pertemuan

13 0 0
                                    

     " Hazzzz!!! Ooo hazzz ". aku terdengar ada suara memanggil ku.

      " hazzz!!! Woi haz bila kau nak bangun dah nak tengahari dah ni, bangun bangun!!! ".

     " urghhh, ya mak dah bangun dah ni ". Aku menjawab panggilan ibuku tadi.

     Aku duduk di atas katil sambil menggosok mata. Kepala ku masih pening.

     Aku bangun mengambil tuala untuk mandi dan menjalani hariku seperti biasa.

7 hari kemudian

     Seminggu sudah berlalu. Akupun sudah melupakan mimpi itu. Bagi aku itu hanya mimpi, hanya mainan tidur.

   Aku berjalan di satu taman. Saja ambil angin untuk tenangkan fikiran. Ketika aku berjalan, aku berselisih dengan seorang wanita yang sedang berlari lari anak.

     aku berpusing ke belakang dan aku memandang wanita itu. Wanita itupun pun berhenti sejenak dan menoleh memandang ku.

     Aku seakan akan pernah lihat wanita ini di satu tempat. Tapi aku tak ingat dimana.

     Akupun pusing kembali menghadap hadapan dan mula berjalan seperti biasa.

      " Haz sini kejap mak nak cakap sikit ". Ibuku memanggilku katanya ada hal yang nak dibincangkan.

     Aku yang baru saja pulang dari taman menuju ke ibuku yang sedang berada di ruang tamu.

     " ya mak " jawab ku dengan penuh tanya.

     " Ni mak nak cakap sikit, mak rasa mak nak jodohkan kau dengan anak kawan mak ". Katanya.

     " hah!? Kahwin? Rilek la mak baru kerja 6 bulan " kataku penuh hairan. Tiba-tiba je mak aku suruh kahwin apasal?.

     " mak berkenan sangat dengan kawan anak mak. Bagus orangnya, kau pun bila nak kahwin. Kau seorang je la anak mak, mak mana ada anak lain lagi. Nak juga mak tengok kau kahwin " sambungnya.

     " kawan anak mak yang mana ni? " soal ku.

     Ibuku menjawab " ala kawan anak mak yang selalu main dengan kau masa kau kecil dulu...hazirah, takkan tak ingat? ".

    Aku cuba untuk ingat tapi  " hmmm tak ingat la mak, dah lama dah pun ". Aku memberikan jawapan.

     " Ala kau ni...boleh la haz mak berkenan sangat ni". Ibuku memujuk.

     " hmmm nanti la haz fikir dulu ". Jawab ku.

     Mak ku berkata lagi " haaa macamni haz, apa kata kau jumpa dia dulu. Mana tahu bila kau dah jumpa dia kau suka ".

     " haaa ok, bila nak jumpa dia" aku bertanya lagi.

     " hehe...petang ni kawan mak datang sini, boleh la kau jumpa anak dia ". Ibuku memberikan jawapan.

     Pada mulanya aku agak terkejut kerana semua ni berlaku dengan pantas. Aku rasa mak aku dah rancang dah semua ni.

Petangnya

     " assalamualaikum...assalamualaikum! ". Kedengaran orang memberi salam.

     " waalaikumsalam....ooo ani, ehh hazirah pun ada...masuk la ". Ibuku menjawab salam dan mempelawa tetamu masuk.

     " iya la...ni anak kau mana, lama tak jumpa dia ". Tanya kawan ibuku, makcik ani.

     Ibuku menjawab " dia ada nanti aku panggil dia...jemput la duduk "

     Ibuku memanggilku " haz...ni makcik ani datang ".

     " ok...haz datang ni " aku menjawab panggilan ibuku.

     Aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

     Ibuku berkata " haz ni la makcik ani...kau ingat tak? Yang kat sebelah dia ni anak dia, hazirah.

     Aku memandang anak kawannya. Sepertinya dia adalah wanita yang aku jumpa di taman tadi. Dia juga memandang ku dan Kami saling berpandangan.
    

    

    

    

Makhluk Bernama Kuikui  Where stories live. Discover now