DHIRAR POV🐝
Minuman panas yang dihidangkan oleh pelayan restoran itu aku hirup dengan perlahan. (Wait! Author please jangan nak berangan, aku ni kuli dekat kedai jual ayam je 😡 so tak payah nak restoran sangat-Dhirar-) (hehehe maaf-Author) . Kopi O panas kurang manis aku hirup dengan perlahan sambil memerhatikan kawasan sekeliling. Keadaan di warung Pak Mail ini sangat meriah. Manakan tidak, semua makanan yang dijual disitu berharga Rm1 dan sangat sedap.
"Dhirar oiiii... bila la kamu ni nak nyah(pergi) dari warung teman ni ??? Kopi tu sudah 3 cawan masuk dalam perut kamu ..." Pak Mail menyapa dengan kata-kata sedikit menghalau bercampur gurauan.
"Saya ni Pak mail .... bukan tak nak nyah dari warung ni ... tapi kopi Pak Mail yang pekat meletak ni telah memikat hati saya.... lagi-lagi bila Pak Mail yang buat ... I want you la Pak Mail~~muah muah ..." aku menyakat pak Mail sambil membuat gaya seperti Dato Vida.
"Aish kamu ni ! Meremang bulu tengkok teman mendengonya... haish suka hati kamu le... malas teman nak melayan ... serupa gayboy doh teman nampoknye..." jawap Pak mail dengan loghat Perak dan berlalu pergi melayan pelanggan-pelangganya yang lain.
Aku ketawa berdekah melihat reaksi Pak Mail. Geli sungguh hagi melihat mimik muka Pak Mail yang geli geleman dengan tindakkan aku. Kopi O aku hirup sehingga habis dan aku membuat bayaran Rm3 kepada Pak Mail dan terus Beredar ke tempat kerja.
Setiba di tempat kerja, aku memakai sarung tangan dan apron plastik. Aku memakai toping mulut dan membuka pintu dan masuk ke ruangan kerja aku. Haba wap yang agak panas menerpa kearah aku. Minggu ini aku ditugaskan untuk mencabut bulu ayam. Sudah 3 hari aku mencabut bulu ayam, sampai bogel ayam tu aku kerja kan. Hihihi.
Sedang aku leka mencarit-carit bulu ayam yang dikatakan akan bercantum tetapi hakikat nya tidak, bahu aku di tepuk oleh seseorang dari belakang. "Oooo mak kau berjambang bulu bulu ehhhh bulu ....." aku melatah dan bulu yang ada ditangan aku, secara tidak sengaja aku menonyoh ke muka seseorang yang menepuk bahu aku tadi.
"Woiiiii~~~bulu ayam ni weyh .... puih puih...nasib aku tak tertelan" Abang Long aku meludah-ludah sisa bulu ayam yang termasuk dalam mulutnya.
"Hehehe maaf bang .... ta...tak ...sengaja... ampunnnnnn" aku tersengeh macam seperti kerang busuk.
"Nasiblah sape jadi bini kau... laki kaki melatah... "rungut Abang Long.
"Abah cakap , mulai esok kau dengan Musa kena hantar ayam dekat restoran-restoran yang tempah ayam segar dengan kita. Sebab Shah masuk hopital ... so dia cuti untuk beberapa hari ni... mungkin 2 minggu kau kene ganti tempat dia..musa tahu macam mana kerja tu, kau bantu dia je ... sebab kalau dia sorang buat kerja, kerja lambat siap... so kau kena bantu dia" terang Abang Long panjang lebar.
Aku tekun mendengar arahan dari Abang Long dengan teliti lalu mengangguk tanda faham. Sebenarnya , kerja abang Long bukan sekadar menjadi penyelia kewangan merangkap pembantu abah, tetapi dia turut menjadi pekerja sekiranya ada pekerja yang cuti sakit atau menerima tempahan ayam yang agak banyak dari biasa.
"Alright .. nanti lepas habis kerja kita jumpe kat office abah... chaww dulu bruhhhh" katanya sebelum berlalu pergi.
'Hmmmm hantar ayam .... hantar ayam pun hantar ayam la .. da lame aku tak jalan-jalan mase kerja walaupun jalan-jalan hantar tempahan ayam, at least aku dapat jalan-jalan.. hehehe'monolog aku sendiri.
Sebaik sahaja waktu kerja tamat, aku menanggalkan apron dan membasuh muka dan tangan sebelum memasuki Office abah. Sebaik sahaja tombol pintu aku pulas dan pintu itu aku tolak ke dalam, wajah abah dan abang Long sudah ada disitu.
YOU ARE READING
MRS DHIRAR KASHFI
Romance"Sampai bila kau nak jadi macam ni?!" Dhirar Kashfi "Kau suka dia bukan aku!"Aisy Ratifa