▶7

310 50 7
                                    

Jiyun menukar siaran di televisyen tu dekat seratus kali. Namun, tiada yang menarik minatnya. Dia akhirnya menekan butang off lalu bersandar pada sofa berwarna putih suci itu.

"Macam mana nak tolong Jimin eh?" Jiyun mengeluh. Nak tolong apa? Entah. Mungkin dapatkan kebenaran tentang kemalangan yang berlaku 2 tahun lalu.

Dia mula bosan. Appa dan Omma telah keluar ke Seoul selama seminggu. Dan dia pulak akan ke universiti bermula esok. Haih, rugi tak dapat ikut.

"Jiyun-ah."

Jiyun tersentak. Jiyun-ah? Jimin panggilnya begitu? Jantungnya berdetak laju. Tak dapat nak kawal lagi. Senyuman gembira cuba disembunyikan.

"Awak tak lapar ke?" Jimin mengerutkan dahinya.

"Lapar." Jiyun mula berfikir apa yang boleh dimasaknya. "Hah! Kita buat cupcake jom!" Tangan Jimin digenggam erat lagu ditarik ke dapur.

Jiyun mula mencari bahan-bahan dan mengumpulkannya di atas meja.

"Betul ke awak tahu nak buat ni?" Jimin tersenyum sinis — menidakkan yang Jiyun itu tahu masak.

Seksi. Jiyun menggelengkan kepalanya. Ish, apa benda yang aku fikir ni?

"Tak tahu?" Jimin bersuara lepas melihat reaksi Jiyun yang menggelengkan kepalanya.

"Bukan. Bukan. Saya tahulah!"

【C】Unbelievable. ↬ p.jmWhere stories live. Discover now