BAB 8

295 12 1
                                    

Akhirnya dapat juga aku balik rumah.Fuh penat.Maklumlah malam ni tiba-tiba saja ramai pelanggan yang datang ke restoran yang merupakan tempat kerja aku.

Sewaktu aku berjalan menuju ke kereta yang diparkir berhadapan dengan sebuah lorong yang gelap.Aku terdengar suara meminta tolong.

"Tolong tolong"

Aku terkesima.Suara itu datangnya dari lorong gelap itu.Kedengaran seperti suara perempuan.Ok ok ok aku perlu bertenang.Tarik nafas lepastu hembus.

Aku memberanikan diri untuk berjalan masuk ke lorong gelap yang cahayanya samar samar yang datangnya dari lampu neon.

PRANGGG

"Argh"

Aku terjerit kecil apabila bunyi besi jatuh ke atas jalan.Jantungku berdegup kencang begitu juga nafasku yang mula tidak teratur.Betul ke tindakan aku ni?

Aku melangkah menghampiri besi yang berada di atas jalan.Makin dekat makin dekat dan fuh.aku menarik nafas lega sebaik terlihat seekor kucing yang berhampiran dengan besi itu.

"Meow meow"

Aku mengusap kepala kucing itu.Alahai comelnye macam nak gigit je.AUM.

TIBA-TIBA angin malam meniup lembut.Tubuhku menjadi seram sejuk.Kenapa aku tiba tiba takut ni?

DIAM.TERKAKU.

Aku dapat merasakan seperti ada sesuatu di kaki kiriku yang tiba-tiba datang bergolek.Kucing tadi sudah melarikan diri mungkin terkejut melihat objek atau sesuatu menghampiri kakiku.

Patut ke aku tengok? YES OR NO.

[✓]Aku Mahu Jadi PsikoWhere stories live. Discover now