BAB 17

271 8 0
                                    

TIK TOK TIK TOK TIK TOK

Aarrgghh bosannya 😭.Mana dia pergi? Dah la tinggal aku sorang sorang kat sini.Boleh mereput aku.Oh ye tak salahkan kalau aku teroka rumah ni 🌚.

Aku mulakan di ruang tamu.Susunan perabot teratur dan lengkap,tiada habuk kerana dia seorang pembersih.Good job my future husband 👍.Ops terlebih perasan pulak 😝.Selepas itu aku ke dapur pulak.Hmmm nampaknya dia selalu makan luar sebab barangan dapur satu pun tak ada.

Aku membuka kabinet dapur di bahagian bawah.Kosong.Kali ini dibahagian atas pula.Ada stok maggi yang pelbagai perisa dan beberapa paket milo.Tiba-tiba saja terdetik rasa kasihan di hati.Aku membuka peti sejuk pula.Ada makanan sejuk beku,dua biji buah epal,sebotol air pepsi yang sudah diminum dan tiga botol air mineral sejuk.

Sungguh kasihan.Tak pa tak pa lepas dia balik nanti aku akan ajak dia pergi beli barang dapur.

KREKKKKK

Aku tersenyum lebar apabila mendengar pintu rumah dibuka jadi segera aku ke ruang tamu.

"Aik"

Senyuman aku mati sebaik melihat pintu rumah di tutup rapat.Tapi bunyi pintu dibuka tadi tu....

"Aaarrrggghhh"

[✓]Aku Mahu Jadi PsikoWhere stories live. Discover now