Hye guyss . actually this is my first time tulis novel . pls support me . thank you😘
"Nur Aisyah Qasrina !!! apa punya anak dara lah ni bangun lambat je tiap tiap hari.dh pukul 6.30 dah sayang .bangunlah nak pegi sekolah pulak .Dah lah mandinya berjam jam . kesian abah tu nk tunggu aisyah bersiap .......... pot pet pot pet" Bebel puan Rusyaiza kepada anak daranya
"Yelah bu . Cah bangun dh ni haa" keluh aisyah sambil duduk di birai katil
'hailahh ibu..'
"Dah . siap cepat abah dh tunggu lame dh tu kt bawah" ujar ibu
"Hmmm"
'Takpelah Cah . siap lambat pun takpe kau mcmlah tak biasa kena denda . alah paling² tak pon cikgu suruh kau tulis karangan je kan ?' monolog aisyah di dalam hati
30 minit kemudian..
"ibuukusayanggg . Cah dh siap ni. nk sarapan , bu" pinta aisyah sambil turun tangga dengan jalan catwalk . ewahh
"Ya Allah aisyahh! ibu suruh siap cepat cepat kan tadi . tengok sekarang dh pukul 7.15 dh sayang oii kang kena denda cuci tandas ha baru padan muka . Dah tkde sarapan² dh sekarang ni . sarapan kt sekolah je nnti" ujar puan rusyaiza sambil mengambil beg anaknya yg berada di kerusi sebelah aisyah .
Aisyah hanya mampu mengeluh kerana tidak sanggup melawan kata ibunya . Syurga di bawah tapak kaki ibu beb !
"bye ibu , Cah pergi dulu" ujar aisyah perlahan sambil melambaikan tangan kepada ibunya
Harini aisyah memerlukan khidmat pakmat iaitu driver ayahnya untuk ke sekolah kerana kata ibu, abah sudah pergi awal² lagi kerana tidak sanggup menunggu anak daranya yg sorg ini bersiap . hiks .
Sesampai sahaja aisyah di depan pagar sekolah , cikgu Murni a.k.a guru disiplin yang amat digeruni pelajar SMK Batu Dungun sudah mengeluh berat apabila melihat muka aisyah .
"Asyik asyik muka kamu jelah yg selalu datang lambat. Kamu jaga anak ke malam malam aisyah?" Tanya puan murni sambil menggoyangkan rotannya ke kiri dan ke kanan
'hailah cikgu...tak habis habis anak yang selalu disebutnya bila aku datang lambat. tak boleh ke cikgu cakap suami ke ?? sedaplah didengar. eh kemaruk sngt ke nak suami , Cah ?' hm....
Aisyah hanya berpeluk tubuh sambil membelek belek kukunya yang agak panjang. Ni kalau ibu nampak kuku aku ni mahu dititik nye jari aku . urgh , seriau . Aisyah hanya buat tidak peduli pada bebelan Cikgu murni .
Cikgu murni mengeluh berat apabila melihat aisyah hanya buat tidak endah pada apa yang dibicarakan.
"Okay . mcm nilah aisyah , cikgu malas nk membebel banyak-banyak , nnti kamu juga yg menyampah . okay sekarang kamu boleh pergi ke tandas dan minta pada makcik cleaner perkakas untuk mencuci tandas .No more excuse. Now !"
And I be loikeee :
"What?! seriously cikgu ?! takkan lah nak suruh saya yang cuci tandas ? jatuhlah maruah saya Cikguuu . "
Arghhh !! masinnya mulut ibu ni . Kenapalah aku tak dengar cakap ibu tadi...kan dah mendapat sekali . Oh no ! ibuu help me !
"Takde ,tak de . selama ni saya banyak bagi amaran pada awak tapi sedikit pon awak tidak ambil kisah dan sekarang saya nak awak naik atas pergi cuci tandas. Makesure bersih macam makcik cleaner buat" Arah cikgu murni dengan tegas .
Nak taknak aisyah terpaksa menurut perintah cikgu murni kalau tak , mahunya dia suruh aku kutip sampah keliling sekolah ni . Aih , taknak . taknak . Dengan langkah yang berat dia menuju ke tandas untuk bertemu dengan makcik cleaner.
1 jam kemudian..
"Hmm aisyah, makcik rasa dahlah tu kot kamu cuci tandas ni . kesian makcik tengok kamu , biar makcik jelah yang sambung kerja kamu ye ?" kata makcik cleaner yang bernama rogayah itu .
"Hmm . baiklah terima kasih makcik . nnti saya belanja makcik air ye ?" kataku sambil mengenyitkan mata sebelah kiri kepada makcik rogayah yang mungkin sama umur dengan ibuku.
Sedang aku leka menikmati nugget yg baru dibeli di kantin , tiba-tiba aku rasa seperti terlanggar orang dan nugget yang aku idamkan selama seminggu itu jatuh menyembah bumi .
Aisyah hanya memandang nugget tersebut dengan pandangan yang tajam dan penuh dengan perasaan amarah.
Terus aisyah memandang pemuda yang baru melanggarnya tadi dengan pandangan yang cukup tajam . setajam mata jarum.
" Woi!! kau takde mata ke ha ?! kau tak nampak ke aku tengah jalan kt sini ?! yang kau pergi langgar aku apehal ? sekarang ni sapa yang nak ganti balik nugget aku tu ?!" tengking aisyah kepada pemuda tersebut sambil menunjukkan jari pada nugget yang bertaburan di atas simen .
Aisyah memandang pemuda tersebut atas dan bawah.' Hmm . hensem juga mamat ni..dengan baju kemeja warna hijaunya membuatkan hatiku yang sekeras batu ini cair . tinggi pulak tu . wahh full package. ehh Cah , wakeup lah . dia dah jatuhkan nugget kau kot . boleh lagi kau puji dia eh ?' Hatiku menghasut tuannya .
" Eh , eh , minah ni . sesedap mulut dia je cakap kita takde mata ! awak tu yg tak ada mata . Dah lah jalan duk tertunduk-tunduk bawah memanglah boleh terlanggar . Lain kali jalan tu tengok depan bukan tengok bawah ! " Pemuda tersebut membidas kata-kata Aisyah .
" eh eh dia yang langgar orang lepastu nak lawan cakap balik ! dah lah tak minta maaf ada hati nak tengking-tengking orang ! Pakcik ni tak belajar adab ke kat sekolah dulu ?! " Geram pula Aisyah bila ada orang melawan katanya kerana sebelum ini tidada siapapun yang berani melawan katanya .
' eh eh minah ni . aku dah cakap sorry tu, sorry jelah . yang nak menengking aku macam tarzan baru keluar hutan ni dah kenapa ? . haihh sabar jelahh . nasib muka comel bolehlah aku tahan sikit marah aku ni . Hiks '
" ehem . Cik adik yang manis , sekarang ni saya tengah busy tau... boleh tak kalau awak tak terpekik terlolong macam tarzan ni ? malu tau kalau orang nampak . dan lagi satu... " pemuda tersebut terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluar dan mengeluarkan beberapa not seringgit dan menghulurkannya kepada aisyah " Ha nah . Ni awak boleh ganti balik NUGGET AWAK YANG TERJATUH TU " kata pemuda tersebut sinis .
' Oh fishh . kurang masin betul tiang ni perli aku . ni yang boleh menaikkan kemarahan ni . urgh '
" Aku tak cakap pon aku nak duit . aku cakap NAK NUGGET . bukan duit . duit dengan nugget pon tak boleh bezakan ke ? ' ujarku sinis . hekeleh ingat dia sorang je boleh perli aku ? aku pon boleh lah . (fliphair)
Dan 'tiang' tersebut terus menarik jari aisyah yang sudah dikepal untuk menahan kemarahan dan meletakkan wang ringgit tersebut di dalam genggaman aisyah dan terus belalu pergi.
Aisyah kebingungan.
' What ?! seriously dia tinggalkan aku sorang-sorang kat sini ?! sebelum ni takde siapa pun yang berani blah bila aku tengah cakap . tapi dia ? Hergh !
Bersambung....
Please vote for this chapter 😉
YOU ARE READING
Isteriku Budak Nakal !
RomanceNur aisyah qasrina dan muhd iqram mikael merupakan seorang guru dan seorang murid di dalam satu sekolah . Dengan perangai aisyah yang sering kali membuat hal dekat sekolah , membuatkan puan Rusyaiza mengambil keputusan untuk mengahwinkan anaknya den...