meninggalkan enam orang lelaki terbaring lemah ditanah.










Setibanya mereka di rumah, Ibu mereka menegur. "Kenapa kamu bertiga balik lambat nie?" tanya Pn Fushimi. Shizuo, Natsuru dan Yuki tersenyum kekok. "Tak ada apalah... tadi ada orang minta tolong... tu yang balik lambat" jawab Natsuru. Shizuo dan Yuki hanya mengangguk. Pn Fushimi diam mendengar kata-kata anaknya itu. "Hari ni ibu masak apa??" tanya Yuki. Dia terus duduk di kerusi. Pn Fushimi tersenyum melihat anak-anaknya.










"Hari nie ibu masak makanan kegemaran kamu semua...." kata Pn Fushimi lalu meletakkan mangkuk yang berisi lauk. "Yeah!!!" mereka bertiga bersorak kegembiraan. "Tapi sebelum tu.... pergi mandi dulu....." kata Pn Fushimi. Dalam sekelip mata Shizuo, Natsuru dan Yuki pergi kebilik masing-masing Untuk mandi. Sementara itu Pn Fushimi memanggil suaminya untuk makan bersama. Selepas beberapa minit Shizuo,Natsuru dan Yuki tiba didapur untuk makan.









"Jom makan!!!!" kata Natsuru. Mereka semua mula makan malam bersama. Suasana dapur itu menjadi sunyi. "Ehem... kamu bertiga... lepas makan nanti jumpa ayah dekat ruang tamu..." kata En Fushimi memecah kesunyian. Shizuo, Natsuru dan Yuki berhenti dari menyuap nasi. Mereka memandang sesama sendiri lalu mengangguk faham.










Selesai sahaja makan malam mereka terus ke ruang tamu untuk berjumpa dengan ayah mereka. "Ayah nak jumpa kitorang ker?" tanya Shizuo. Mereka bertiga mula menelan air liur kerana takut. En Fushimi memandang mereka bertiga dengan tajam. Dia kemudian mengeluarkan sepucuk surat dari laci meja disebelahnya. En Fushimi memandang surat tersebut. Dia mengeluh lalu menyerahkan surat itu pada anak sulongnya Shizuo.











"Apa nie ayah??" tanya Shizuo pelik. En Fushimi tidak menjawab persoalan Shizuo tadi. Dia hanya diam. Dengan perasaan yang pelik Shizuo mengambil surat yang diberi oleh ayah mereka itu. Dia dan dua orang adiknya membaca isi kandungan surat itu. Selepas selesai membaca surat tersebut mereka memandang ayah mereka yang dari tadi memerhatikan mereka bertiga.











"Be-betul ker ni ayah??" tanya Natsuru sedikit gagap. Mereka masih tidak percaya dengan apa yang mereka baca. En Fushimi hanya mengangguk perlahan. Shizuo,Natsuru dan Yuki bersorak gembira. "Yeaaaa!!!!!! kita akan sambung belajar!!" sorak Yuki gembira. Mereka terus menanda tangani surat persetujuan itu tanpa membaca syarat kemasukan. En dan Pn Fushimi mula resah.










"Sekolah kita nanti adalah..... T....A...D.. high school??" kata Yuki. Dia memandang kearah surat persetujuan itu. "Kenapa nama sekolah nie pelik sangat" kata Natsuru. Tiba-tiba Pn Fushimi mengambil surat yang berada ditangan Yuki tadi. Dia meletakkan surat itu kedalam laci. Shizuo, Natsuru dan Yuki terkejut dengan tindakan ibu mereka. "Sudah lah berbual tu.... lebih baik kamu semua tidur.. nanti tak boleh bangun untuk hari pertama sekolah.." kata Pn Fushimi sambil tersenyum.










Shizuo,Natsuru dan Yuki hanya akur. Mereka bertiga terus kebilik masing-masing tanpa bantahan. Pn Fushimi menghembuskan nafas lega. Dia membuka laci tadi tetapi surat itu telah hilang. Dia memandang suaminya. "Betul ker apa yang kita buat nie?" tanya Pn Fushimi. "Tah lah.... tapi nie jer cara yang kita ada..." kata En Fushimi. Tiba-tiba kepalanya berdenyut. Manakala dada Pn Fushimi menjadi sakit. "Asalkan diorang selamat" kata En Fushimi sambil memegang kepalanya. Pn Fushimi memegang dadanya yang sakit. 'Kami harap kamu semua akan selamat kat sana' kata hati Pn Fushimi.















********************************************************





Heyy!!



Yea another story pelik dr aq _(._.)_

But kali nie ia x se pendek cerita BFC😅

So yeaa... Vote and comment

I will see you guys at the next chapter




BUBYEEEE👋👋👋

The Darkness FightersWhere stories live. Discover now