c.2013.2

18 1 1
                                    

segalanya masih terasa asing bagi aku, meskipun hampir semua yang aku lihat adalah orang yang sama dari sekolah rendah. namun, udara dan suasana membuatkan aku terasa berada di kawasan yang jauh sekali dari sekolah rendah aku. 

Aku cuba berangan seolah-olah drama korea yang terasa angin tiba-tiba datang menjengah. Namun, khayalan aku mati.

"kau ni, muka macam dayah." aku terjaga dari lamunan. 

"dayah? dayah siapa?" tanya aku kalut. 

siapalah yang sedang bercakap dengan aku ketika itu? aku mengangkat kepala, meneliti wajah yang sedang berdiri tegak dihadapan meja aku. 

err, asingnya. untuk seketika, aku memandang keliling. lain. 

Lain dari kali terakhir tempat yang aku situasikan. Dewan. Ini bukan dewan. Ini...

oh. 

Sesi orientasi aku telah lama melabuhkan tirainya. Sekarang, kami sudah mulakan sesi pembelajaran.

Aku berada di dalam kelas,yang riuh, sesuai dengan nama kelas, Ceria. Terlalu ceria.

Aku mengerdip mata beberapa kali. Sekali lagi, jasad yang sedang berdiri tegak aku pandang.

Oh, Muiz. Anak pemandu bas yang telah pencen. Apa yang dia cakap tadi?

"Ha?" Soal aku dalam sedar. Meminta agar Muiz mengulang kembali ayatnya.

"Muka kau. Macam dayah." Ujarnya sekali lagi.

Gila.

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Dayah. Siapa Dayah?

"Dayah mana, kau ni?" Soal aku dalam kerunsingan. Bulu kening aku bertemu.

"Ish, jap. Mana satu ya kelas dia.." Muiz beralih arah. Tidak lagi berdiri tegak memandang aku. Sebaliknya, matanya ligat memandang ke arah luar tingkap.

Kelas kami berada di blok C. Manakala, kelas Dayah yang Muiz katakan, berada di blok B. Ya, blok kami bersebelahan. Oleh itu, kami boleh meninjau dengan mudah kelas-kelas tingkatan 1 yang berada di blok B.

"Ha! Tu dia!" Jerit Muiz, senang hati.

Mata aku terkerdip lagi. Dahi aku mulai melakar jalur-jalur kerutan.

Pahal mamat ni. Desis aku sendirian.

"Mana?" Soal aku, yang masih samar-samar tentang gerangan si Dayah.

"Tu ha! Yang pegang kain lap warna pink tu."

Aku memandang ke arah jasad yang dikatakan oleh Muiz. Oh, itu dia. Yang pegang kain lap warna pink itu.

"Eee! Mana sama, pandai. Lain gila." Aku menafikan kata-kata Muiz.

Apa yang sama siot. Dayah memiliki mata seperti Harry Style manakala aku seperti,

Seperti, entah. Aku tak pasti.

Makhluk asing, barangkali.

Yang aku tahu, wajah kami adalah tidak sama. Muiz, merepek.

"Eee, kau ni. Sudah la." Aku mematikan perbulan sebelum berlalu keluar pergi ke tandas.





Angin petang terasa lembut menampar pipi. Waktu menunjukkan ke angka 6.45 petang. Namun, kewujudan van sekolah, masih samar-samar kelihatan.

"Cik Din lupa kita ke apa?" Soal aku, serkap jarang.

"Merepek la kau ni. Ramai kot yang naik dia. Takkan dia lupa." Qama menepis laju serkap jarang aku.

Aku membisu. Ada benarnya juga. Mana mungkin Cik Din lupa. Dengan bilangan penumpang seramai ini.

Melainkan, Cik Din benar-benar terlupa. Haha!

Masih cuba memenangkan situasi.

"Kau yang Muiz kata serupa macam aku tu kan?" Soal seseorang dari arah kanan aku.

Senyuman aku mati. Siapa? Siapa yang berani mematikan lamunan kemenangan aku? Siapa? Aku menoleh ke arah kanan.

Asing. Aku tak kenal. Siapakah dia? Aku meneliti lama. Cukup lama sehingga aku terpandang nametag yang terjahit kemas di tudungya.

Hidayah.

Ha? Sounds familiar. Tapi dimana ya?

Jap, cuba aku proses balik ayat dia tadi.

"Eng..kau..kan..ya..ng..mu..iz..ca..kap.." pergerakkan suara Hidayah dimainkan dalam mode lambat.

Ha! Muiz. Dia ada sebut nama Muiz. Muiz, Hidayah. Apa kaitan diorang berdua ni? Muiz, Hidayah. Hidayah,Muiz.

Muiz, Dayah??

Aku memandang Hidayah lebih tajam. Oh! Dia ni lah! Si Dayah yang pegang kain lap pink.

Jap, mana kain lap dia?

Oh, dia simpan lah kot.

"Ha? Ha ah. Ye lah tu." Jawab aku, berlagak tenang.

"Muiz tu, gila kan? Mana sama muka kita. Kau comel kot." Ujar Hidayah.

Ee. I can not brain this. Apa ni.

Sudahnya, aku sekadar menghadiahkan senyuman paling janggal kepada Hidayah.

Hidayah, semoga mendapat hidayah, ok?





Malam itu, seperti remaja-remaja yang baru nak membangkit, aku juga melayari Twitter.

Aku mengikuti perkembangan senior-senior lama yang sudah selesai zaman persekolahan nya.

Tiba-tiba mata aku tertangkap lalu terkunci pada satu gambar profile yang tiba-tiba muncul di bahagian suggestion untuk difollow.

Ee, this is her. The pink handkerchief girl.

Hm, mahu nyata, mahu maya, dua-dua aku jumpa. Bosan betul.

Aku tanpa segan silu, menekan laju pada profile nya. Satu persatu tweetnya aku baca. Ada yang lawak, ada yang hambar, ada yang aku sendiri tak faham apa yang dia cuba sampaikan.

Kemudian, aku beralih kepada gambar-gambar yang dia tweet. Satu persatu. Cukup teliti.

Kemudian, jari aku mati dihadapan satu gambar. Gambar Hidayah dengan seorang lelaki yang sebaya sambil buat peace.

"Kawan." Sebagai caption.

Hm, macam kenal lah, siapa ya?

Hah! Semua kau kenal! Baru sebulan sekolah, satu sekolah kau kenal?

Me
Ni
Pu
!!

Aku melarikan pandangan. Aku follow Hidayah. Kemudian, aku logout.

"Dayah, you better follow me back." Aku mengunggut tanpa ada si mangsa, hidayah.

Bodoh.

SECRETWhere stories live. Discover now