Chapter 37

264 10 0
                                    



Sao P.O.V

Aku memandang gadis didepan aku itu. 'Aku tak boleh cederakan dia sebab dia adik Shizuo... tapii' Aku mula berdebat dengan diri sendiri. Ai mula mengangkat pedangnya. "Ketepi... jangan halang urusan aku dengan diorang" kata Ai. Dia mula mendekati aku. "Jangan harap kau boleh sentuh diorang" kata ku lalu menyerang Ai. Kami mula berlawan. Walaupun Ai menggunakan pedang tetapi cara dia berlawan sangat lemah dan cuai. Even cara dia pegang pedang pun salah!. 'Kalau aku biarkan die lawan pakai pedang... mungkin dia boleh cederakan diri sendiri' kata hatiku.

Aku menembak tangan Ai menggunakan salah satu panah. "Ahg!" Ai mengaduh lalu melepaskan pedang yang dipegangnya tadi. Apabila pedang tersebut menyentuh lantai ia mula hilang. Ai mencabut panah yang berada ditangannya. Aku menjatuhkan panahku. Ai memandang aku pelik. "Aku tak suka perlawanan yang berat sebelah" kataku lalu mula bersedia untuk berlawan hand-to-hand combat.

"Kau ingat aku akan terharu ker?" kata Ai lalu menyerang aku. 'Hm? dia agak hebat dalam berlawan tanpa senjata' kata hatiku. Ai mengelak dan menyerang. Cara dia berlawan sangat stabil. Aku mula tenggelam dengan pemikiran aku sehingga tidak menyedari serangan dari Ai. Dia menumbuk perut ku. Aku tersentak lalu terduduk menahan sakit. Darah merah mula mengalir keluar dari mulut.


Ai ingin menendangku tetapi aku sempat menangkap kakinya. Aku tergelak kecil lalu memandangnya. "Not bad untuk illegal spirit macam kau.." kataku. Ai terkejut lalu menjauhkan diri dari aku. "Heh.... asal kau lari?" kataku lalu bangun. Aku sedar bahawa Ai seperti menggeletar ketakutan. "Apa yang kau cakap nie? Aku bukan illegal spirit lah.." kata Ai. Aku memandangnya pelik.

"A... aku bukan illegal spirit!!" jeritnya lalu menyerang aku sekali lagi. Aku mengelak semua serangannya. "Aku perlu bunuh diorang untuk jadi spirit yang sah! itu apa yang Master kata!" jeritnya lagi. Aku mula berasa sangat marah lalu menumbuk Ai. Dia terjatuh. Aku mendekatinya lalu mencekak leher bajunya. "Sanggup ker kau cederakan abang-abang kau?" kataku. Ai terkedu.



Aku menyelak lengan bajunya. Kelihatan satu bulatan dan terdapat bintang berada dilengan Ai. "Ini bukti kau adalah illegal spirit..." kataku lalu menyelak lengan bajuku pula. Ai memandang tanganku. Tiada sebarang tanda ditanganku. "Spirit biasa ada kolar untuk mengambil DNA master mereka.. manakala illegal spirit perlu minum darah master mereka.." kataku sambil memandang Ai. Dia seperti terkejut.




Aku mengeluh lalu bangun. "Diorang akan terima kau even kau tu illegal spirit" kataku. Ai memandang aku dengan perasaan yang pelik. "Kau je yang diorang ada sekarang" kataku lagi. Air mata muka mengalir dipipi Ai. Dia mula menangis teresak-esak. Aku menepuk bahunya lalu pergi mendekati Masterku. 'Sorang dah tumbang' kata Hatiku lalu memandang kearah Ari dan Shin.
















********************************************************




The Darkness FightersWhere stories live. Discover now