Akhirnya!!! Hari pertama sekolah telah habis juga. Aku berjalan menuju ke kereta aku dengan perlahan. Baru aku hendak membuka pintu kereta, aku terdengar suara memanggil seseorang. Tapi aku tak tahulah dia panggil siapa.
"Woi! Yang kat sana tu. Sini sekejap. " dia melambaikan tangannya. Sepertinya dia sedang memanggil aku. Aku hendak pergi tapi bila aku nampak yang panggil tu KiBum, aku rasa tak sedap hati pula.
Dia pun pembuli juga. Aku paling benci pembuli. Ini kerana aku adalah salah seorang insan yang senang dibuli. Dia memanggil sekali lagi. Aku menelan air liurku kasar.
Kepalaku dipusingkan melihat sekeliling. Mana tahu dia panggil orang lain an an an? Tapi aku seorang je di situ.
Aku memandang KiBum dan mukanya telah berubah kepada serius berbanding tadi yang masih cuba kekalkan senyuman buatannya.
Terpaksa jugalah. Kalau aku nak selamat baik aku pergi sahaja. Kaki aku melangkah dengan berat sekali. Gila tak berat? Kau sedang berjalan menuju ke pembuli sekolah yang terkenal dengan kekuatan anjing gila.
"Siapa nama kau? " tanya KiBum setelah aku benar-benar tiba di hadapannya. Hok aloh. Kenapa dia nak tahu ni? Dia nak aku jadi hamba dia ke?
"Jj..jongdae. Tapi orang panggil saya Chen. " kataku selaju mungkin dengan kepalaku yang tertunduk memandang jalan tar.
"Kau kenal Liyun? "
"Ne?? " membulat mata aku apabila soalan itu keluar dari mulut KiBum.
"Kau classmate dia kan? Aku nampak kau seakan perhatikan dia semasa di kantin tadi. " KiBum menepuk bahu aku beberapa kali.
Aku sudah gugup. Aduh! Dia boyfriend Liyun ke? Habislah aku dibelasah kerana perhatikan yeoja chinggu orang.
"Jj..jangan salah faham. Aa..aku tak berniat--" aku mengangkat tanganku, seboleh-boleh cuba untuk meyakinkan KiBum namun belum sempat aku habiskan kata. Ada yang memotong.
"Kau buat apa ni? " terserlah wajah tidak berperasaan Liyun yang sedang berjalan menghampiri kami. Tangan KiBum di bahu aku ditepis oleh Liyun.
"Eh, chill lah Yun. Kau nak bela dia kenapa? Namchin kau eh? "
"Aku tahu kau cuba buat apa Hyung. Baik kau balik. Aku tak mahu bergaduh. " sejurus itu Liyun berjalan melepasi kami tanpa ada petunjuk yang dia akan menoleh semula.
Hyung? Ini pelik sebab Liyun kedengaran seperti lelaki. Tapi mungkin itu hanya nama panggilan Liyun untuk KiBum. Nampaknya mereka seakan rapat kerana menggunakan nama panggilan masing-masing.
"Tak apalah kalau begitu, Chen. Lain kali kita bertemu lagi. Perkara yang sudah aku rencanakan turut akan aku laksanakan di lain waktu ." KiBum beredar dan sempat tangannya menampar perlahan muka aku.
Aku masih tidak faham dengan apa yang baru berlaku. Kenapa KiBum bagaikan mahu berbaik dengan aku? Bukankah dia keras hati? Sebiji Si Liyun tu. Arh! Liyun! Aku harus segera berterima kasih pada dia.
Ada kemungkinan KiBum hendak melakukan perkara buruk kepada aku dan Liyun adalah penyelamat aku.
Segera aku berlari ke kereta aku. Enjin dihidupkan dan memecut laju mengejar langkah Liyun yang tidak seberapa itu. Sengaja aku parking kereta aku di hadapan sedikit dari kedudukan Liyun sekarang.
Segera aku keluar dari perut kereta dan berlari ke arahnya.
"Liyun ssi. Gomawo. " aku menggosok belakang leherku dan tersenyum manis kepadanya.
Langkahnya terhenti dan dia memandang aku untuk sesaat. Tiada reaksi menarik di wajahnya. Senyuman aku tidak dibalas. Dia hanya menundukkan wajahnya semula dan berjalan perlahan melepasi aku.

YOU ARE READING
Main Character /JongDae ff/
FanfictionCast. Kim Jong Dae as Kim Jong Dae/Chen Heize as Jung Liyun Dean as Yoo KiBum/Jung Taehyung Kim Jun Myeon as Suho Park Chan Yeol as Chanyeol Byun Baek Hyun as Baekhun Kim Tae Yeon as Taeyeon *wattpad jahat. Tak boleh log in acc lama. terpaksa buat...