Amzar diam sahaja. Kepalanya masih ligat berfikir menganai kewangan Jentayu yang nampaknya perlu diselamatkan. Malah dia terlalu sukar untuk mempercayai sesiapa saat ini. Peristiwa lalu yang menjadikan dirinya kini memastikan dia perlu berhati-hati. Tidak semua yang berada disampingnya kini boleh dipercayai. Dia banyak menghabiskan masanya kini untuk memulihkan Jentayu Holding ditahap yang terbaik semula. Selepas segalanya barulah segala amanah yang dipegangnya mampu terlerai. Fail yang disemaknya diletakkan. Kepalanya berdenyut perlahan. Dia memandang jam tangan miliknya sudah menjengah 11.30 pagi. Petang ini dia perlu ke KLIA untuk mengambil orang yang penting dalam memastikan agendanya tercapai. Tiba-tiba pintu biliknya diterjah. Dia hanya memandang kosong pemilik wajah itu. Gadis itu sudah mula munculkan dirinya.
" Maaf En Amzar. Saya dah cuba halang. Tapi Cik Awatif tetap juga berkeras." Gina sudah serba salah. Dia tahu Amzar sibuk semenjak masuk semula ke Jantayu Holding. Malah kebannyakan hari biasa, Amzar yang selalu pulang lewat.
" Its ok Gina. " anggukan perlahan melegakan hati Gina.
Awatif berdiri mengadapnya kini. Dia sudah malas untuk berkata jika amaran sudah diberikan. Ternyata Awatif masih seperti yang diketahuinya. Degil malah seakan cuba melawan. Kerusi dihadapannya terus ditarik kasar.
" Sampai hati you diamkan. I tunggu tiga tahun. Jumpa dekat IOI then you boleh pergi macam tu je." Hamburan kemarahan sudah ditempiaskan. Amzar melepaskan keluhan kecil. Arghhh gadis dihadapannya kini sudah mula akan mengejarnya.
" Cik Awatif, untuk kesekian kalinya tolong jauhkan diri you dari i. You tahu apa akan jadi kalau you terus untuk berada dengan I. Anggap je kita tak ada jodoh." Ucap Amzar lembut sambil matanya terus mengadap komputer. Esakan tangis kedengaran. Seharusnya Amzar memahami dirinya. Matanya memandang Amzar yang masih fokus komputer dihadapannya.
Bukan dia tidak cuba untuk membuat yang terbaik untuk melupakan Amzar. Malah segala yang terdaya yang dilakukannya bagi memastikan dirinya mampu bangkit semula. Malah dirasa sukar untuk mempercayai keluarganya dan sesiapa sahaja kerana membohogi dirinya tetang kematian Amzar. Dia rasa bersyukur Diana sahabatnya yang masih berkerja di Jentayu Holding memaklumkan Amzar muncul kembali. Gerak hatinya mencari Amzar dan berjumpa di IOI City Mall membuahkan hasil, Namun Amzar seakan menjadi insan yang sejuk dan tiada reaksi. Walaupu dua tahun lepas dia berjumpa insan yang mirip Amzar tapi jelas jejaka yang dilihatnya di Bukit Tinggi bukanlah Amzar yang kini dihadapannya.
Amzar memandang Awatif yang masih memandangnya dengan linangan air mata. Dia faham Awatif turut terseksa. Malah kehilangan orang yang tersayang tanpa sebarang berita memberikan tamparan hebat pada Awatif. Keluhan dilepaskan. Susah baginya saat ini untuk membuat percaturan langkah yang perlu dilakukan. Malah hadirnya Awatif kini mungkin mengundang bahaya.
" You baliklah Awatif. Lupakan segalanya. Mulakan hidup yang baru. You boleh teruskan hidup untuk tiga tahun lepas tanpa i. I tak rasa you susah sekarang. Lagipun you dah tahukan, I masih lagi hidup dan bernafas." Wajah Awatif dipandang lembut.
" I tak akan berganjak untuk bersama you. You tahu tak macam mana sensaranya I untuk tiga tahun lepas? You tak tahu pun. Jadi jangan buat i berganjak dengan keputusan yang i telah buat." Nada Awatif tegas walaupun air matanya tidak henti mengalir.
Gelengan sahaja Amzar mampu memberikan saat ini. Tiada apa yang mampu dijelaskan. Malah penjelasan yang ada untuk tiga tahun lalu perlu disimpan rapi. Dia terus sahaja membuat kerja. Wajah itu masih suram memandangnya. Dia membiarkan sahaja. Suasa sepi saat itu. Tiada kata malah Awatif masih memandangnya walaupun dia tetap meneruskan kerjanya seperti biasa. Hendak dia menghalau keluar Awatif dia sendiri tidak sampai hati, dia tahu saat ini Awatif adalah insan yang paling terluka dan sensara disebalik semua kejadian tiga tahun lalu.
YOU ARE READING
AKU HANYALAH LELAKI
Любовные романыQalif yang terpaksa melepaskan, Intan yang memaksa melepaskan dan Awatif yang sukar melupakan dan berpegang pada janji.