▶21

251 42 2
                                    

"Jimin." Jiyun menghampiri Jimin yang sedang berbaring di katilnya. Dia duduk di birai katil.
"Saya lupa nak bagitau awak. Saya jumpa Taehyung dekat Pusat beli belah haritu."

Mata Jimin membulat. "Mana awak tahu dia Taehyung as in Kim Taehyung?"

"Saya tahulah. Saya kenal mata tu walaupun dia pakai mask. Saya kan peminat nombor satu BTS." Jiyun tersengih.

Jimin mengangguk kecil tanda faham. "So, how's he doing?"

"Dia nampak sihat dan handsome as always." Jiyun tersenyum apabila wajah Taehyung bermain di kotak fikirannya.

"Jiyun-ah. Saya hensem lagilah dari dia." Jimin mencebik.

"Jealous?" Jiyun mendekati Jimin dan turut berbaring di sebelahnya. Melihatkan Jimin yang mengangguk kecil meletuskan ketawa di bibirnya. Jiyun mencium pipi Jimin. "Jangan risau saya sayang awak seorang sahaja." Jiyun mencium pipi Jimin sekali lagi yang akhirnya melahirkan senyuman di bibir Jimin.

【C】Unbelievable. ↬ p.jmWhere stories live. Discover now