Jung Liyun pov storyline
Kalau dalam drama, orang jahat biasanya jadi watak kedua terpenting di mana pada pengakhiran cerita pasti mereka terbunuh atau akan kalah teruk dengan si hero.
Serta, percintaan drama turut menumpukan kepada lelaki kacak dan kuat sebagai hero. Tak pun hero yang berwatak dingin dengan orang sekeliling. Mungkin ada yang mesta tapi mereka tetap boleh dikatakan kuat untuk melindungi kekasih mereka.
Tapi cerita kami lain. Aku perempuan yang diapandang sebagai perempuan kejam. Dan dia adalah lelaki yang tak berapa nak gah serta dengan perwatakan lembut. Aku sangat sukakan pergaduhan namun dia malah memilih perdamaian dengan unsur paksaan.
Dia penyibuk dalam hidup aku. Dia si berani mati yang sanggup berkenalan dengan aku. Dia sering curi pandang aku ketika waktu belajar. Apa dia nak?
Aku tidak kenal dia malahan ini pertama kali aku berjumpa dia. Pada pandangan aku, dia seorang lelaki yang pelik.
Dia Kim Jong Dae.
Orang selesa panggil dia Chen. Persoalan yang tidak pernah keluar dari fikiran aku. Kenapa mesti Chen? Dia memang pelik.
Chen pov storyline.
Dia memang seorang perempuan yang misteri. Pertama kali aku jumpa dia, dia adalah rakan semeja aku. Aku rasa nasib malang sangat sebab terpaksa duduk di sebelah pembuli. Sudahlah aku senang dibeli kerana aku ni lembut.
Aku pelik.
Kerana dia ada mulut. Dia ada suara. Tapi dia lebih memilih menjadi bisu. Aku tak berani tanya kenapa sebab aku tahu nasib yang bakal menimpa aku jika aku bertanya soalan pelik itu.
Namun, ada perkara yang lebih pelik.
Aku sangat takut dengan dia tapi hati aku bagai tidak keruan apabila dekat dengan dia. Mata aku asyik hendak lari ke arahnya. Otak aku pula asyik nak fikir tentang dia.
Bukan kerana sikapnya yang selalu dingin membuatkan aku tertarik tapi aku cuma rasa seperti ada sesuatu yang dia sedang sembunyikan. Aku rasa aku perlu tahu tentang perkara itu.
Dia Jung Liyun
Memang perlu dia jadi misteri seperti ini? Aku amat tertanya-tanya sekarang. Pasti ada sesuatu yang terjadi kepadanya. Sesuatu yang teruk dan menyebabkan dia bertukar menjadi binatang buas.

YOU ARE READING
Main Character /JongDae ff/
FanfictionCast. Kim Jong Dae as Kim Jong Dae/Chen Heize as Jung Liyun Dean as Yoo KiBum/Jung Taehyung Kim Jun Myeon as Suho Park Chan Yeol as Chanyeol Byun Baek Hyun as Baekhun Kim Tae Yeon as Taeyeon *wattpad jahat. Tak boleh log in acc lama. terpaksa buat...