c.2013

33 2 2
                                    

tahun 2013 merupakan tahun permulaan aku sebagai seorang pelajar menengah. sekolah yang aku dapat tidaklah jauh dan bukan asrama penuh tetapi asrama tidak penuh. gurau. sekolah aku merupakan sekolah harian namun menyediakan khidmat asrama bagi mereka yang inginkan kelainan dalam kehidupan. serta bagi mereka yang berfikiran untuk berdikari dan tidak menyusahkan ibu bapa. 

aku tidak bermaksud untuk menghina atau merendahkan mereka yang tidak duduk asrama, namun itu apa yang sering dikatakan. majoriti yang merelakan diri untuk 'check in' ke asrama adalah mereka yang ingin berdikari. namun, ada juga yang terpaksa. 

aku? aku adalah salah seorang dari mereka yang hanya duduk rumah dan tidak teringin langsung untuk berada di asrama atas alasan hendak berdikari. kerana aku yakin, berdikari bukan di asrama sahaja, di rumah juga mampu mendidik kita untuk berdikari.

namun, bukan isu ini yang hendak aku uraikan. sebaliknya, isu tentang mereka yang pernah memberi sesuatu namun tiada balasan mahupun jawapan dari penerima. iaitu, aku.

hakikatnya, aku terima apa yang diberi cuma malas hendak membalas. sebagai contoh, aku dapat coklat, aku makan. namun, aku tidak berjanji untuk membalas semula perbuatan tersebut kepada pemberi. 

bukan kehendak aku dia memberi. barangkali hati dan niat dia untuk menderma. namun, salah orang. kerana aku tidaklah begitu miskin sehingga tidak berupaya untuk makan. 

jadi, 2013 merupakan tahun di mana ramai orang menganggap aku miskin sehingga sanggup memberi coklat kepada aku. ya, hampir ke semua coklat yang aku terima, aku makan. namun ada yang aku sedekahkan pula kepada kawan-kawan aku yang aku rasa, mereka bukanlah golongan peminta sedekah. sekadar berkongsi rezeki. 

namun aku runsing, adakah coklat merupakan satu hidangan yang popular ketika itu kerana apa yang aku tahu,  wang adalah satu bentuk medium yang seharusnya aku dapat kalau benar mereka menganggap aku tidak berkemampuan untuk membeli makanan. bukanlah coklat.

rupanya aku salah. aku salah dalam banyak perkara. pertamanya, mereka ini tidak lah bersimpati ke atas aku kerana aku tidak berkemampuan sebaliknya, mereka memang merelakan hati untuk memberi aku coklat kerana mereka berasa gembira untuk melakukannya. aneh. 

keduanya, aku salah kerana coklat bukanlah medium seperti wang yang digunakan untuk mengelakkan rasa simpati sebaliknya, coklat ialah hati mereka ikhlas dalam meminta hubungan istimewa diteruskan. 

nampaknya, aku sudah termakan hati mereka. walaupun yang bakal keluar juga adalah coklat, namun, tidak mungkinlah untuk aku mengumpul dan menghantar semula. siapa sanggup? (boleh message untuk kefahaman lebih lanjut mengenai ayat berikut.)

jadi itu yang berlaku ke atas aku bagi tahun 2013.

aku bertemu ramai kawan baharu. ada yang aku kagum dengan kecantikkan, kepandaian dan kebodohan. 

hari pertama aku disekolah ketika orientasi, aku terkejut dengan sikap aneh segelintir pelajar yang asyik-asyik memandang aku tanpa segan dan silu. aku pula yang naik ngilu. 

ketika di dewan perhimpunan, sedang aku khusyuk menumpukan seribu perhatian terhadap apa yang disampaikan, aku terasa seolah ada yang memerhati. 

dengan pantas, aku memandang keliling. tak ada. sekadar syaitan yang membisik untuk mengalih. hilang segala tumpuan aku sebentar tadi.

perlahan-lahan, aku menghembuskan nafas dan menutup mata, dahi aku berkerut. 10 saat mata yang terpejam, aku buka perlahan-lahan. cuba mengaut semula segala jenis dewa fokus untuk aku kembali fokus memandang ke hadapan. 

tidak lama selepas itu, sekali lagi, aku terasa seperti ada arus dawai yang mecucuk-cucuk memandang aku. aku pusing, arus dawai terjatuh. terlepas. aku tidak berjaya menangkap dimanakah pangkal dawai tersebut. aku mengalah. 

nampaknya, si perenung benar-benar hebat dalam melakukan tugasnya. tidak boleh jadi. aku perlu lagi hebat dari dia!

aku kembali ke hadapan. kali ini, aku berazam untuk segera menerkam si perenung sebelum sempat dia menyorok. aku berpura-pura fokus. tidak berapa lama selepas itu, aku terasa lagi. arus ini. arus dawai yang sama. 

satu,

dua,

tiga, !

aku pusing mengikut firasat arah dawai itu dan aku berjaya menangkapnya! perlahan-lahan, anak mata aku mengikut susur alur dawai sehingga tiba ke pangkalnya. 

hamizah.

nama dia yang sempat aku baca pada tudungnya sebelum dia mengulum senyuman buat aku. aku kembali balas dengan tahap yang sedikit rendah, kerana jauh dalam hati aku, aku bertanya

"perempuan ni dah kenapa? tenung-tenung. aku yang jadi mangsa naik penat sebab asyik kene tenung. " rungut aku dibalik senyuman yang aku kirimkan buat si perenung.

sekurang-kurangnya, aku membalas semula senyuman Hamizah. jadi, aku tidaklah sekadar menerima dan makan. adalah juga, menerima dan memberi. 

haha, tahniah. 

sejak aku berjaya menangkap perbuatan keji Hamizah yang asyik-asyik tenung aku, lagaknya kian menjadi. Hamizah menjadi semakin berani. 

"jenis tak makan saman, dan tidak takut mati punya manusia." gumam aku sendirian.

setelah hampir seribu kali mengikut pengiraan gaya aku, Hamizah merenung aku , aku membalas renungan nya. anehnya, tidak pula terasa angin ataupun cahaya terang tiba-tiba muncul seperti apa yang selalu berlaku terhadap 'scene' merenung dalam drama-drama india. 

aku yang pertama kali bertemu si perenung,Hamizah, memberanikan diri membuka suara, dengan senyuman manis yang aku cuba kekal kan, dan berkata,

"kau pahal tenung-tenung aku?"

ha! aku bohong. sebaliknya, aku menyoal Hamizah begini,

"Kenapa?" dengan nada yang seakan-akan ketakutan seperti ada ulat terbang yang hinggap di kepala aku. 

"muka awak macam patung." I'm dead.

aku terasa seolah-olah disumpit oleh siapa-siapa yang membuatkan senyuman aku menjadi janggal dan akhirnya aku sekadar pusing ke hadapan seperti robot. 

permulaan jenis apa ni?

namun begitu, disebalik kejanggal-lan yang aku rasa, siapa sangka, apa yang dikata Hamizah adalah benar.

muka aku persis patung yang menyebabkan ramai hati tertarik yang menyebabkan, aku lebih banyak menerima dari memberi. 























p.s

just gonna do a real quick review. is it fine for me to write down the story with this kind of pattern,like a diary or maybe documentary, 

or you guys prefer with a normal pattern which is, like a novel... 

or, there is no different ?

please, let me know. thank you. :)

SECRETWhere stories live. Discover now