Setelah sekian lama, aku decide untuk kembali ke wattpad dan sambung menulis. Karya Sapta Imaji aku kalau diikutkan masih lagi tidak selesai, berikutan masih ada banyak hutang chapter untuk completekan buku ini.
So chapter berikutnya jika mengikut giliran ialah "NYAWA". Aku akan cuba menulis cerpen bagi setiap satu baki chapter Sapta Imaji yang ada tetapi menggunakan genre yang aku pilih sendiri.
Dan genre cerpen kali ni ialah genre AKSI.
Aku akan mengekalkan watak Nuh, tapi aku cuba untuk membuat setiap satu tajuk boleh berdiri dengan sendirinya sebagai cerpen walaupun cerita ini juga boleh dibaca secara bersambung dengan tajuk sebelum ini.
Here goes.
**************
"Memory upload complete."Satu suara perempuan bergema di dalam kepala aku, seolah ada satu entiti lain hidup berkongsi jasad di dalam diriku.
Suara tersebut ialah SYAFA, nama sistem persona bagi cip superkomputer atau A.I. yang diimplan di dalam kepala aku. Ia mampu untuk meningkatkan kemampuan fizikal dan daya fikiran manusia berkali ganda, hasil pengiraan analisis yang kompleks dari dunia realiti.
Beberapa hari lalu aku terjaga di hospital sakit jiwa ini, dan aku tidak dapat mengingati apa apa selain nama aku, Nuh.
Aku kemudiannya mengaktifkan SYAFA, untuk mendapatkan semula memori aku yang telah hilang.
Aku tercari cari jawapan kepada persoalan mengapa aku di sini dan siapa sebenarnya Nuh?
Tetapi malangnya usaha aku dihalang oleh sekumpulan lelaki bersut hitam.
Nama aku Nuh.
Dan ini cerita aku.
*************
Di sekeliling aku berdirinya berpuluh puluh lelaki bersut hitam gelap mengepung dan memerhatikan aku. Masing masing melindungi identiti mereka dengan memakai topeng muka berwarna putih, corak yang sama seperti topeng opera cina.Suasana hospital itu senyap sunyi.
Jantung aku sahaja yang kedengaran berdegup kencang kerana sedikit cuak dengan apa yang bakal berlaku.
Aku dipaksa berlutut di atas lantai sambil kedua dua tanganku digari kebelakang oleh beberapa lelaki bertopeng dan bersut gelap.
Bunyi tapak kasut tiba tiba kedengaran dari hujung koridor lobi utama dan semakin menghampiri tempat aku berada.
SYAFA : Someone is coming.
Suara SYAFA bergema sekali lagi di dalam kepala dan entah mengapa kali ini aku berasa gementar.
Lelaki-lelaki bertopeng yang memenuhi ruangan lobi itu membuka laluan kepada manusia tersebut. Aku mengangkat kepala perlahan lahan.
Seorang lelaki bersut putih dengan bertongkat hitam berjalan dan berhenti di hadapan aku.
Badannya agak tegap bagi seseorang yang kelihatan sedikit berusia dan dia juga tidak memakai topeng seperti lelaki yang lain.
Aku mengagak dia mungkin ketua bagi mereka semua ini.
Separuh mukanya di bahagian kiri kelihatan berparut teruk dan berkedut kasar, seperti tidak sembuh sepenuhnya dari luka lama yang parah.
Mata kirinya juga berwarna putih, mungkin buta dari luka yang sama.
YOU ARE READING
Sapta Imaji : NUH.
Storie breviSebuah buku cerpen kolaborasi 7 penulis wattpad yang digilai ramai (kecuali aku obviously). Untuk buku Sapta Imaji ini, aku cuba mencabar diri sendiri untuk menulis cerpen menggunakan watak yang sama iaitu Nuh. Setiap satu cerpen mempunyai kesinambu...