Bab 1

612 35 4
                                    

❆ ❆ ❆ ❆

Amir sedang memasukkan bekas bekalan warna merah jambu itu ke dalam beg bakul yang berwarna merah jambu juga. Botol air diletakkan atas meja. Kabinet dapur dilap bersih dan kering barulah dia membawa bakul itu ke hadapan.

"Auliaa.." Panggil Amir.

Ktakk.. Ktakk.. Ganas kaki kecil itu menuruni tangga dengan pantas pabila dengar suara Amir memanggil.

"Ya, papa. Kakak tengah turun ni." Jawab si kecil berumur 5 tahun itu.

"Cepat sayang, papa dah lambat ni. Nak hantar awak lagi, sekolah awak tu dahlah jauhh.." Usik papanya.

"Hehe. Mana bekal kakak?" Soal Aulia pada papanya.

"Dah papa letak dalam kereta, jom pergi sekolah sayang papa ni." Kata Amir pada Aulia yang tengah pakai stokin.

Aulia melambai kucingnya, Melli sebelum berangkat ke sekolah. Si kecil cantik itu memasuki perut kereta lalu ditutupnya dengan cekap pintu kereta itu.

Setibanya di sekolah, Aulia turun dengan pantas selepas salam Amir dan melambainya. Amir melambai semula dan menyelusuri jalan raya untuk ke pejabay yang mengambil masa 20 minit.

Di pertengahan perjalanan, Amir melihat cermin pandang belakang.

"Eh!" Terkejut Amir.

Terkejut dia kerana dia ternampak beg bekal Aulia. Tinggal pulaa.. Dengan pantas Amir cari jalan U-turn dan kembali ke tadika Aulia.

KEDENGARAN bunyi marker-pen menari-nari atas papan putih. Fokus Mysarra menulis soalan matematik untuk anak murid kecilnya.

"Cikgu Sarra." Panggil seseorang.

Mysarra berpusing, "Ya, kak?" Soal Mysarra semula pada cikgu perempuan bernama Maria.

"Ayah Aulia ada kat luar." Kata Cikgu Maria.

"Kenapa?" Soal Mysarra.

"Katanya nak jumpa Aulia." Mysarra mengangguk dan membawa Aulia keluar bersama.

"Papaa!" Panggil Aulia dari dalam pintu ketika melihat ayahnya.

"Takpa, Aulia tunggu sini. Biar cikgu keluar ya," Kata Mysarra. Dia sudah boleh agak kenapa ayah Aulia kembali. Ditangan Amir ada sebuah bakul warna merah jambu, itu pasti bekalan Aulia teka Mysarra dalam hati.

"Em, maaf cikgu. Bekal Aulia tinggal, ini dia." Kata Amir sambil memberi beg bakul tersebut.

"Oh, takpa. Terima kasih ya encik hantarkan semula. Nasib baik encik perasan." Kata Mysarra sekadar berbasa-basi.

Amir hanya angguk tersenyum dan melambai kecil pada anaknya. Tapi siapa tahu hati Mysarra sedang berdegup kencang?

Ish, tak boleh. Bapak orang tu. Bisik Mysarra dalam hati.

Tapi laki orang ke? Soal Mysarra sendiri.

Ish berdebat pula hati aku ni.

❆ ❆ ❆ ❆

Setiap hari ahad, Amir akan pergi melawat bekas mertuanya supaya tidaklah Amir dicakap buruk oleh keluarga bekas isterinya itu. Amir hanya berjumpa untuk Aulia kerana tidak ingin memutuskan silaturrahim antara cucu dan nenek.

"Aulia, mari makan nak." Panggil Nenek Jah. Bekas mertua Amir.

"Kejap nenek, Aulia main dengan Raihan ni.." Jawab Aulia. Bila berjumpa dengan sepupunya, Raihan betul tak boleh berpisah. Kerana hari itu sajalah Aulia ada kawan bermain. Sebelah keluarga Amir pula hanya dia dan adik lelakinya, Aeril. Tapi adiknya pula baru berkahwin.

"Bawa Han makan, Kak." Kata Amir.

"Ok, Papa." Jawab Aulia. Bila Amir yang bersuara Aulia terus dengar cakap. Padahal Amir tidaklah garang mana.

Di meja makan, Aulia dimasakkan lauk kegemarannya, buttermilk chicken kata omputeh.

"Wah, pandainya umi masak." Tiba-tiba suara perempuan baru datang.

"Ibu." Kata Aulia.

"Eh. Anak ibu ada sekali?" Tasha pura-pura terkejut. Padahal dia tahu, memang setiap hari ahad bekas suaminya dan anaknya akan datang melawat.

"Memanglah ada, ini kan cucu umi." Jawab Nenek Jah sambil kerling Amir yang berubah wajah.

Menyampah mungkin.

"Kamu dari mana, Tasha?" Soal Nenek Jah.

"Keluar tadi sekejap, umi." Jawab Tasha.

"Abang pun ada sekali eh." Tiba-tiba Tasha menegur Amir. Amir sekadar berdehem dan mengangguk dan sambung makan.

HAMPIR masuk waktu Asar, Amir pun meminta diri untuk pamit kerana perjalanan kampung Nek Jah ini mengambil masa 2 jam juga untuk ke sini. Lagi-lagi kawasan sesak lalu lintas.

"Umi, Amir dan Aulia balik dulu eh." Pamit Amir sambil salam bekas mertuanya. Nenek Jah mengangguk-angguk dan memeluk cucunya.

"Ibu, kakak nak balik dah." Kata Aulia pada Tasha.

Tasha memeluk anaknya dengan erat.

"Kakak dengan papa hati-hati balik. Nanti kakak call aja ibu kalau rindu tau." Kata Tasha pada Aulia. Angguk saja Aulia.

"Abang hati-hati balik." Kata Tasha pada Amir. Amir hanya mengangguk dan masuk ke dalam perut kereta.

Lalu, mereka pun berlalu pergi pulang ke halaman rumah. Setibanya dirumah, Aulia tertidur dalam kereta. Amir cuba membangunkan Aulia tapi sayangnya anak seorang ini susah sikit kalau bangun.

Amir menutup pagar rumah terlebih dahulu dan membuka pintu rumah barulah dia mengangkat sekecil itu masuk ke dalam rumah dan meletakkannya di atas sofa sementara Amir mengangkat barangan yang lain.

"PAPA," Suara kecil anak kecik itu memanggil bapanya.

Amir mengesat matanya yang masih mamai kerana dibangunkan oleh Aulia.

"Ya kakak, kenapa tu? Mari sini." Kata Amir pada Aulia.

"Kakak laparlah, papa." Kata Aulia pada ayahnya.

"Kakak lapar ke? Nak makan apa? Tapi papa mengantuk la sayang." Kata Amir.

"Takpala kalau papa mengantuk.." Aulia terus ikut baring sebelah Amir.

Krukkk..

Berbunyi perut Aulia.

Jam berapa ini? Lihat Amir pada jam dinding, 3 pagi. Lapar betul nampaknya, terakhir Aulia makan jam 4 petang tadi patutlah lapar.

"Kakak, papa pun macam laparlah. Kita makan jom?"

"Tapi...kakak kena tolong papa masak!" Kata Amir. Aulia mengangguk boleh.

Mereka masak bersama. Hanya masak nasi goreng sahaja dan memanaskan lauk yang diberi oleh bekas mertua Amir.

Selepas makan mereka tidur semula bersama dalam jam 5 subuh.

"ASTAGHFIRULLAHHH."

Bersambung.

❆ ❆ ❆

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mama Untuk AuliaWhere stories live. Discover now