"Dunia Ghais Lavanark ni luas! Cerita macam ni sampah! Terlalu biasa dan membosankan."Lelaki berkaca mata itu merenung manuskrip yang berada di dalam tangannya. Bibirnya dijuihkan. Bosan. Ya, ternyata bosan.
"Tapi Tuan, cubalah pertimbangkan. Bacalah lagi beberapa muka surat."
Rian, selaku penulis kepada manuskrip itu cuba meyakinkan pengurus penerbit novel itu.
"Apa kau cakap?"
Tuan Gabhan selaku pengurus itu mengangkat kaca matanya dan merenung tajam wajah si penulis.
"Saya berharap sangat tuan akan cuba membacanya sehingga ke penghujung. Sebuah cerita tidak harus dinilai dengan hanya membaca bahagian pertama."
Pandangan mata Rian tertunduk. Air liur diteguk.
"Jadi, kau cuba untuk memberi arahan pada aku?"
Ujar Gabhan dengan nada yang dingin.
"Maafkan saya tuan."
Rian terkedu. Dirinya tidak bermaksud untuk berkelakuan biadab.
"Buang sampah ni."
Manuskrip tersebut diramas dan dilemparkan pada Rian.
Rian mebiarkan sahaja. Sudah biasa.
Perlahan-lahan Rian membongkok dan mengutip manuskrip tersebut. Dilurutkan satu persatu helaian kertas itu. Rian tidak boleh lupakan pesanan anak gadisnya.
"Ayah...kalau Tuan Gabhan tolak manuskrip ayah, bawak balik, ye? Nadya nak baca lagi."
YOU ARE READING
BUKU YANG DISUMPAH
ParanormalKisah yang akan memberi kesan terhadap realiti? Maka inilah kisahnya. Buku ini adalah buku yang disumpah. Bacalah. Itupun kalau kau cukup berani menanggung akibatnya. - Penulis -