Chapter 27

302 17 1
                                    








Di istana kegelapan~






Nao duduk diatas tahtanya seperti biasa. Dia memandang dihadapannya dengan senyuman. Kelihatan Ai sedang terbaring dihadapanya. Rambutnya yang putih kini bertukar merah kerana darah diseluruh badannya. Nao bangun lalu berjalan mendekati Ai. "Kau tahu apa yang kau dah lakukan?" tanya Nao. Ai tidak menjawab. Dia cuba untuk bangun. "Tch... kau tak dengar ker?!" marah Nao lalu memijak belakang Ai dengan kuat. "Ughhh" Ai mengerang kesakitan.



Dia kembali terbaring. Nao memandang Ai dengan perasaan yang marah. "Kau dengar sini perempuan..." katanya lalu mencekak rambut Ai dengan kuat. Ai mengerang kesakitan. Nao bercangkung dihadapan Ai. "Aku nie Raja... and kau tu cuma kuli aku... Faham?" tanya Nao. Ai tidak menjawab kerana kesakitan yang dia rasakan. Nao menghentak kepala Ai pada lantai. Darah merah mula mengalir di kepalanya. "Kau Faham tak?!" marah Nao.



"Fa... ham.." jawab Ai sambil mengangguk. Nao tersenyum lalu membelai rambut Ai yang dipenuhi darah. "Bagus... macam nie lah spirit aku..." katanya sambil membelai-belai rambut Ai. "Sekarang kau boleh balik kat bilik kau..." katanya lalu melepaskan Ai. Dia bangun lalu memijak kaki Ai dengan kuat. "Ughh..." erang Ai. "And... jangan terfikir nak lari lagi Faham!" kata Nao dengan tajam. Ai mengangguk laju. Nao tersenyum lalu berjalan kearah tahtanya.





"Kau boleh pergi..." kata Nao lagi. Ai hanya diam. Dia cuba untuk bangun. Apabila berjaya dia tunduk pada Nao lalu berjalan kearah pintu keluar dari bilik itu. Apabila pintu bilik itu tertutup Ai terduduk. Air matanya mula membasahi pipi. "Kenapa... kenapa..." katanya berulang-ulang kali. Dia mula memikirkan apakah kesalahannya sehingga kan dia diseksa sebegini rupa.





"Kenapa? aku dilahirkan macam nie?" tanya nya sambil teresak-esak. Dia memandang tangannya yang dipenuhi darah. Dia bangun lalu mengelap air matanya. "Aku boleh lakukannya..." katanya lalu berjalan kearah biliknya. "Aku cuma kene bertahan sikit jer lagi.." kata Ai lagi. Matanya mula menjadi kabur. "Aku tak boleh mengalah.." katanya lagi. Kepalanya mula berdenyut. "Lepas semua nie... aku pasti akan dapat bersama korang..." kata Ai sebelum dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.




Flashback~


"Ibu! ayah!" jerit seorang budak berambut putih. Dia berlari masuk kedalam rumah. "Tengok nie!!! saya boleh bertukar jadi burung!" kata budak itu lalu bertukar kepada seekor burung berwarna putih. Ibu dan ayah budak itu menoleh lalu tersenyum. "Wah... Ai hebatnya kamu' puji Si ibu. "Macam nie lah anak ayah.." kata ayahnya pula.


Ai bertukar kepada bentuk manusiannya. Dia tersenyum bangga. Ibunya mengusap kepalanya. "Nanti Saya boleh tunjuk dekat yang lain.." kata Ai lalu berlari keluar kembali. Ibu dan ayahnya terkejut. "Nanti! Ai!!!" panggil ibunya. Tetapi dia terlambat. Ai telah jauh pergi meninggalkan rumah.


Ibu dan ayahnya memandang sesama sendiri. "Saya akan pergi cari dia... Awak tengokkan anak-anak.." kata Ayahnya lalu keluar mencari Ai. Ibunya hanya diam. Sementara itu Ai sedang berlari kearah taman permainan. Apabila dia tiba tiada sesiapa disitu. Dia berasa pelik. "Eh? mana semua orang nie?" tanyanya. Dia berjalan kearah buaian.

Dia menunggu kawan- kawannya. Beberapa minit berlalu tetapi tiada sesiapa yang datang. "Bosannya.." kata Ai lalu bangun dari buaian. Dia berniat untuk pulang tetapi terbantut apabila dua orang budak perempuan datang ketaman itu. Ai tersenyum lalu pergi kearah budak itu. "Hai!" kata Ai sambil melambai. Budak-budak perempuan itu memandang Ai lalu tersenyum kembali.

"Hai!"balas salah seorang dari budak perempuan itu. "Awak nak tengok silap mata?" tanya Ai. Budak- budak perempuan itu memandang sesama sendiri lalu mengangguk. Ai tersenyum lebar. "Baiklah... tengok nie.." kata nya lalu bertukar kepada bentuk burung. Dia terbang mengelilingi budak-budak perempuan itu dan kemudian bertukar kembali kepada bentuk manusia.

"Tadaa..." kata Ai gembira. Dia memandang wajah budak-budak perempuan itu. Dia menyangka mereka akan kagum tetapi tidak. "Raksasa!!!" jerit salah seorang dari budak itu. "Jauhkan diri dari kami budak pelik!" marah seorang lagi lalu berlari meninggalkan Ai yang terkedu. "Apa? tunggu!" panggil nya. Tetapi budak-budak itu telah jauh meninggalkannya.

Dia terduduk. "Kenapa diorang pergi?" tanya Ai. Dia memandang tangannya. "Pelik? raksasa?" katanya perlahan. Dia menggigil ketakutan. "Aku nie bukan manusia?" kata Ai lagi. "Kau memang bukan manusia." tiba-tiba suatu suara menjawab soalan Ai dari belakang. Ai menoleh lalu kelihatan seorang lelaki dalam usia 15 tahun. "Siapa abang nie?" tanya Ai pelik.

Lelaki itu tersenyum lalu berjalan mendekati Ai sambil menghulurkan tanganya. "Nao... selamat berkenalan Ai" kata Nao sambil tersenyum. Ai terkejut. "Macam mana abang tau nama saya?" tanya nya lagi. Dia menyambut tangan Nao lalu bangun. Nao tersenyum. "Sebab kita sama" kata nya pula. Dia memegang kepala Ai. "Sebab kita ditakuti.." katanya lagi. Tiba- tiba Ai terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Nao mendukungnya lalu membuka satu portal. "Mulai sekarang kau bukan lagi Ai Fushimi... Tapi Ai spirit aku" kata Nao lalu melangkah masuk. "Semua orang akan lupa akan kewujudan kau... Dan kau akan lupa asal usul kau" kata nya lagi. Portal itu mula hilang.




End Flashback~











********************************************************





The Darkness FightersWhere stories live. Discover now