"Happy birthday." Ucapan pertama yang dilontarkan, sebaik sahaja mata aku segar bugar dari sebarang tahi mata.
Aku senyum. 13 tahun sudah aku hidup di bumi yang aku sendiri tidak tahu berapa panjang usianya? Adakah, sehingga nyawa aku dikembalikan, atau sebelum sempat aku taubat? Tak tahu. Kenyataan yang bahkan para Nabi tidak tahu. Apatah aku, manusia.
Masa ini, kalian mula rungsing adakah engkau tersalah cerita dan tertekan cerita koleksi agama?
Tak, kalian tidak salah. Sebaliknya, aku yang sengaja menerapkan nilai-nilai akhirat dalam cerita ini, disusuli dengan
#DoneDakwah
Abah memeluk aku erat sebelum melepaskan aku pergi ke sekolah. Aku masih menerapkan manisnya senyuman yang muncul sejak dari tadi.
Hari jadi. Sebuah hari yang kejadiannya memberikan kegembiraan buat keluarga, iaitu kelahiran aku. Namun, kesedihan buat dunia kerna bertambah insan yang tak berguna. Namun bahagia buat si dia yang kemungkinan bakal bersama dengan aku hingga ke hayatnya.
Jangan cringe. Aku sekadar berjenaka. Hahaha. Lihat, kalian pun ketawa.
#99kataFattahAmin.
Namun, setelah memasang senyuman manis selama 20 minit, senyuman tersebut hilang kerana teguran yang aku terima dari teman. Apalah nasib badan.
"Kau senyum-senyum ini, kenapa?" Soal Qamarina dengan ais beku di wajahnya.
Dingin.
"Tak ada apa. Sahaja. Salahkah?"
Qama tidak membalas jawapan aku, sebaliknya, dia hanya biarkan sahaja aku tergantung sepi.
"Weh!!! Happy birthday!!" Damia menjerit kuat, sehingga yang lain datang kerumun dan menyebut benda yang sama.
Ulang tahun.
jujurnya, aku tidak menyangka apa, atau siapa yang bakal mengejutkan aku dengan apa jua kaedah yang sering ditunjukkan di kaca tv.
tidak. aku tidak punya angan-angan.
cukup dengan ucapan ringkas, selamat hari lahir mampu memberitahu bahawa kelahiran aku dihargai oleh semua.
seperti,
terima kasih kerana lahir.
hari itu aku rehat seperti biasa. seperti yang aku katakan, aku tidak menjangka apa-apa kejutan. mana mungkin makcik kantin akan menghadiahkan makanan percuma meskipun aku lah pelanggan tetapnya. mustahil.
oleh disebabkan itu, aku tak beli apa-apa makanan dari kantin. sebaliknya aku beli dari koperasi yang menyediakan hidangan ringan seperti sandwich. boleh lah, dari tak makan.
aku menggunakan jalan yang menuju ke surau, memandangkan kami akan menjalan ibadah solat fardhu selepas itu.
selesai solat, kami berangkat terus ke kelas. untuk golongan yang nerd seperti kami, kami adalah lurus untuk mengikut peraturan sekolah.
ya, saya b0dak baek.
kelas yang berada di tingkat 3 yang menyebabkan kami mendaki sehingga 24 buah anak tangga menyebabkan aku kepenatan sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi. guru matapelajaran berikutnya masih belum masuk.
huh. melayu.
aku memejamkan mata, cuba menangkap semangat yang hilang dek 24 buah anak tangga.
ku seru semangat alam semesta.
YOU ARE READING
SECRET
Randomjujur, apa yang aku rasa untuk mereka yang pernah memberi namun tidak diterima. Rahsia Yang aku jaga sebaik baiknya.