permulaan

25 2 0
                                    

     Pada satu malam semuanya kelihatan biasa sahaja sehingga apabila aku terjaga dari tidur segalanya berubah. Aku mendapati aku tidak lagi berada di tempat tidur  namun dalam pada masa yang sama aku berasa pelik kerana aku berada di suatu tempat yang aku sendiri pun tak pasti.

     Aku mendapati didepan aku kini ada seorang lelaki yang agak aneh kerana dia berpakaian seperti seorang ahli silap mata yang berwarna putih dan mengenakan tongkat. Di sekeliling aku juga ada beberapa orang lelaki yang baru sahaja tersedar daripada tidur, masing-masing kelihatan terkejut sebaik sahaja sedar.

     Apabila semua orang yang berada di tempat itu sedar, lalu lelaki yg berpakaian seperti seorang silap mata itupun berbicara. Dia memperkenalkan dirinya adalah seekor makhluk asing yang datang ke bumi untuk mengadakan satu pertandingan.

     " Nama saya kuikui dan saya bukan makhluk dari bumi, kedatangan saya ke sini untuk mengadakan satu pertandingan, kamu semua adalah orang-orang yang terpilih " kata lelaki tersebut.

     Sementara lelaki itu berbicara, aku melihat sekeliling dan aku mendapati hanya ada 6 orang lelaki termasuk aku yang berada di situ.

     Lelaki itupun berkata lagi " Dalam banyak-banyak makhluk yang berada di bumi kamu berenam sahaja yang terpilih, baiklah tanpa membuang masa saya akan jelaskan apa yang kamu kena lakukan dan apa yang kamu akan dapat apabila kamu berjaya dalam permainan ini ".

     Sejujurnya aku dan yang lain hanya mampu berdiam, masih lagi dalam keadaan terkejut.

     " Baiklah cara permainan ini mudah sahaja, kamu semua harus mencari satu lohong hitam tidak kisah dimana sahaja kerana lohong hitam itu boleh berada di tempat yang sempit dan kecil, setiap lohong hitam hanya khas untuk satu orang kalau lohong hitam itu bukan untuk kamu jadi kamu tidak boleh nampak
Malah tidak boleh masuk kedalamnya ". Kata lelaki itu.

     " Apabila kamu semua jumpa dengan lohong hitam tersebut hendaklah masuk ke dalamnya, jangan risau kamu semua akan dibawa ke satu tempat yang mempunyai hadiah masing-masing".

     Salah seorang daripada kami tiba-tiba bertanya tentang hadiah yang akan didapati apabila berjaya menyelesaikan permainan tersebut.

     Lelaki itupun menjawab " hahaha seperti yang saya jangkakan makhluk bumi memang tidak sabar apabila berkata tentang hadiah. Baiklah hadiah kamu adalah seorang perempuan yang berada didalam gambar ini tapi saya tidak akan memberitahu siapa yang terpilih untuk kamu, saya hanya boleh memberitahu namanya sahaja ".

     Aku hampir ketawa apabila lelaki tersebut memberikan nama perempuan itu kepada setiap calon. Nama perempuan hampir serupa dengan nama lelaki seperti khairil untuk khairina. Aku mengambil keputusan untuk ikut serta sahaja permainan tersebut kerana aku hanya ingin tahu siapa perempuan yang terpilih untuk aku. Sedangkan jodohpun orang kalau boleh nak tahu siapa jodoh kita apatah lagi apabila dapat perluang yang macamni kan!!!.

    
    

    

Makhluk Bernama Kuikui  Where stories live. Discover now