Aku hanyalah lelaki
Yang selalu ingin kau cinta
Bukan untuk disakiti hatinya
Pedih menahan lelah yang tak terkira
( Hanya Ingin Kau Cinta – Hafiz )
Qalif merenung sepi Iphone miliknya. Sudah beberapa kali dia mendail malah hampir berpuluh kali, namun tiada panggilan yang disambut. Intan benar-benar menyepi. Hendak berkeras dia tidak suka cara sebegitu. Selagi dia mampu untuk bersabar dan berbincang dia akan lakukan. Tugasnya di Alor Setar akan berakhir. Dia kini akan menetap semula di Nilai. Qalif berharap sangat yang Intan tidak lupa untuk menjemputnya di KLIA2 kerana sebentar lagi pesawat akan berlepas. Jika tidak, nampaknya dia perlu mengambil teksi dan pulang.
Pintu pelepasan telah dibuka. Qalif melihat jam tangannya. Tepat jam 8.30 malam dia akan mendarat di KLIA2. Semenjak 3 bulan lalu dia perasan akan perubahan Intan, namun dibiarkan sahaja. Runsing barangkali. Senyuman diukir manis saat kakinya melangkah masuk ke dalam pesawat. Hampir dia menjadi krew penerbangan satu ketika dulu, namun takdir merubah segalanya.
Dia meletakkan beg dibahagian bagasi sebelum duduk. Iphone miliknya dikeluarkan. Pesanan wassup diberikan untuk mengigatkan Intan. Kaki langit Kepala Batas sudah menjengah senja. Rindu rasanya ingin pulang. Waktu petang begini dia sangat menyukainya. Tandanya berakhirnya sehari yang panjang. Iphone dimatikan. Selamat tinggal Kedah Darul Aman, semoga kita berjumpa lagi.
Senyuman diukir sehabis baik. Intan tidak jauh berdiri dari ruang ketibaan. Gadis itu tampil ringkas. Baginya Intan memiliki kecantikannya yang tersendiri. Sejak dua tahun lalu menyulam cinta, kesetiaannya tidak pernah berubah. Malah semakin bertambah setiap hari.
" Assalamualaikum. Lama tunggu ?" Qalif sudah senyum gembira mengadap Intan saat ini. Hilang rasa rindunya.
" Waalaikumsalam. Intan baru je sampai. How your flight ?" Intan membalas senyuman Qalif sebaik mungkin saat ini.
" Macam biasa, ok. Jom balik, nanti singgah kedai makan. Saya lapar sangat. Rindu nak makan dengan awak." Semangat saja Qalif saat itu. Selera makannya terus datang
.
" Intan ada sesuatu nak cakap. Boleh kita minum dulu dekat sini?" Intan bertanya bagi mendapatkan persetujuan Qalif. Tanganya terasa sejuk saat ini. Entah bagaimana hendak dimulakan bicara nanti.
" Boleh. Jom kita pergi Old Town Cafe. Intan lain macam je ni, ok tak ? Qalif perasan akan perubahan Intan saat itu. Wajahnya sedikit cemas. Malah hilang segala sifat keyakinan gadis kesayanganya saat ini.
Intan berdiam sahaja. Malah melangah beringin bersama Qalif. Langkahnya kali ini terasa berat. Malah seakan tidak bersemangat. Dia duduk mengadap Intan yang serba tidak kena. Malah dia sahaja yang memasan minuman. Intan tunduk.
" Intan ok tak ni ? Ada benda nak bincang ke?" Qalif memulakan bicara setelah melihat Intan masih terus menyepi.
" Intan" panggil Qalif lebih lembut. Dia perasan Intan sugul malah seakan sedih.
Intan masih tunduk. Dia bernafas perlahan mengumpulkan kekuatan. Dia mencari sesuatu dihandbagnya. Matanya memandang tepat wajah Qalif saat itu. Dia perlu berterus terang dari terus berdiam. Cincin tunangnya diletakan dihadapan Qalif. Qalif memandang wajah Intan dengan seribu pertanyaan. Entah kenapa hatinya begitu terasa kelainan saat ini.
" Cincin ni tak muat ke? " Qalif cuba bersangka baik saat itu.
" Awak ingat Izzuan ? " soalan Qalif tidak berjawab. Malah pertanyaan Intan pula yang perlu dijawab saat ini.
YOU ARE READING
AKU HANYALAH LELAKI
RomanceQalif yang terpaksa melepaskan, Intan yang memaksa melepaskan dan Awatif yang sukar melupakan dan berpegang pada janji.