sumpahan

16 0 0
                                    

     " huh huh huh terkejut aku, apa yang terjadi ni, kali pertama aku dapat melihat hantu depan mata aku " aku berkata sebaik sahaja berhenti berlari dalam keadaan mengah.

     Aku tertunduk kepenatan, peristiwa tadi betul-betul membuatku terkejut.

     aku tersentak kerana aku mendengar ada suara orang ketawa yang muncul entah dari mana seakan akan menertawakan aku

     " hahahahahah! " tawa makhluk tersebut. Setelah ketawa dia berkata " kamu sudah gagal didalam permainan tadi hahaha. Sudah tahu apa sumpahan kamu? Hahahaha! " katanya dengan nada yang mengejek.

     " apa? Yang tadi bukan mimpi? Aku dah kalah ke? Tapi aku berada dimana? Ia seakan di dunia aku tinggal. Aku tidak rasa apa-apa yang aneh pada aku. Adakah aku sudah terkena sumpahan?" Kataku di dalam hati.

     " hahaha kamu berada di dunia kamu yang sebenar. Sumpahan kamu adalah dapat melihat roh yang tidak tenteram ". Jawab makhluk itu.

     " apa? Melihat roh? Jadi yang aku jumpa tadi tu, roh la? Adoiii aku dah la lemah bab yang macam ni. bagaimana ingin menarik sumpahan aku? ". Aku mengeluh dan bertanya kepadanya.

     lalu sebaik sahaja mendengar pertanyaan ku makhluk itu pun menjawab " jika kamu mahu sumpahan itu ditarik balik, kamu harus tenteram kan satu roh dengan melaksanakan hajatnya ".

     Sebaik sahaja mendengar jawapannya, tanpa berlengah aku pun memulakan langkah ku. Aku ingin permainan ini selesai, aku tidak mahu berada di dalam permainan ini lagi. Ia umpama satu penyeksaan.

     Sudah agak jauh aku berjalan tapi masih tidak jumpa satu roh pun. Aku mendongak ke atas dan melihat ke langit. Langit sudah semakin gelap.

     Aku berkata didalam hati " tak lama lagi malam la ni, penat la dari tadi tak rehat. Macam-macam benda jadi ".

     Semasa aku berjalan aku ternampak satu pondok kecil berdekatan tempat itu. Aku mengambil keputusan untuk berehat saja disitu memandangkan keadaan aku yang begitu penat.

     Aku menuju ke pondok itu. Sesampainya dia sana, akupun merebahkan badan dan mula untuk melelapkan mata.

     30 minit telah berlalu dan aku masih belum puas berehat. Aku tiba-tiba terhidu sesuatu yang sangat wangi. Tetapi wangian ini sangat menyeramkan kerana aku tidak pernah terhidu sesuatu yang begitu wangi seperti ini.

    

    

Makhluk Bernama Kuikui  Where stories live. Discover now