"Tuan Gabhan, maaf mengganggu."Rian melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Tuan Gabhan.
"Masuklah."
Gabhan hanya menjongketkan keningnya dengan pandangan kosong. Menghirup minuman coklat panas sambil membaca akhbar harian. Sungguh selesa dan tenang. Duduk pula di atas sofa empuk berhadapan dengan pendiang api.
"Ini manuskrip baru."
Dihulurkan manuskrip yang diletakkan kedalam sampul kepada Tuan Gabhan.
Wajah Gabhan hanya kelihatan dingin. Seolah-olah bosan dan putus asa ingin meneliti cerita yang ditulis Rian. Akhbar harian dan cawan minuman diletakkan di atas meja.
"Sejujurnya, Aku dah putus asa dengan kau."
Gabhan mengambil kasar manuskrip tersebut.
"Manuskrip kali ini lain tuan. Saya yakin."
Ujar Rian bersama senyuman.
Gabhan merenung tajuk manuskrip yang tertulis diatas sampul tersebut.
'Masa laluku, Masa kiniku '
Gabhan hanya membuat muka bosan. Tajuk pun tak menarik.
"Jadi, apa yang buat kau rasa cerita ini lain daripada yang lain?"
Tanya Gabhan dalam nada sinis.
"Kerana kali ini, watak utama dalam cerita ini merupakan seorang gadis kecil, yang berusaha keras untuk menjadi lebih dewasa untuk berjumpa denga ibunya yang sudah lama terpisah dan-"
"Apa yang buat kau rasa cerita ini begitu istimewa?"
Gabhan memotong cakap Rian. Bertanyakan soalan dengan nada sombong.
"Ini hasil nukilan saya bersama anak gadis saya. Kami berdua bersengkang mata untuk menyiapkan cerita ini."
Rian menjawab soalan lelaki sombong itu.
"Jadi? Jelas dan nyata cerita ni adalah ce sebuah cerita yang remeh-temeh? Atau cerita kanak-kanak? Jangan buang masa aku dengan cerita bodoh ini!"
Dilemparkan terus manuskrip itu kedalam pendiang api. Habis setiap helaian kertas dijilat api.
"Tuan!!!"
Biji mata Rian terus terbuntang luas! Pantas Rian menuju kearah pendiang api. Tanpa mempedulikan api yang hangat terus tangannya cuba mencapai manuskrip tersebut. Namun yang berjaya dicapai adalah helaian kertas yang sudah menjadi abu. Mata Rian mula berkaca-kaca. Usaha anak gadisnya menjadi abu
"Dalam masa sebulan, siapkan sebuah cerita. Cubalah buat sebuah kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti. Kau gagal, kau dipecat."
YOU ARE READING
BUKU YANG DISUMPAH
ParanormalKisah yang akan memberi kesan terhadap realiti? Maka inilah kisahnya. Buku ini adalah buku yang disumpah. Bacalah. Itupun kalau kau cukup berani menanggung akibatnya. - Penulis -