▶50

347 35 4
                                    

"SURPRISE!!!!!!"

Jimin segera mengangkat mukanya. Dia terkejut memandang rakan-rakannya dan juga Jiyun. Dia tersenyum memandang Jiyun yang berpakaian cantik sekali.

"SAENGIL CHUKAHAE PARK JIMINNNNNNN!!!"

"Nah, tiup lilin ni." Jiyun membawa kek itu rapat dengan Jimin. Rakan-rakannya mula menyanyikan lagu untuknya.

Jimin tersenyum gembira. Dia terus meniup lilin tersebut. Tak sangka kawan-kawannya sanggup merancang untuk membuat perkara ini.

"Oh jadi nilah sebab korang abaikan aku sebelum ni? Memang tak guna!" Kutuk Jimin.

"Eh eh! Bukan idea kitorang k! Ni semua idea Jiyun!" Taehyung membalas.

"Oh, kalau idea Jiyun memang terbaiklah sayang!!" Jimin menukar segera kata-katanya.

"Hek eleh mamat ni!" Yoongi tersenyum sinis.

Sementara yang lain sedang leka makan dan berkaraoke, Jimin mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama dengan Jiyun. Mereka berjalan ke belakang Restoran yang sudah ditempah untuk mereka sahaja.

Di belakang terdapat rumput yang dijaga rapi. Sinar bulan menambahkan lagi keindahan di situ.

"Will you dance with me?" Jimin menyua tangan kanannya.

Jiyun tersenyum. "Saya pakai tumit tinggi, tak selesalah."

"Kalau macam tu, buka kasut jom?"

"Hah? Awak okay ke?"

"Okay, asalkan dapat menari dengan awak." Jimin tersenyum.

Lalu mereka berdua menanggalkan kasut masing-masing. Jiyun menyambut tangan Jimin. Mereka bergerak ke tengah padang rumput itu.

Jimin merangkul pinggang Jiyun erat manakala Jiyun memeluk leher Jimin. Mereka memandang antara satu sama lain, seakan terpukau. Jimin secara tiba-tiba menyanyikan lagu Perfect by Ed Sheeran.

Lagu kesukaan Jiyun. Jiyun tersenyum lebar. Suara Jimin amat lunak dan menggoda, mencairkan hati perempuannya.

"I love you so much Jimin-ah." Jiyun mengeluh pipi Jimin.

"I love you more Jiyun-ah." Dengan itu, Jimin mengucup bibir Jiyun. Lama.

"Will you marry me Park Jimin?" Jiyun tersengih sambil mengeluarkan sebentuk cincin.

"Yah! Jiyun. Sepatutnya saya yang lamar awak!" Jimin ketawa.

Jiyun turut ketawa. Bahagia sekali dengan Jimin. Dan dia tak pernah menyesal bercinta dengan Jimin sewaktu dirinya masih gwishin.

Tak pernah menyesal.

THE END.

+++

YAY!! HAPPY ENDING JAVSUSHSHSHHSHS

saya nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi baca, vote dan comment story ataupun lebih kepada trash ini. I love uollssss!!

Haa, jangan lupa check works saya yang lain juga ya! VOTE dan COMMENT pls. saya amat appreciate hehehe ;))

And pls take care of yourself, jangan terlalu stress, kalau ada masalah kongsilah dengan sesiapa yang korang percaya, okay? Jangan cederakan diri sendiri.

LOVE YOURSELF, LOVE MYSELF,
PEACE!

Lots of loves,
Hannah

【C】Unbelievable. ↬ p.jmWhere stories live. Discover now