###
Manusia,
Dilahirkan dalam keadaan tidak mengerti apa-apa,
Hanya tahu tangis dan tawa.
Tuhan berikan nikmat mata,
Untuk kita melihat kebesaran-Nya,
Bukan untuk melihat perkara yang alpa.
Tuhan juga kurniakan nikmat tangan,
Untuk kita membuat kebajikan,
Bukan untuk membuat kerosakan.
Dikurniakan juga nikmat pendengaran,
Untuk kita mendengar kalam Tuhan,
Bukan untuk mendengar perkara yang melalaikan.
Lahirnya manusia di bumi ini,
Kata Tuhan untuk mengabdikan diri,
Akan tetapi ramai yang lupa diri,
Masih ramai yang tidak mengerti;
Apakah tujuan utama hidup ini.
Nabi Muhammad sudah berikan peringatan,
Bahawa akhir zaman; akan ada yang lupa daratan,
Tidak kenal siapa Tuhan,
Tidak tahu mengapa al-Quran diturunkan,
dan masih lagi tidak mengerti; tujuan utama diri ini dihidupkan.
Bukankah al-Quran diturunkan untuk beri kita peringatan ?
Bukankah al-Quran diturunkan untuk beri kita dorongan dalam kehidupan ?
Atau ianya hanya sekadar hiasan ?
Sedarlah wahai diri,
Hari pembalasan pasti kan tiba nanti,
Pada hari itu tiadalah guna untuk kita menyelamatkan diri,
Kerna semua yang ada pasti akan merasai.
Bagi yang derhaka pada Tuhan ketika hidup di dunia ini,
Akan merasa betapa seksanya hari itu,
Akan tetapi bagi yang taat pasti akan merasai,
Betapa nikmatnya hari itu.
Segeralah bertaubat wahai diri,
Sebelum pintu taubat tertutup rapi,
Peluang untuk kembali kepada Tuhan masih ada lagi,
Jangan sia-siakan peluang ini.