4

142 13 2
                                    

Present:

"Lepaskan saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lepaskan saya.... Apa awak nak dari saya?!" meninggi suara Violet tatkala Eric mendakapnya erat.

"Shhht, diam....." Eric mengujar dengan nada berbisik, tepat ke telinga Violet. Serta merta tubuh Violet mengejung. Dipusingkan badan Violet menghadapnya. Anak mata milik Violet, ditatap lama.

"Hmmm, agaknya apa yang perlu aku buat untuk balas dendam pada kau ye?"

Violet mengerutkan dahi. "Maksud awak?" Violet bertanya kembali.

Pipi Vio dicengkam. "Sa-sakit awak."

"Tau pun sakit.... Kau tak tahu macam mana sakitnya hati aku lagi sebab tengok kau masih hidup. Sepatutnya kau mampus je dulu!" cengkaman dilepaskan.

"Bila difikirkan balik... Tengok kau mampus awal tak berapa nak best." Eric mengujar sambil tersenyum sinis. Dagu diurut memikirkan pelbagai cara untuk membuatkan hidup gadis ini sengsara.

Violet berdiri kaku. Air matanya sedari tadi yang hendak melimpah cuba ditahan.

"Ke-kenapa awak culik saya dan buat saya macam ni?" Violet mengangkat wajah memandang Eric. Dahinya berkerut meminta jawapan. Eric sekadar mengangkat bahu.

"Aku rasa kau tahu jawapannya."

🍁

Adrian Xialden

Bintang berkelipan yang bertaburan di langit membuatkan semua kesusutan aku hilang. Teringat sewaktu kecil bersama abang dan mama. Bahagianya aku tatkala melihat bintang buat pertama kalinya pada waktu itu.

Sekarang, semuanya sudah berubah. Abang dengan dunianya sendiri dan aku bersama kenangan-kenangan yang manis. Lama difikirkan, kenangan itu berubah kepada pahit apabila aku teringat mama dibunuh di hadapan mataku sendiri.

Aku melepaskan keluhan berat. Terasa sesak di dada mengingati peristiwa hitam itu.

"Hai awak." teguran suara kecil mengejutkan aku lantas segala bayangan itu tadi pun hilang. Nilly tersenyum manis kepada aku.

Rambutnya yang panjang paras pinggang menyerlahkan lagi kejelitaannya pada waktu malam. Ditemani pula dengan bintang yang berkelipan. Hah, sungguh cantik gadis di hadapan aku ini.

Bila difikirkan, mengapa hati aku tak pernah meronta dan berdegup kencang apabila terjumpa Nilly?

"Awak tengah buat apa tu?"

"Tengok bintang." ujar aku senada.

"Wow, saya nak sertai awak boleh?" Nilly menyoal bersama matanya yang bersinar-sinar. Aku tersenyum segaris sebelum mengangguk.

Nilly Natalie

Aku mencuri-curi pandang wajah Ad tatkala dia leka akan kecantikan bintang di langit. Perlahan-lahan bibirku terukir sebuah senyuman. Entah mengapa hati gadisku ini meronta apabila ternampak Ad sedang termenung di jendela.

Sekali lagi aku tersenyum. Ad menoleh memandang aku. Dahinya berkerut seribu. Kenapa?

"Kau curi-curi pandang aku ke?" Ad menyoal. Aku tersentak lalu cuba ditelan air liur yang terasa kelat.

"Ma-mana a-a-ada!" jawabku meninggi kerana gunung berapi sudah meletup di seluruh pelusuk wajah aku! Pipi terasa membahang.

"Oh. Okey. Yang kau nak kalut sangat ni apahal?"

"T-tak ada apa-apa."

🔛🔛🔛🔛

Pendek eh? sabarlah wahai insan terhadap perangaiku ini. HUAHAHAHA!

 HUAHAHAHA!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Violets Blood: Miss CrushWhere stories live. Discover now