Bab 2 : Tanah Minang

18 0 0
                                    



" Qalif aku ni rasa pelik. Tiba-tiba aku dah dalam flight ni nak pergi Padang dengan kau. Tahu aku memang ajak kau pergi Padang sangat. Tapi taklah sampai kau bayarkan semua. Kau tu dah nak kawin. " ucap Adli sambil memandang Qalif yang masih sepi sejak berjumpa pagi tadi.

" Aku guna duit nak kahwin aku." Qalif berkata pendek sambil memandang ke tepi. Melihat awan yang berkepul diluar tingkap

" Kau gila ke apa ? Kalau aku tahu, aku tak pergi. Intan tahu tak ?" suara Adli mula gelabah.

" Aku bagi tahu kau sekali je. Jangan tanya banyak kali. Intan dengan aku tak jadi kahwin. Dia dah putuskan. Dia nak bagi peluang dari Izzuan. Ni je cara aku larikan diri buat sementara waktu. " Qalif cuba mengawal suaranya. Air mata yang hampir mengalir diseka perlahan. Saat ini dia tidak mampu mengadap Adli

Adli terdiam. Malah seakan tidak menyangka. Hendak bertanya jelas Qalif belum bersedia. Dia menepuk perlahan bahu Qalif. Memang berat ujian yang diterima Qalif saat ini. Dia sendiri mungkin tidak semampu Qalif untuk bertahan dan senyap.

" Kamu cakap apa ni Intan ? Qalif tahu pasal benda ni ? "suara Hajah Zainiah tertahan saat ini. Haji Ahmad mampu berdiam sahaja.

" Semalam Intan dah bagi tahu Qalif. " Intan bersuara takut-takut. Malah pandangan emak dan bapaknya sangat mengerunkan. Dia sendiri sudah ditampar oleh bapanya, Alias,

" Habistu mana Qalif ? Dia patutnya sampai malam tadi. Apa kamu dah buat ni Intan? Salmah kamu tak nasihatkan ke Intan ni ? Qalif pulak hilang, mana nak cari dia. Dari semalam call tak diangkat. " Hajah Zainiah sudah mula menangis

" Saya dah nasihatkan. Entah apa difikirkan budak-budak muda sekarang. Saya ni malu nak jumpa Haji sekeluarga. Malu sangat sebab ni berpunca dari Intan. Saya mintak maaf Haji. " Alias bersuara perlahan, Salmah pula bangun memeluk Hajah Zainiah yang terus menangis mengenangkan Qalif yang telah hilang.

" Macam nilah Alias, aku ni nak cakap banyak tak boleh. Sebab ini semua bergantung kepada keputusan Qalif. Doakan kita jumpa Qalif. " belum sempat Haji Ahmad menghabiskan kata-katanya, telefon miliknya berbunyi.

Haji Ahmad bangun sambil terus bercakap dengan telefon. Intan pula tertunduk membisu. Keputusan telah dibuat. Dia tidak mampu untuk terus berbohong. Kenyataanya hatinya milik Izzuan. Cinta pertamanya.

" Macam nilah Alias, Qalif pun dah call.Dia setuju untuk putus. Dia pesan, cincin tunang tu biar Intan je ambil. Jika tidak, buangkan sahaja. Dia tak nak Intan dan kamu sekeluarga jumpa dia atau cari dia. Ini permintaan Qalif sendiri. " Haji Zaki bersuara lemah. Tidak mampu berkata lagi. Hajah Zainiah pula terus menangis kesedihan. Dia tahu disebalik ketegasan Qalif itu, tersembunyi kesedihan.

Hajah Zainiah sedar, selama ini Qalif begitu mencintai Intan. Malah baju nikahnya sudah siap tergantung dibiliknya. Segala persiapan banyak dilakukan oleh Qalif sendiri walaupun dia sibuk dengan pelbagai tuntutan kerja malah dia seringkali berulang-alik dari Kedah ke Nilai. Menurut Haji Ahmad, Qalif akan pulang 3 hari lagi. Dia selamat dan bersama Adli saat ini. Cuma lokasi dia berada masih menjadi tanda tanya.

Adli merenung sahaja Qalif yang berada dihadapannya. Giliran untuk cop Imigrisen masih lagi berjalan. Sesekali dia menguap kecil tanda menahan mengantuk. Dia sememangnya ingin melawat Padang malah ke Bukit Tinggi. Melihat tanah minang, tanah adat, tanah asal keturunannya. Tapi bab Qalif dia tidak mampu menyatakan dengan jelas jika jejaka itu juga turut berkongsi darah minang jika mukanya sahaja jelas menunjukkan dia memang mempunyai darah keturunan cina.

" Bro, sarapan jom. Aku laparlah. Dari malam tadi tak makan." Ucap Qalif cuba beriak biasa. Mungkin sedang mengumpulkan kekuatan untuk dirinya sendiri. Adli yang berada disebelahnya senyum dan berjanji akan cuba memberikan kekuatan untuk sahabatnya.

" Kena cari teksi. Kita makan dekat Padang. Lepas tu baru kita gerak pergi Bukit Tinggi. " Adli senyum sahaja melihat Qalif yang seakan sedikit ceria.

Bau pagi dan segarnya bayu laut memberikan semangat kepada Qalif. Malah sebaik sahaja kakinya melangkah ketanah adat ini. Kesan hujan membasahi bumi masih terasa. Sukar digambarkan keadaan yang asing malah udara pagi yang segar.

" Lain kali jalan tu pandang depan. Buta ke mata ?" marah Qalif.

" Maaf. "ucap gadis yang melanggar Qalif perlahan serba salah.

Qalif memandang kosong gadis tersebut malah terus berlalu pergi. Gadis itu memandang Qalif. Bau haruman yang amat dirinduinya sudah berlalu pergi bersama jasad yang kosong. Gadis itu terlalu lemah malah dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jejaka yang melanggarnya seakan membuka semula ruang masa lalu yang telah lama ditinggalkan malah hampir dilupakan.

" Bro, kau salalu tak macam ni. Relakslah. Kesian kot awek tu." Nasihat Adli sambil menepuk bahu Qalif

Qalif hanya diam membisu. Malas dia ingin mengulas panjang. Tidak guna dia cuba berbaik atau cuba berhemah jika akhirnya kini hatinya sakit hancur. Matlamatnya kini hanya ingin menenangkan diri tanpa melibatkan sebarang masalah dengan sesiapa. Perjalanan daripada Padang ke Bukit Tinggi dilatari pemandangan hijau dan sawah padi yang memukau. Malah rumah yang berada disekitar kiri dan kanan jalan adalah kecil dan nampak menarik disamping keadaan yang nyaman. Qalif didalam kereta banyak berdiam diri. Malah dia sendiri tidak menikmati pemadangan yang memukau. Cuma Adli sahaja yang masih teruja.

Sampai sahaja di Bukit Tinggi, Qalif terus mandi. Otaknya sarat dengan pelbagai perkara. Dia sendiri tidak pasti langkahnya kesini adalah langkah terbaik atau sekadar alasan untuk melarikan diri daripada kenyataan. Adli hanya memerhatikan sahaja malah memberikan ruang untuk Qalif berfikir. Usai sahaja Adli mandi, dia melihat Qalif sudah tertidur. Mungkin keletihan. Adli terus bersiap dan mencapai DSLR miliknya. Dia membiarkan sahaja Qalif berehat sementara dia berjalan sekitar Bukit Tinggi. Destinasi pilihannya tentu sahaja Menara Jam Gadang, Bukit Tinggi. Disetiap dinding jam berkenaan terdapat rentetan sejarah menganai pembinaanya, malah ia seiring dengan keadaan semasa Bukit Tinggi menjadi saksi pada pembangunaannya dari zaman penjajahan sehinggalah kini menjadi kawasan rekreasi. Adli mengambil gambar dan dia tersenyum melihat suasana yang sangat berbeza dilatari budaya minang yang masih utuh disetiap insan yang dilihatnya. Kereta kuda yang berada disekitar Jam Gadang masih lagi sentiasa menanti penumpangnya. Suatu yang jarang dilihat malah kuatnya budaya Minang di Bukit Tinggi masih terasa.

Adli melihat keadaan sekitar malah dia duduk dibangku yang disediakan. Dia memandang Pasar Atas yang berada dihadapannya. Mungkin dia perlu mengajak Qalif untuk melihat Pasar Atas. Sementara itu Qalif yang baru tersedar bangun dan melihat keadaan sekitarnya. Keluhan berat dilepaskan, terasa seakaan mimpi yang terjadi namun kenyataan tetap kenyataan. Nota kecil ditinggalkan Adli yang menyatakan dia berada di Jam Gadang untuk mengambil gambar. Kotak fikiran tidak pernah terlintas untuk ke Padang, Indonesia tetapi Cuma mendengar sahaja hasrat Adli yang terlalu gembira jika dapat ke tanah minang ini. Dia bangun dan terus sahaja mandi. Mungkin dia perlu mencari Adli dan perlu berjalan melihat persekitaran di Bukit Tinggi. Dia berjalan keseorangan menuju ke Jam Gadang yang dinyatakan oleh pekerja dihotel. Dia melihat sahaja persekitaran Bukit Tinggi, tidak dapat dinafikan terdapat keunikan tersendiri. Setibanya di Jam Gadang, matanya meliar mencari Adli. Qalif berdiri mengadap satu-satunya Pasaraya yang berada di Bukit Tinggi iaitu Plaza Bukit Tinggi yang berada diseberang jalan. Bumbung masih berbangga dengan ciri-ciri budaya minang. Matanya memandang gadis yang melanggarnya pagi tadi di Lapangan Terbang. Gadis itu memandangnya tanpa berkelip memerhatikannya. Qalif yang tidak berasa tenang dengan pandangan tersebut terus sahaja berlalu pergi sebaik sahaja lori melintas dihadapannya.

Bersambung.......

AKU HANYALAH LELAKIWhere stories live. Discover now