kekalahan

17 0 0
                                    

     Apabila selesai pertanyaan aku kepada peserta nombor 2, dia pun berlalu pergi dan aku pun meneruskan pencarian aku.

     2 jam sudah berlalu, aku pun sudah merasa penat lalu aku tidur sekejap di satu kawasan yang agak redup.

     Apabila aku hampir terlena, aku dikejutkan oleh sesuatu bunyi yang datang entah dari mana lalu aku bangun dan mencari dari mana bunyi itu datang.

     " Alamak!!! " jeritku dengan nada  terkejut dan serta merta aku bersembunyi.

     Aku melihat ada satu UFO berada di depan seorang peserta. dia adalah peserta nombor 5. Aku melihat sendiri peserta itu mengelak setiap tembakannya, memang sangat pantas dan tiba-tiba peserta itu seakan akan disedut oleh sesuatu. Ya sesuatu. Ia...ia adalah lohong hitam. Dia bernasib baik kerana secara tidak sengaja dia terpijak lohong hitam tersebut dan menang.

     Sebaik sahaja kejadian tersebut, akupun cepat-cepat beredar dari situ. Akupun tidak tahu bagaimana nak mencari lohong hitam berkenaan.

     Setelah jauh sedikit daripada tempat kejadian berkenaan. Aku ternampak satu benda bulat berwarna hitam dan ianya berputar seperti roda disebalik pokok yang agak besar.

     Lalu aku menghampiri pokok berkenaan dan aku mendapati ia adalah lohong hitam aku. " ehh tu lohong hitam! Aku dah jumpa aku punya! Yesss aku menang yesss ". Teriakku dengan gembira.

     Aku berlari menuju kearah pokok berkenaan dan tiba- tiba aku terasa seperti ada sesuatu yang tembus di dada aku dan tanpa segan silu aku pengsan tidak sedarkan diri.

     Entah bila aku sedar dari pengsan akupun tidak pasti tapi bila aku sedar aku berada di satu tempat yang lain dan tempat ini seperti biasa ada kehidupan, tidak sama seperti tadi yang sunyi.

     Aku bangun dan melihat sekeliling. Memang berbeza, adakah aku bermimpi?

     Bibirku mengukir senyuman " yahooo aku bebas tadi itu hanya mimpi, mimpi ngeri yesss ". Teriakku dengan girang.

     Aku terperasan ada sebuah bas berwarna biru terletak di hujung tempat aku berdiri lalu aku menuju ke arah bas berkenaan.

     Sesampainya aku di sebelah bas berkenaan akupun masuk kedalamnya dan melihat seorang lelaki dalam lingkungan umur 30 tahun duduk di tempat pemandu. Dia hanya tersenyum memandang ke depan sambil matanya terbuntang luas.

     Akupun mengagak dia adalah pemandu bas berkenaan dan aku pergi kebelakang untuk memilih tempat duduk.

     Selang beberapa jam aku berada didalam bas itu tetapi ia tetap tidak berjalan. Aku berasa hairan, " berapa lama lagi aku kena tunggu ni ". Soalku didalam hati.

     Akupun bangun dan menuju di tempat duduk pemandu dan berkata " cik, berapa lama lagi saya kena tunggu ni ?. Dah berejam tunggu ni bila nak jalan, saya nak balik ni ". Kataku pada pemandu berkenaan.

     Tetapi pemandu tersebut tidak menjawab, dia hanya tersemyum memandang hadapan sambil matanya terbuntang luas tidak berkelip walau sekali pun.

     Aku menjadi bosan lalu aku keluar sahaja dari bas tersebut dan aku terperasan ada seorang lelaki sedang duduk bersila di atas bas tersebut. Pelik, tadi aku benar-benar tidak nampak lelaki itu di atas bas. Sejak bila dia berada di situ. Hairan.

     " cik, buat apa kat atas tu ? Macam mana bas ni nak jalan kalau cik duduk atas tu? ". Soal ku kepada lelaki tersebut.

     " hah? Berjalan? Apa benda kau merepek ni, bas ni dah lama tidak beroperasi. Pemilik dia dah lama mati ". Jawabnye dengan selamba

     Apabila lelaki itu berkata begitu, Aku melihat pemandu berkenaan. Dia memandang ku dengan senyuman sama seperti tadi tapi secara perlahan lahan darah mula keluar dengan banyaknya dimatanya yang terbentang luas.

     Aku menjadi takut apabila ianya terjadi dan aku berlari ketakutan sambil menjerit " arghhhhh!!! Hantuuu!!! ".

Makhluk Bernama Kuikui  Where stories live. Discover now