c.2013.3

15 2 0
                                    

Secara jujurnya, gambar yang ditweet oleh Dayah masih berjaya menguasai minda dan menganggu tidur aku. Kerana, sehingga sekarang, aku masih ralit memikirkan tentang mamat itu.

Persoalannya,
Apa masalah kau sampai acah-acah kenal mamat tu?

Mungkin,
Inikah yang dimanakan kejora cinta?
(This is a song, actually. Kah. But, never mind)

"Tidur! Tidur! Tidur sekarang atau, kene tinggal van esok!" Ugut aku, pada diri aku.

Satu ugutan yang bagus, kerana, sebaik sahaja aku mengunggut, aku terus tidur dan tidak terjaga langsung.

Ha!
Bukan mati.


"Weh, tu siapa?" Tanya aku langsung pada Muiz.

"Mana? Mana satu?" Soal Muiz yang keliru melihat jari telunjuk aku.

Kami berdua ibarat banduan yang obses dengan dunia luar, jikalau di lihat dari hadapan. Hal ini kerana, kami sedang merapatkan diri pada tingkap yang hanya berpagar kerana cermin, pecah.

"Mana satu? Kau ni, tunjuk lah elok-elok." Marah Muiz. Barangkali, annoying dengan jari telunjuk aku yang bergerak-gerak.

Aku memandang Muiz, tidak puas hati.

Alamak, marah-marah pula.

"Tengok la elok-elok. Itu, yang pakai baju sukan,itu!" Muiz menjadi kaget apabila dirinya dimarah semula.

"Kau marah ni, kenapa?" Tanya Muiz.

"Iya lah. Lembab sangat. Aku yang frust, sudahnya."

"Okei-okei. Yang pakai baju sukan, sekejap ya. Nak scan." Aku memberi ruang buat Muiz untuk scan satu-persatu manusia yang dicirikan memakai baju sukan.

"Oh! Itu ke? Yang duduk atas meja, itu?" Soal Muiz penuh keterujaan.

Aku memandang Muiz penuh kecurigaan. Dah kenapa dia ni, teruja semacam.

"Dia tu kan, sekejap ya. Aku nak, kau sebut nama dia." Muiz segera menyambar mechanical pencil jenama Pilot, milik aku. Kemudian, selamba mak badak dia, conteng sesuatu di atas buku latihan Bahasa Melayu aku.

Namun, aku biar kan sahaja. Kerana, aku juga tertanya-tanya, apa yang hendak disampaikan oleh Muiz sehingga terpaksa menulis berbanding bercakap. Atau barangkali dia dirasuk seperti Transfomers yang akan menulis kod-kod asing?

Aku memandang Muiz untuk memastikan wajahnya tidak tegang seperti hero dalam Transfomers. Mana tahu, tiba-tiba matanya menjadi putih, mulutnya menjadi arnab?

Namun, aku mampu melepaskan nafas lega apabila Muiz kelihatan biasa-biasa sahaja.

Alhamdulillah, Muiz, selamat. Mahu sahaja aku melalukan sujud syukur, namun biarlah.

"Okei! Ini dia! Ini nama dia. Cuba kau sebut." Khayalan aku mati apabila dikejutkan dengan suara Muiz.

Dalam waktu ini, syukur yang aku doakan buat Muiz berubah menjadi cacian akibat daripada kejutan ringan yang dilakukan oleh Muiz. Nasib engkau lah.

Aku meneliti nama yang tertera di atas kertas yang ditulis oleh Muiz. Oh, bukan kod asing seperti Transformers. Segala abjad nya masih mampu aku tafsir.

Razyin Ehsan

"Alah, senang sahaja. Raz-yin Eh-san." Aku tersenyum sinis memandang Muiz. Salah orang kalau mahu bertarung.

Muiz ketawa kuat. Aku menarik wajah. Apa? Apa yang lawak?

"Salah. Semua sebut macam itu. Sekolah rendah dulu, cikgu pun asyik sebut macam itu. Hahaha." Muiz menyambung deraian tawa nya.

Aku masih dalam posisi yang sama memandang Muiz penuh kehairanan. Salah ke aku sebut?

"Nama dia, Razyin Ehsan. Ra-ziin Eh-san."

"Entah apa-apa entah. Acah unik sahaja nama." Kutuk aku mentah-mentah.

"Alah, engkau. Cakap orang. Nama engkau itu?" Marah Muiz pula, membela rakan.

Aku menarik wajah lagi. Diam lah engkau. Marah aku dalam diam.

Namun di sudut lain minda aku,

"Oh, nama dia Razyin Ehsan." Aku termenung sendirian.

Muiz berlalu tinggalkan aku yang sedang termenung sendirian. Aku khayal sendiri dalam melayari mimpi yang aku kurang pasti, gembira atau biasa-biasa sahaja.





6.40 petang merupakan waktu kami semua habis sesi persekolahan. Aku gembira. Siapa yang tak gembira bila pulang sekolah? Kau gila ke apa?

Tapi, tak bermaksud, keluar sahaja pintu pagar kau terus bertemu pintu rumah. Sebaliknya, kau kene tunggu lebih kurang 30 minit lamanya untuk tiba ke rumah.

Sebenarnya, ia bergantung kepada jenis pemandu van atau bas yang kau bayar. Ada yang jenis, biar lambat asal selamat atau mungkin, jenis yang masa itu emas. Jadi cepat.

Atau aku sahaja yang mengalami perkara begini? Well, tak kisah. Sebab, pengalaman mematangkan manusia. Tiba-tiba. Haha.

Jadi, aku terpaksa tunggu di luar untuk beberapa minit sebelum van aku tiba. Aku tak kisah. Sebab, aku sendiri sering lambat untuk naik van bila mahu pergi sekolah. Jadi dalam kes aku, kira, adil dan saksama lah.

Apabila tiba sahaja van kami, kami senang hati. Senyum nampak gusi. Betapa van ibarat pelita hidup.

Jadi kami pun, berlari mendapatkan van. Sebab, siapa cepat, dia dapat. First come, first serve. Hakikatnya, kami terpaksa merebut kerusi yang bapak limited gila dalam van.

Dalam aku sedang berlari anak mendapatkan van, tiba-tiba, geng tekali kacau laluan.

Boleh pula main sepak-sepak batu dalam aku tengah kelam kabut mengejar van.

Aku memandang mereka satu persatu. Kemudian aku terpandang dia,

Razyin Ehsan.

"Oh ini lah dia." Aku bicara sendiri.

Kemudian aku tersedar semula apabila batu tersebut kene kaki aku. Aku pandang bawah. Melihat batu yang tiada wajah.

Kemudian, tanpa berfikir panjang, aku sepak batu tersebut masuk longkang.

Hah! Gol! Kalah Hazard. HAHA.

"Woi! Kau sepak mana?" Marah paan.

Aku pandang dia,
"Aku nak lalu. Van aku dah sampai." Marah aku.

"Yelah. Sepak lah sini balik." Sambung paan.

"Nanti korang block." Jawab aku.

Dia, sekadar tersengih. Aku mencuri pandang. Aku senyum dalam hati.

Masa ni, aku cringe dengan diri sendiri.

Tapi hakikatnya, itu yang aku rasa. Dalam diam. Tanpa siapa, dan mereka tahu.

Hanya aku. Dalam diam.

SECRETWhere stories live. Discover now