So first week ni tajuknya adalah KUNCI dan genre yang aku kena tulis ialah General Fiction. Harap semua terhibur! Don't skip even a sentence okay! Nanti tak paham!
Header by flwerpsy
Media by AffendyHakim###
"Kau kena banyak berehat."
Aku mendongak dan melihat seorang lelaki pertengahan umur berdiri di hadapan aku dan merenung aku dalam dalam. Matanya tajam melihat mata aku tanpa berkelip. Aku yang duduk di atas sofa usang membalas pandangannya sambil mengangguk perlahan.
Mukanya kelihatan seperti orang yang aku kenali, tapi aku tidak dapat mengecam siapa gerangan lelaki di hadapan aku itu.
Aku ingin mengatakan sesuatu kepada ayatnya tadi tapi masa seperti bergerak perlahan dan aku agak lambat untuk memproses apa yang sedang berlaku. Ayat aku hilang di pertengahan udara walaupun aku hanya tinggal untuk memetiknya satu persatu.
Segalanya kabur seperti warna asap yang tercipta dari kopi panas yang terhidang di meja kopi hadapanku.
Muka lelaki itu tampak tenang walau ada nada serius dalam ayatnya. Mukanya sedikit berkedut tetapi langsung tidak mempunyai misai atau janggut. Separuh rambutnya sudah gugur di bahagian tengah dan warnanya sudah bertukar putih.
Dia kemudiannya berjalan ke arah dapur dan mata aku perlahan mengikut gerak geri lelaki itu.
"Tapi aku.. aku kena kembali selesaikan tugas-"
Mulut aku bersuara secara automatik. Ayat yang aku keluarkan tidak seperti yang aku sangka. Aku tidak terfikir langsung untuk mengeluarkan kata kata sebegitu. Mungkin ini maksudnya frasa bercakap tanpa berfikir yang disebut orang.
Lelaki tersebut berhenti melangkah dan melepaskan keluhan yang agak panjang.
"Sudah. Jangan banyak membantah. Hujan berhenti nanti berangkatlah kau."
Kata kata aku dipotong oleh lelaki tua itu tapi dia langsung tidak berpaling ke arah aku sebaliknya meneruskan langkahnya ke dapur.
Aku ingin membalas kata katanya tetapi mulut aku membisu. Niatku tidak sampai dan mulut aku tidak mahu memproses apa yang aku kehendakkan.
Aku kini tersedar bahawa diriku berada di ruang tamu rumah itu yang kelihatan agak kosong tanpa sebarang perabot melainkan sofa yang aku duduk dan meja makan yang terletak di satu sudut. Di hadapanku, terdapat sebuah meja kopi bersaiz kecil yang mempunyai secawan kopi tadi.
Tetapi kata kata lelaki tua tersebut ada betulnya. Aku mendengar bunyi hujan yang masih lagi lebat dari luar rumah dan aku sedikit menggigil kesejukan mungkin kerana suhu bilik yang telah jatuh. Tak mungkin aku boleh keluar sekarang dan menyelesaikan tugas aku dalam cuaca sebegini.
YOU ARE READING
Sapta Imaji : NUH.
Short StorySebuah buku cerpen kolaborasi 7 penulis wattpad yang digilai ramai (kecuali aku obviously). Untuk buku Sapta Imaji ini, aku cuba mencabar diri sendiri untuk menulis cerpen menggunakan watak yang sama iaitu Nuh. Setiap satu cerpen mempunyai kesinambu...