2》Pemanah Hati💘

4 0 0
                                    

Ain POV

"Eh ... Ain bila sampai??"Puan Shima(mak lang) menyapa aku sebaik sahaja kluar dari biliknya.

"Baru je sampai mak Lang.... tadi main kejar-kejar dengan Dhua ni ... tak sengaja terlanggar abang Dhirar..." kata aku sambil tersenyum kepada Mak lang.

"Yang kamu tercegat dekat situ da kenape Kashfi? Tak malu ke Ain tengok kamu bertuala je tu?" Mak lang menjegilkan mata kepada Dhirar.

Tanpa menjawap, dhirar terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Auchhh macam perempuan sudah aku tengok dia jalan terkepot-kepot sambil pegang tuala. Aummm so sexy.

Sedang aku leka memerhatikan Dhirar yang semakin hilang bayangannya, mak lang menyergah aku. "Amboiiii .. macam nak terkeluar biji mata tu tengok anak bujang Mak Lang.. Kamu tu ada apa-apa ke dengan anak Mak Lang tu?" Aku hanya menyeringai menayangkan gigi sebaik sahaja Mak Lang bersuara.

"Hmmm macam mane nak cakap ea??? Hmmmmm sebenarnya...."belum sempat aku meneruskan kata-kata, Dhirar segera membidas.

"Sebenarnya , kita orang rapat macam sepupu dengan sepupu lah Umi... betul tak Ain?" Kata Dhirar sembil mengangkat-angkat kening tebalnya kearah aku.

"Aah Mak Lang ... rapat sebagai sepupu je... tak ada apa-apa pun..."aku menjeling tajam ke arah Dhirar.

"Baguslah kalau gitu ... bukan apa.... sepupu dengan sepupu ni tak berapa elok kawin... nanti keluarga tak berkembang ...." terang Mak Lang sambil duduk di meja makan dan menuang kopi yang masih berwap-wap menunjukkan ia masih panas kedalam cawan.

"Mari la duduk minum... kang lepas maghrib tolong Mak Lang masak ye? Bahan-bahan sudah siap... tinggal masak je .... "sambung Mak Lang.

"Eh ... hmmm Ain datang sekejap je ni .. ni pun da nak balik ... maaf ye Mak Lang.. tak dapat tolong Mak Lang masak..."aku menolak dengan baik walaupun aku masih marah dengan kata-kata Dhirar.

'Rapat sebagai sepupu ye? Haaa tengok kau nanti .... siap kau...berdarah telinga kau aku buat....' monolog aku sendiri sambil merenung tajam muka Dhirar yang selamba badak tu.

"Lah... dah senja macam ni nak balik ? Kang momok tumpang belakang motor kamu kang , baru kamu tahu.... Dengar cakap Mak Lang, maghrib je dekat sini ... kang lepas makan Mak lang suruh Dhirar teman kamu balik...."kata Mak Lang bernada tegas.

"Baiklah Mak Lang... Ain telifon mama sekejap.. takut kang dia kalut cari Ain..."jelas aku.

Aku beredar jauh sikit dari dapur sambil mengeluarkan Iphone6plus milik aku dan mendail nombor mama."hello ma... cheq balik lepaih maghrib noh ... ma jangan dok risau cheq dekat ghumoh Mak Lang... nanti balik Kashfi teman Cheq... apa-apa nanti cheq telpon ma lagi nohh.... bye..." kata aku kepada mama dalam loghat utara.

Aku pun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk memandangkan semua sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib. Selepas tamat azan berkumandang, kami pum menunaikan solat berjemaah.

______________________________

Di rumah Aisy Ratifa

"Malam ni kita makan nasi dengan lauk-lauk kampung je? Eeeeiiii kalau tahu la macam ni ... baik Aisy dinner dengan kawan-kawan aisy je ... tekak ni tak lalu nak makan lauk kampung tahu tak!" Aisy memalingkan muka tanda Protes.

"Ayah yang request Ibu masak lauk kampung... sedap apa... masak lemak cili api ikan kurau masin, ulam-ulaman, sambal belacan dan telur dadar... nice ... berselera tahu ayah nak makan .... asyik western la chinese cuisien la japan cuisien la ...mengarut je semua tu ... tekak kamu tu tekak melayu ... tak payah nak mengada cakap tak lalu tekak kamu nak telan masakan kampung.." ayah bernada tegas.

MRS DHIRAR KASHFIWhere stories live. Discover now