Bab 3 : Insan Itu

8 0 0
                                    


Awatif terkaku melihat jejaka yang berada dihadapannya. Dia tidak berkelip, malah wangian yang digunakan seakan mengesahkan segalanya. Jarak hanya dipisahkan oleh jalan sahaja saat ini. Sebaik sahaja lori menghalang padangannya, jasad itu telah tiada. Matanya meliar mencari jasad jejaka itu yang hilang. Tanpa dipinta air matanya mengalir sendiri. Dugaan apakah yang perlu dihadapinya kini. Kepahitan masa silam itu telah lama berlalu kini muncul kembali membawa seribu kenangan lalu.

" Atif, kau ok tak ni? Dari tadi aku tengok kau macam cari seseorang. " tegur Dhiya lembut.

" Dhiya, tadi aku nampak Amzar. Betul-betul kat sana. Pagi tadi pun dia langgar aku, tapi dia tak kenal aku Dhiya." Awatif sudah tersedu menanggis.

" Atif, kau dah lama tak macam ni. Silap orang tu. Dahlah, kau ni buat aku risau je. " pujuk Dhiya sambil memeluk erat Awatif yang masih menangis. Dia pasti dan yakin yang dilihatnya adalah Amzar. Mana mungkin dia melupakan seorang insan yang dekat dihatinya. Janji yang dipegang sekian lama tidak mungkin leraikan. Awatif jatuh terduduk menangis didalam dakapan Dhiya.

Qalif masih berjalan sekitar Jam Gadang. Matahari sudah mula memanaskan suasana. Ketika dia hampir dengan kereta kuda, dia melihat Adli sedang berbual dengan penduduk tempatan. Dia mendekati Adli yang rancak berbual. Sesekali Qalif juga turun berbual dengan penduduk tempatan Bukit Tinggi tersebut. Banyak maklumat dan info yang diperolehi termasuk agenda perjalanan yang akan dijalankan ketika mereka berada disini. Setelah hampir beberapa minit, mereka berdua bergerak menuju ke Plaza Bukit Tinggi. Hanya makanan segera sahaja yang mengisi perut mereka berdua saat ini.

" Adli, kau perasan tak pagi tadi yang aku langgar perempuan dekat aiport?" tanya Qalif sambil menyedut minumannya

" Pagi tadi tu ? Maunya aku tak ingat. Dah kau siap marah lagi dia, padahal salah kau. Kenapa " Adli memandang Qalif yang serius berbicara ketika itu

" Tadi masa aku cari kau, aku terjumpa dia. Dia berdiri kat luar tu pandang je aku kat seberang tak berkelip kau tau. Aku pelik juga, tak akan aku marah macam tu dia sampai berdendam." Qalif masih berfikir mengenai kejadian yang dilihatnya.

" Macam tu pulak ? Aku rasa dia pandang je kot. Kau je yang perasan lebih ni." Adli terus menikmati makanannya.

" Taklah, tapi cara dia pandang aku tu lain macam. Macam lama sangat tak jumpa aku. Pelik betul." Qalif hanya mengeleng sahaja melihat Adli yang berselera makan.

" Dahlah, kau jangan fikir bukan-bukan. Lagipun kita datang sini nak tenangkan fikiran kau tu. Macam mana, esok jadi ambik supir ke ? Lepastu duit belanja semua ni, nanti aku ganti balik lepas balik Malaysia." Ujar Adli sambil tersenyum

" Tak lah aku cuma pelik je. Nanti duit tu tak payah ganti, kau temankan aku ni kira bersyukur dah. Kau rasa elok tak dalam keadaan sekarang aku terima kerja dekat Korea tu? Lagipun aku tak rasa aku boleh bertahan dengan keadaan macam ni. Mak dengan abah aku lagi. Aku kesian dekat famili aku. " muram sahaja wajah Qalif sambil dia cuba berlagak biasa. Adli memandang Qalif sekita. Dia melepaskan keluhan perlahan.

" Ikutlah mana kau rasa terbaik. Lagipun kalau kau terima kerja tu pun dalam setahun dua kau dah balik semula kat Malaysia. Tapi pesan aku Qalif, jangan berdendam." Wajah sahabat baiknya itu dipandang. Mereka membesar bersama malah semua perkara turut dikongsi bersama. Semasa Qalif ingin melamar Intan, dialah yang paling gembira melihat Qalif tersenyum riang. Memang diakui, Qalif sangat sayang pada Intan. Mungkin suratan jodoh mereka berdua berakhir begini. Takdir tiada siapa mampu menduga.

Setelah mereka berdua selesai menikmati makanan, Qalif dan Adli hanya berjalan disekitar Bukit Tinggi selain mendapatkan seorang supir untuk aktiviti mereka esok. Qalif pula seakan cuba mencari ketenangan tetapi pada Adli dia dapat melihat dengan jelas kesedihan yang cuba disembunyikan. Tidak banyak aktiviti mereka berdua boleh lakukan saat ini kecuali pada malamnya mereka melihat tarian cak lempong. Merupakan tarian bagi masyarakat minang dan merupakan sebahagian warisan budaya minang yang masih kekal. Qalif berdiam sahaja saat pulang ke hotel. Adli pula seakan memahami keadaan sahabatnya dan membiarkan sahaja Qalif bersendirian. Sesuatu yang menyakitkan adalah dilukai oleh seseorang namun yang lebih memberikan kesan mendalam dan belum tentu lukannya mampu sembuh adalah disakiti oleh orang yang kita sayang. Ia ibarat luka yang dalam namum mempunyai duri yang tersembunyi. Kesetiaan yang dilafazkan dan dikotakan Cuma dibalas dengan kecurangan oleh Intan. Gadis itu bukan tidak menyedari bahawa Qalif amat mencintai drinya. Malah jika dia perlu untuk berkorban nyawa sekalipun dia sanggup asalkan Intan bahagia.Namun hajat yang dicita musnah oleh kenangan yang cuba untuk dikembalikan semula oleh Izzuan dan Intan. Akhirnya dia yang terkapai-kapai mencari hakikat sebenarnya dan kepahitan yang terpaksa ditelan.

" Qalif, kau tengok gambar ni." Huluran kamera diberikan oleh Adli yang dari tadi leka melihat gambar yang diambilnya tengahari tadi.

" Perempuan nilah yang langgar aku pagi tadi. Lepastu pandang orang lain macam." Ujar Qalif sambil memberi semula kamera milik Adli.

" Tapi cun kau tau awek ni. Kau tak rasa dia cantik ke ?" puji Adli sambil masih lagi melihat gambar gadis tersebut yang senyum menyentuh kuda yang berada di Jam Gadang.

" Cun je kalau akhirnya menyakitkan hati orang buat apa. " Qalif bangun dan terus meneguk air mineral miliknya.

Adli malas berbahas panjang dengan Qalif. Emosinya masih tidak stabil. Malah jika dilihat dari mata Qalif dia masih menyumbunyikan kesedihan sebenarnya. Mereka telah berkawan sejak lama, dia sangat mengetahui keadaan Qalif, selagi dia mampu menahan seorang diri dia akan menahan malah banyak perkara lagi yang disembunyikan Qalif sepanjang hidupnya. Kadang-kadang Adli sendiri sukar menjangkakan tindakan Qalif. Munkin tanah minang ini menjadi saksi kepada kedewasaan Qalif untuk membuat keputusan. Malah hatinya nekad untuk menerima tawaran ke Korea Selatan bagi memulakan langkah baru dalam hidupnya.

AKU HANYALAH LELAKIWhere stories live. Discover now