DONGENGAN SEBELUM TIDUR

33 1 0
                                    

Dongengan Sebelum Tidur

Tidur sebentar sahaja, sayang.
Sementara aku memadamkan api perang
dan menyalakannya di kamar tidur kita.

Kau telah mendebarkan khuatir
seperti dua alis tidak tenang terletak
di wajahmu tika terdengar
ada rusuhan sedang merebak di halaman.
Dongengan dibacakan untuk meredakan gundah
apakah boleh menghiburkan hati dan
mata yang liat tidur?

Tidur sebentar sahaja, sayang.
Malam senyap sunyi memanjang lamanya.
Aku juga sedang menggunting helaian malam
untuk disimpan menunda detik
malam-malam hangat kita bersama.
Sebentar sahaja, sayang.
Tanganku belum lagi lelah bekerja
untuk tiada kebakaran dan kegelapan malam ini.

Berita Harian, 23 Oktober 2016

Ada Musuh Kota Di Dalam Sajak IniTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang