Present:
Violet tersentak menyedari ada tangan kekar melingkari pinggangnya. Terasa hembusan nafas panas membuatkan lehernya geli apabila lelaki itu mengigit manja tengkuknya.
"Hmmmm.... darah...." mata Eric mula kuyu tatkala hidungnya menangkap bau yang enak dari tubuh wanita itu. Serta merta giginya bertukar bentuk kepada taring yang sangat tajam.Eric menjilat leher Violet dengan penuh nafsu. Dia mahukan darah itu. Sangat mahukan.... Baru sahaja ingin menggigit, Violet menolaknya hingga terlerai pelukannya.
"Apa yang awak nak buat ni?" suara Violet mula mengendur, melihat mata Eric sudah berubah kepada warna merah hitam.
Eric seperti tersedar dari lamunan, terus menunduk ke bawah dan cepat-cepat keluar dari bilik Violet.
Sebaik sahaja Eric keluar, Ad terus menerjah dar luar tingkap. Pantas Violet mengusap dadanya yang berombak kencang akibat terjahan itu.
'Lepas satu, satu lagi masalah datang. Apa yang diorang mahukan daripada aku ni? Tak cukup lagi ke culik aku?' soal Violet dalam hati.
"Hai, sweety."
"Hmm."
Ad melangkah masuk ke dalam bilik itu. Memandangkan bilik Violet terletak di aras bawah, senang dia mahu masuk ke bilik itu melalui tingkap. Matanya meliar memandang sekeliling. Boleh tahan kemas.
"Apa yang awak nak?"
"Awak."
"Huh?" Violet mengangkat kening, hairan. Sesaat selepas itu dia menggeleng sebelum menyambung kembali membaca buku yang telah disediakan di dalam biliknya.
Lengannya dicengkam lembut. Violet terus terbangun dari duduknya. Ad tersenyum manis. Jari Ad naik hinggap ke bibir milik Violet.
"Ap-apa yang awak nak ni? Saya ba-banyak lagi kerja n-nak b-buat." ujar Violet tergagap-gagap!
Ad hanya menghiraukan pertanyaan Violet. Makin galak dia mengurut bibir itu. Dari bibir, jarinya mengusap lembut di sekitar mata Violet. Tersangat cantik gadis dihadapannya sehingga dia tergamam. Ditilik seluruh wajah Violet sebelum didakap kemas tubuh Violet.
Degupan jantung yang berdetak sangat laju menyapa halwa telinga Violet. Violet menelan liur. Tak sangka, lelaki dihadannya sangat baik dan lain daripada abangnya.
🍁
"Akak nak saya masakkan apa-apa?" tanya Nilly ramah. Violet menggeleng. "Tak payah susahkan diri, Nilly. Akak boleh masak sendiri."
"Tak apa." tegas Nilly. Dia segera melangkah ke dapur untuk memasak. Violet mengikutinya dari belakang.
"Biar akak buat."
"Tak payah, kak."
Nilly mengambil semula pisau ditangan Violet lalu memotong lobak merah kepada ketulan kecil.
Sedang mereka ralit berbual sambil memasak di dapur, Eric datang bersama muka merah padamnya.
"Kau! sini! ikut aku." suruh Eric kepada Violet. Violet memandang Nilly, Nilly mengangkat bahu. Violet mengeluh kecil. Langkah dibuka membontoti langkah Eric.
'Ishhh, apa yang dia nak lagi? dalam masa 2 hari je, macam macam berlaku dalam hidup aku kat rumah ni. Tak aman langsung!' bentak Violet.
🙇🙇🙇🙇🙇
435 patah perkataan. Tolong nangiskan untuk aku.
YOU ARE READING
Violets Blood: Miss Crush
VampireApa yang kau rasa apabila seorang lelaki vampire jatuh cinta dengan kau? Gembira? Rasa bertuah? Ya, tapi aku tak rasa macam itu. Aku rasa ini semua, mimpi ngeri aku. Mimpi yang menggelapkan hidup aku. Cover: HinyDyaa