KOTAK POS

84 4 0
                                    




Kotak Pos

Kotak pos sudah jemu menerima surat-surat
yang dikirimkan. Hanya surat-surat rasmi
bil-bil, hutang-piutuang mahupun risalah edaran.
Kotak pos ingin sekali menerima kiriman
sepucuk surat daripada kekasih yang dendam
merindukan kekasihnya yang berdekatan.

Kotak pos mahu sekali menghantar kalimat
kisah anak kepada ibu yang sebumbung hidup
sesekali telegram ringkas berita-berita penting
dari sebuah kampung ke kota sibuk.

Kotak pos merindukan kad-kad beraneka jenis
penuh ucapan selamat berulang tahun, tahniah
mahupun muzik yang berulang dendang.
Sudah terlalu lama, kotak pos kehilangan
kehangatan perasaan penerima surat
melihat kalimat yang dipilih dalam pesanan.

Betapa sepinya sebuah kotak pos
dilupakan bersama kemeriahan
khidmat pesanan yang lebih pantas.

Berita Harian, 29 Oktober 2017

Ada Musuh Kota Di Dalam Sajak IniTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang