Chapter 13

398 20 1
                                    







Shizuo,Natsuru dan Yuki hanya diam. "Kaito tu ahli The Elite kan?" tanya Yuki. Suasana menjadi sunyi buat seketika. "Yea.... Kaito tu ialah suami Makcik" kata Makcik Maria lalu bangun. Dia mendekati Sao.





"Saya akan terima apa-apa sahaja hukuman dari puan" kata Sao lalu menundukkan kepalanya. Dia merelakan apa sahaja jenis hukuman. Selepas beberapa saat tiada sebarang kesakitan yang dirasai tetapi hanyalah usapan di kepala.





Shizuo,Natsuru dan Yuki hanya mampu lihat sahaja. Sao mendongak. Dia terkejut kerana Makcik Maria mengusap kepalanya sambil tersenyum tetapi masih terdapat air mata mengalir dipipinya.






"Maaf sebab kamu terpaksa tanggung segala kesalahan nie" katanya lalu memeluk Sao. Sao tersentak dengan pelukan itu. Dia hanya mampu menundukkan kepalanya lalu membalas pelukan Makcik Maria.




Shin berasa gembira bagi pihak Sao. Ari pula hanya memandang Makcik Maria. Selama ini Sao sentiasa menyalahkan dirinya atas kematian Masternya. Makcik Maria dan melepaskan pelukan tadi. "Jom kita mulakan semula hidup nie... tak perlu terikat dengan masa silam" kata Makcik Maria sambil tersenyum. Sao mengangguk setuju.







Makcik Maria bangun sambil menarik Sao untuk bangun. "So.... jom kita buat party!!" katanya sambil menepuk tangan. "Huh?" kata Shizuo,Natsuru dan Yuki pelik. "Kita akan buat satu majlis kecil-kecilan untuk kamu semua" kata Makcik Maria lagi.







Dia mengambil telefon bimbitnya lalu mendail satu nombor. "Hm.. hello? Yea... boleh tak saya nak minta pertolongan sikit? Yeah.." kata Makcik Maria di dalam telefon itu. Dia pergi kearah dapur. Shizuo,Natsuru dan Yuki memandang kearah spirit mereka.







"Sebab tu ker korang macam tu?" tanya Yuki. Sao,Ari dan Shin terkejut dengan soalan yang ditanyakan. "A-apa maksud kau?" tanya Shin sedikit gagap. "Korang berkelakuan pelik bila Yuki sebut nama Makcik Maria masa kat sekolah tadi.." kata Shizuo pula. Sao mengalihkan pandangannya. "Jadi? Korang tak perlu tahu pasal masa silam kitorang pun.." katanya lalu keluar dari rumah.








Ari hanya mampu mengeluh manakala Shin pergi mengejar Sao. Selepas beberapa minit Makcik Maria kembali ke ruang tamu. . "Baiklah... Eh? Mana Sao dengan Shin?" tanya Makcik Maria pelik. Shizuo,Natsuru dan Yuki terdiam. Ari tidak mengindahkan apa yang dikatakan oleh Makcik Maria. Tiba-tiba pintu hadapan rumah dibuka menyebabkan mereka yang berada di dalam rumah itu terkejut. Kelihatan Shin sedang memegang kolar baju Sao. "Kami disini" kata Shin sambil tersenyum.







Shizuo,Natsuru,Yuki dan Makcik Maria menghembus nafas lega. "Tak apalah.... Makcik dah telefon Pengetua kamu dan minta dia kecualikan kamu dari latihan esok..." katanya sambil tersenyum. "Kecualikan dari latihan?" tanya Yuki pelik. "Maksudnya kitorang dapat cuti lagi esok?" tanya Natsuru pula. Sao,Ari dan Shin terkejut. "Kejap... kenapa pengetua pulak yang bagi arahan?" kata Sao.







"Yea... sekarang diorang dibawah latihan kitorang" kata Shin pula. Makcik Maria terdiam. "Ah? betul ker? tapi pengetua kata ianya okey.." kata Makcik Maria. Sao dan Shin ingin menalefon pengetua Hiro tetapi dihalang oleh Ari. "Ari? kenapa nie?" tanya Sao. "Cuma untuk esok jer... lepas esok korang akan buat latihan dua kali ganda!" kata Ari sambil memandang yang lain. Shizuo,Natsuru dan Yuki mengangguk laju. Sao ingin membantah tetapi hanya diam.





"Kalau macam tu mari kita mulakan party kita!!" kata makcik Maria. Shizuo,Natsuru dan Yuki bersorak gembira. Sao dan Shin hanya mampu mengeluh. Ari memerhatikan mereka semua.















*********(Time skip cuz... why not?)******







Jam sudah menunjukkan pukul 10:00 malam. Kelihatan tiga orang gadis sedang tidur diruang tamu. Shizuo, Natsuru dan Yuki hanya mampu mengeluh. Mereka kemudian menyelimutkan spirit mereka.





Mereka merenung muka spirit mereka. "Aku rasa nie kali pertama diorang tidur dalam bentuk manusia.." kata Yuki. "Yea... nie pun kali pertama diorang nampak gembira" kata Shizuo pula sambil mengusap kepala Sao.






"Diorang mesti dah lalui banyak benda..." kata Yuki lagi. "Sebab tu diorang macam tak percayakan orang" kata Natsuru pula. Mereka hanya mampu tersenyum melihat spirit mereka yang sedang nyenyak tidur.








"Ehem! Seronok tengok orang tidur?" kata satu suara dari belakang mereka. Shizuo,Natsuru dan Yuki terkejut. Mereka menoleh kebelakang. Kelihatan Makcik Maria sedang memandang mereka sambil bersandar di dinding.







"Ma-mana ada kitorang tengok diorang tidur.." kata Shizuo sedikit gagap. Natsuru dan Yuki mengangguk laju. Makcik Maria hanya mampu tergelak melihat gelagat tiga orang remaja lelaki itu.




"Makcik ada benda nak cakap dengan kamu nie... mari kedapur kejap" kata Makcik Maria lalu berjalan ke arah dapur. Mereka yang lain mengikut langkah makcik maria.







Setibanya mereka didapur mereka duduk dikerusi yang tersedia. "Kenapa makcik?" tanya Yuki. Makcik Maria memandang mereka berempat dengan senyuman sinis. "Sebenarnya makcik nak ajar kamu suatu taktik" kata Makcik Maria.





"Taktik? maksud makcik?" tanya Shizuo pula. "Taktik yang kamu boleh gunakan nanti..." kata Makcik Maria lagi. Shizuo,Natsuru,Nao dan Yuki berasa pelik. "Baiklah... kalau kamu dah sedia kita akan mulakan esok" kata Makcik Maria lalu bangun meninggalakan mereka bertiga yang terpinga-pinga.





















********************************************************

The Darkness FightersWhere stories live. Discover now