part7

1K 70 3
                                    

PART 7
SESALAN KU
BY : QINA
.
.
.
      Phone di tangan saya sedang berdering. Panggilan dari Khai tapi saya tiada hati mahu jawab. Tidak lama lepas tu masuk mesej.

📩sayang maafkan lah abang. Tolonglah. Abang rindu

      Saya baca tapi saya nda balas apa2. Apa yang ada dalam kepala otak saya sekarang adalah rasa terkhianati. Kalau saja Adira nda kena tangkap khalwat mungkin sekarang dorang berbahagia. Dan saya terus terpinggir dan di lupakan. Saya ambil phone saya dan send mesej pada Khai

📩pergilah Khai. Cari kebahagiaan kau sendiri. Saya tidak mampu bahagiakan kau. Macam mana gigih saya cuba untuk bahagiakan kau tetap juga kau nda pernah puas. Hari ni kau kejar saya, esok bila ada perempuan lain menggoda sekelip mata kau lupa saya. Pergilah. Lepaskan saya. Ceraikan saya dan kau bebas pilih mana2 perempuan. (Panjang sebenarnya text saya tapi saya lupa sudah. Ini antara yang saya ingat)

📩sayang! Jangan bha minta begitu. Abang tahu abang salah. Abang janji lepas ni tiada lagi perempuan lain. Abang insaf!

      Saya matikan phone saya dan masuk kerja sebab kedai sudah buka. Tiba2 tangan saya di pegang dan nama saya di panggil lembut.

"Shah?!!"

"Qina hehe. Uikk sampai begitu muka kau terkejut?" Shah

      Sebenarnya saya rindu sebab tu macam tergamam saya sekejap sebab tiba2 dia ada depan saya. Dia sapu2 kepala saya baru lah saya tersedar.

"Shah bila kau sampai. Alaa saya masuk kerja bha sudah ni"

"Nda apa lah. Kau masuk kerja dulu. Saya baru juga sampai ni. Masuk la, petang saya ambil lepas kerja. Kejutkan saya kalau saya lambat ya. Mana tahu saya tidur" Shah

"Okay okay! Baii bha jalan lah. Saya masuk dulu"

      Nampaknya hati saya girang hari ni sebab Shah ada di tawau. Semua kerja saya buat hari ni sebab saya mahu siapkan cepat kalau nda nanti kena OT pula. Jam 5 saya keluar ada sudah Shah menunggu depan kedai.

       Kami lepak di persiaran tepi pantai di highway. Duduk dalam kereta saja. Mata saya betul2 nda boleh lari dari pandang Shah. Kalau saya nda ingat status saya sekarang mungkin saya sudah peluk Shah sekarang. Sebulan lebih kami nda jumpa sebab tawau dan KK bukannya jarak yang dekat.

"Kenapa tiba2 balik?"

"Rindulah. Lama nda jumpa" Shah

      Jauh di sudut hati saya, berharap perkataan tu keluar dari mulut Khai. Tapi dia langsung nda cuba cari saya pun. Hanya call dan mesej nda cukup untuk buktikan dia berubah.

"Qina, kau dengan Khai macam mana?" Shah

"Tergantung Shah. Sampai sekarang dia nda mahu ceraikan saya."

"Tuntut fasakh lah" shah

      Saya pandang Shah. Sebelum ni dia nda pernah suruh saya tuntut fasakh tapi kali ni dia seperti beria2 mahu saya bercerai.

"Nda dapat Shah. Sebab sekarang Khai bagi saya duit nafkah. Tiada apa2 yang saya boleh buat selain berkeras untuk bercerai."

      Shah bersandar kemudian pejamkan matanya. Tangan saya di genggam dan di letak ke dadanya.

"Kau masih sayang dia?" Shah

      Sayang kah saya dengan Khai? Saya sendiri nda ada jawapan nya. Dulu iya! Tapi sekarang?? Hurmmm

"I dont know Shah. Its so hard to say but deep inside saya rasa cinta saya sudah tawar."

"I love you" Shah

"Tapi Shah... kau tahukan.."

"I just love you. Nda perlulah kau mahu balas." Shah

      Rasa bersalah pula saya sekarang. Tapi saya boleh buat apa? Saya masih isteri orang. Menerima cinta Shah akan buat semua nya jadi complicated dan pasti ada yang terluka. Saya benci perasaan saya sekarang. Sebab apa? Hati saya mendorong saya untuk memeluk Shah! What happend to me? Tiba2 saja saya tarik Shah dan peluk dia. I really hate my self right now!!

"Saya nda tahu mahu buat apa Shah."

       Iya masa ni saya betul2 buntu. Saya berharap ada miracle dari tuhan dan tunjukkan saya jalan keluar dari semua ni.

"Kau sayang saya?" Shah

      Perlahan saya anggukkan kepala saya dan Shah tersenyum. Pipi saya di sapu perlahan. Kemudian dia peluk saya. Dan akhirnya saya menerima cinta Shah, saya curang!! Curang!! Dan sekarang apa beza saya dengan Khai? Tapi kenapa? Kenapa hati saya rasa bahagia? Rasa gembira? Beginikah perasaan bila curang?

SETAHUN BERLALU

      Hubungan kami semakin mekar saja sejak kami menjalin hubungan tahun lalu. Khai ada beberapa kali ajak saya balik KK. masa raya pun dia datang minta maaf tapi saya nda dapat lupakan apa yang dia buat dengan saya dulu. Itu sangat menyakitkan.

      Hari ni saya di panggil ke rumah mertua saya. Sejak setahun lalu baru 3kali rasanya saya jejak kaki di rumah ni. Itu pun sebab Khai datang dan bawa saya balik sana. Tapi kali ni saya datang sebab adik ipar saya mahu kahwin. Saya terpaksa ambil cuti tanpa gaji selama 1minggu. Sebab kena buat persiapan untuk adik ipar saya.

      Kalau sudah berkumpul beginilah jadinya. Rumah penuh dengan manusia. Saya pula tenggelam di dapur buat semua kerja dapur. Masak untuk tamu dan kemas semula. Tiba2 saya dengar suara Khai di luar. Baru sampai dari KK lah tu. Saya teruskan saja masak di dapur. Tiba2 saya di peluk dan ada bungkusan coklat di hulurkan depan saya

"Miss you sayang." Khai

      Dahi saya di kucup, kemudian dia berikan saya coklat tu. Saya kerutkan dahi saya. Mungkin kening saya bwrcantum sudah.

"Khai, saya mana makan coklat. Lupakah?"

"Sorry sayang." Khai

      Saya panggil Lyna dan bagi dia coklat tu di depan Khai. Saya perasan juga dia punya reaksi wajah yang kecewa tu. Tapi saya memang nda makan coklat. Bukan juga nda makan tapi nda minat langsung. Hampir pukul 1am baru saya dapat berehat di bilik. Saya nampak Khai terbaring di lantai. Lepas perjalanan jauh, mungkin dia penat sangat.

"Khai.. Khai bangun"

"Ermmnhh" khai menggeliat

"Tidur di katil. Kau penat tu"

      Khai nda banyak cakap terus naik atas katil dan lelapkan mata semula. Saya pula hanya kerdip2kan mata saya sebab nda dapat tidur selesa. Saya rasa ada tangan menjalar di perut saya. Bukan menjalar tapi membelai. Kulit perut saya di belai lembut oleh jari Khai.

"Khai. Stop! Saya penat!"

"Penat? Atau sebab kau mahu jaga diri kau sebab lelaki lain?" Khai

      Lelaki lain? Ya saya bercinta dengan lelaki lain. Tapi tidak semudah itu saya serah diri saya. Nampak macam murah pula saya sekarang di depan Khai.

"Apa maksud kau?"

"Nda payalah pura2 Qina. Saya tahu kau srlalu jumpa lelaki tu. Almost tiap bulan dia akan datang kan?" Khai

"Bukan urusan kau"

"Still urusan saya Qina. Selagi kau isteri saya kau masih tanggung jawab saya. Apa yang kau buat ni Qina? Kau mahu balas dendam pun jangan lah dengan suami orang. He's married!" Khai

      Saya terkejut bila Khai cakap begitu. Dia bercakap macam lah dia kenal Shah. Saya tutup telinga dan tutup mata saya rapat2. Saya nda mahu dengar atau percaya cakap Khai.

BERSAMBUNG

SESALAN KU S1 & S2 (TRUE STORY)Where stories live. Discover now