part5

925 68 8
                                    

PART 5
SESALANKU2
QINA

"Sayang ni kenapa? " Khai

Ahhh !! Dia boleh cakap dia nda tau??? Mestilah sebab mama dia cakap pasal kahwin lagi. Saya perempuan oh. Seorang isteri. Apa guna saya bertahan demi dia kalau dia nda boleh pertahankan hak saya depan family dia. Walau apa pun family dia tiada hak untuk cakap begitu!!

"Hurmm pasal mama ni kan? Sayang sudahlah biasa lah bha orang tua. Jangan la di layan sangat sampai di simpan dalam hati" khai

"Senanglah kau cakap. Yang menanggung rasa ni saya. Ini 2017 wahai mr. Khairul. 7tahun sudah saya kenal kau dan keluarga kau. Bukan sesuatu yang mustahil kalau mama kau betul2 mahu kau kahwin. Silap2 kau pun pergi say YES MOM!"

Nah!! Saya berKAU sudah kalau saya marah. Khai tinggal geleng kepala. Always like that. Cuba lah bha kau pujuk ka, cakap benda2 yang boleh sejukkan hati selain dari diam😢 bikin kecewa gaya begitu.

Saya nampak khai bersiap pakai towel dan pergi mandi. Saya pun ambil towel dan ikut khai sekali mandi. Lepas tu saya terus tidur. Malas saya mahu pergi turun makan malam. Khai ajak balik2 pun saya nda mahu.

1 RAMADHAN

SAHUR 3 A.M

Seawal jam 2pagi saya bangun dan mula cairkan ayam dan potong2 sayur untuk hidangan sahur pertama. Saya pergi kejut kan Nanie dan Lina tapi saturang pun nda boleh gerak. Nanie lagilah, tiada sahutan dari bilik.

"Anty, saya ke surau dulu tadarus. Nanti saya balik sahur. Kalau lambat, kamu sahur dulu lah" Ijam

"Bha. Hati2"

Lepas saya siap masak, saya tengok jam masih awal dan sempat lagi untuk solat sunat tahajjud. Saya pun naik dan tutup hidangan di atas meja. Lepas tu saya kejut kan Khai untuk bersahur

Saya turun bawah saja, ada sudah semua bangun. Semua duduk di ruang tamu, Nanie pula di meja atur makanan. Dalam hati saya mimpi apa sudah ni si Nanie😂

"huh! Baru bangun bini kau khai?" Mertua saya

"ma, tadi lagi saya bangun. Tapi saya tahajjud sekejap" balas saya

"baguslah. Sampai si Nanie yang buat semua. Kau tahu kan dia mengandung!" Tiba2 mertua saya meninggi suara

Ehh?? Sejak bila pula Nanie buat semua? Ni semua saya yang masak!! Sudahlah awal pagi saya bangun masak semua ni, tiba2 Nanie pigi mengaku pula dia kunun yang masak semua ni. Good girl!! Makin benci saya sama gaya nya

"mama, depan rezeki ni janganlah membebel. Sudah dia yang mahu masak biarlah. Mana ada orang keguguran hanya sebab masak untuk sahur ni. Syukurlah dapat pahala" bilang Khai

"bela bini kau tu khai!! Bela lah. Cakap mama nda kau dengar kan" bilang Mertua saya

"tapi ma, semua ni....."

Belum habis cakap saya sudah Nanie potong!

"sudahlah makan. Mama makan lah nanti nda sempat tahajjud subuh" bilang Nanie lembut seperti di tiup sang bayu saja suara nya. Shit!!

Saya nda tahan ya!! Nasib si bunguk pujuk saya bha kalau nda jatuh air mata saya sana. Tiba2 khai berdiri ambil kunci kereta dan tarik tangan saya. Saya pun berdiri lah ikut dia

"pergi mana Khai? Orang semua sahur ni!" Mertua saya

"makanlah masakan menantu kesayangan mama tu. Kami bersahur di luar" balas khai ringkas

"di panggil kamu balik, sebab mahu sahur bersama. Sebab hal kecil saja kau mahu sahur di luar khai?" Mertua saya

Hal kecil? Dia tegur saya depan semua orang! Hal kecil?? Huh???

SESALAN KU S1 & S2 (TRUE STORY)Where stories live. Discover now