Present:
Violet mencelikkan mata. Dia terkebil-kebil memandang kipas yang berputar di siling. Lantas, matanya menilik segenap ruang bilik yang asing baginya.
"Aku dekat mana ini?" Violet menanya dirinya sendiri dalam keadaan mamai. Violet memicit-micit dahinya agar rasa sakit yang menyerang kepalanya hilang.
Dia duduk di birai katil. Melihatkan suasana suram bilik itu, membuatkannya bergetar hebat. Berderau darahnya apabila melihat sampel-sampel darah di atas meja kecil, sebelah katilnya.
"Dah bangun?" Violet tersentak lalu mengalihkan pandangan ke figura yang bersuara garau dihadapannya.
"Siapa kau?" soal Violet dengan nada suara yang ditahan-tahan. Kalau tidak kerana badan lelaki itu yang teramat tegap, sudah lama dia memukul lelaki itu sekuat hatinya.
"Aku? Adrian Xielden, Ad." Adrian memerhati tingkah Violet turun dari katil dengan berhati-hati. Langkahnya terhuyung hayang sebelum jatuh terduduk di lantai bilik.
Niat Adrian untuk membantu Violet terbantut, sebaik sahaja ternampak Eric, abangnya berdiri di sebalik daun pintu dengan muka ketat.
Adrian menekur memandang lantai. Serta merta anak matanya bertukar warna putih terang. Telinganya mencabang tirus.
Violet tergamam melihat Adrian bertukar rupa ke bentuk yang menakutkan. Membulat matanya apabila tubuh Adrian melayang ke atas dan hilang sekelip mata.
Eric tersenyum sinis. Tergeleng-geleng kepalanya kerana sikap adiknya yang terlampau pengecut itu.
Ekor matanya terarah ke arah Violet yang duduk dengan air muka yang masih tak percaya dengan kejadian tadi.
"Hmm, what should I say? Hah, Vio, welcome to my hell."
Violet memandang sampel-sampel darah tadi kemudian Eric pula. Baru dia tersedar, dia di dunia buatan dua lelaki itu.
Dunia kegelapan.
🍁
Nilly Natalie
Aku termenung ke luar jendela yang sudah beku akibat pegangan aku tadi. Menyesal aku memegang cermin jendela itu. Sekarang ia sudah beku seratus peratus, tak dapatlah aku membuka lagi.
Keluhan berat terlepas dari bibirku. Tapak tanganku lihat dengan pandangan tiada perasaan.
Kenapa aku dijadikan, mempunyai kuasa pelik secelaka ini? Semuanya musnah apabila tersentuh dengan tangaku.
Tubir mataku berair, mengeluarkan air mata darah. Ya, air mata darah. Kerana, aku terlampau sedih dengan hidupku yang tidak bermakna.
Aku bukanlah watak Elsa di dalam filem animasi Frozen yang hidup sebagai seorang ratu dan mempunyai kuasa membekukan semua objek.
Aku hanyalah Nilly, seorang rakyat biasa yang disakiti oleh dua lelaki lahanat seperti mereka. Hidup aku selama ini sentiasa aman sehinggakan tibanya kehadiran mereka.
Hidup aku sudah berubah, secelaka tanganku ini.
🍁
Violet Nasciera
Suara tangisan seorang perempuan memecahkan kesunyian lorong gelap di dalam vila ini.
Aku menelan liur kasar. Tadi, sudahku jumpa dua makhluk pelik. Sekarang, apa pula?
"Welcome to my hell." suara garau milik lelaki tadi, bermain-main di mindaku.
Argh, tak guna! Aku sepatutnya sudah menggantung diriku sekarang.
Aku melangkah lalu berhenti betul-betul dihadapan pintu bilik berwarna emas. Tangisan itu semakin jelas kedengaran, menyentuh gegendang telingaku.
Bulu romaku sudah meremang memikirkan berbagai andaian tentang tangisan itu.
Aku benci imaginasi!
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
468 patah perkataan. Sangat teruk.
YOU ARE READING
Violets Blood: Miss Crush
VampireApa yang kau rasa apabila seorang lelaki vampire jatuh cinta dengan kau? Gembira? Rasa bertuah? Ya, tapi aku tak rasa macam itu. Aku rasa ini semua, mimpi ngeri aku. Mimpi yang menggelapkan hidup aku. Cover: HinyDyaa