BAB 2 (KEMBALI)

378 2 0
                                    



AINUN

Seperti biasa aku turun bawah setelah selesai mandi dan menunaikan solat subuh aku akan turun kebawah untuk menolong Mak Mah untuk siapkan sarapan. "Mak Mah oh Mak Mah" aku memerhati disekeliling tapi Mak Mah tidak kelihatan. Aku buat keputusan untuk memulakan kerja untuk siapkan sarapan. Lama juga aku berkarate di dapur akhirnya siap bihun goreng yang diberi nama 'Bihun Goreng CiWa aka Cik lawa'  tapi aku sajalah yang tahu nama tu.

Sedang aku siapkan meja makan aku melihat Mummy turun dari tingkat atas rumah. "Mummy Mak Mah mana". "

"Mak Mah kamu dah balik kampung, Mummy bagi cuti tanpa gaji sebulan."

"Kenapa? Mak Mah ada masalahkah Mummy."

"Bukan, bukan Mak Mah yang ada masalah tapi kita tidak ada cukup wang mahu gajikan Mak Mah. Syarikat Daddy sudah muflis Ainun. Kita sudah tak ada apa-apa. Rumah ini sajalah yang kita punya.

Ya aku tahu syarikat Daddy ada masalah. Bulan lepas Pak Mat yang telah dipecat, hari ini Mak Mah pula. Yang aku tahu Daddy sudah jualkan semua aset-aset yang ada untuk melangsaikan hutang syarikat. Tapi semua itu tidak cukup.

"Mummy jangan bimbang sangat pasal tu, nanti Mummy yang sakit. Kalau Mummy sakit siapa yang nak kuatkan semangat Daddy dengan Ainun. Insya-Allah, selagi kita berdoa kepada Allah pasti Allah akan bantu kita Mummy."

Mummy menganggukkan kepala seraya tersenyum mengiakan apa yang kukatakan.

"Dah Mummy jangan sedih-sedih jom kita sarapan. Mak Mah tak ada takpa Ainun kan ada. Oh ya Mummy, Daddy mana dari tadi Ainun taknampak pun. "

"Daddy kamu kamu ada dekat dalam bilik. Tak sihat. Kesian Mummy tengok. Ni Mummy nak ambilkan makanan dan nak bagi Daddy makan ubat."

"Takpa Mummy bagi Ainun saja yang ambilkan makanan dekat Daddy. Mummy pergi sarapan dulu."

"Terima kasih Ainun, Mummy sayang Ainun"

"Sama-sama Mummy. Sayang Mummy banyak-banyak."

***********************************************************************************************




Setelah sekian lama, akhirnya seorang lelaki kembali dengan membawa dendam. Memerlukan waktu bertahun untuk membawanya pulang ke Malaysia, tanah airnya. Tempat dimana dia membesar dengan dengan penuh kasih sayang tapi semuanya telah lenyap dengan sekelip mata.

Lelaki tersebut menatap rumah yang ditinggalnya baru 5 tahun, tapi banyak perubahan yang berlaku. Kelihatan rumah yang dulunya mewah dengan perabot-perabot mahal menjadi kosong dan semua ini kerana persahabatan yang telah dimusnahkan hanya kerana wang ringgit. Kehormatan dan harga diri papanya hancur dipijak dengan pengkhianatan.

Setiap pengkhianatan yang dilakukan dialah yang menjadi mangsa. Sehinggakan dia kehilangan ibunya. Oleh sebab itu, dirinya sudah bertekad hendak memusnahkan Datuk Razali. Walau apapun yang berlaku dia akan tuntut bela atas kematian papanya.

"Akhirnya aku pulang Datuk Razali, wait me" dengan senyuman sinisnya dia berkata. Ya orang itu ialah Tengku Aliyan Ghaisan.

Sambil kaki melangkah menaiki tangga Tengku Aliyan Ghaisan menaip laju sesuatu ditelefon bimbitnya.

********************************************************************************************** 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY EVERYTHINGWhere stories live. Discover now