Bab 1

53.5K 1K 37
                                    

👆🏻𝕆𝕊𝕋 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓩𝓾𝓵𝓪𝓲𝓴𝓱𝓪

Sebelas tahun kemudian,

AZAN Subuh sudah berkumandang di sekitar taman perumahan Indera Mahkota 5. Para ibu sudah bangun dari tidurnya untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan juga ibu.

"Ika, bangun sayang," ujar Puan Aliza. Anaknya bangun dari tidurnya. Dia memisat-misat matanya. Dia membuka kelopak mata perlahan-lahan. Wajah uminya sudah menghiasi pandangannya.

"Ika, bangun ya. Mandi, solat lepas tu makan kat bawah ya. Umi nak kejut abang-abang dan ayah kamu tu. Dia orang tu dah lah dari kecil lagi liat nak bangun pagi," omel Puan Aliza sebelum keluar dari bilik itu.

Anaknya hanya tersenyum kecil mendengar omelan uminya itu. Dia mula mengorak langkah turun dari katil bersaiz queen. Dia mencapai tuala di ampaian sebelum masuk ke dalam bilik air. Seusai solat Subuh, dia mencapai tudung sekolahnya yang berwarna biru muda lalu menyarungkannya ke kepala. Setelah memastikan tudungnya kemas, dia menggalas beg sekolahnya lalu mengorak langkah keluar dari biliknya menuju ke bawah.

"Assalamualaikum umi, ayah," ucapnya sambil meletakkan beg sekolahnya ke atas sofa di ruang tamu.

"Waalaikumussalam, Ika. Jomlah makan," pelawa ayahnya, Encik Aziff yang sudah duduk di tengah meja makan sambil memakai tali lehernya. Uminya masih sibuk di dapur. Dia mengerling di sekitar ruang itu.

"Ayah, mana abang semua?" Tanya Zulaikha ketika menghampiri meja makan.

Encik Aziff masih sibuk membelit tali lehernya. Dia hanya menggeleng melihat ayahnya itu. Dia mendekati ayahnya.

"Mari sini Ika tolong pakaikan." Zulaikha menghulurkan khidmat kepada ayahnya. Encik Aziff hanya menurut. Haih, dah tua pun tak pandai pakai tie lagi? 'Amboi, mengata ayah sendiri nampak! Astagfirullah Al-Azim.'

"Eh, Ika! Mana abang-abang? Tak bangun lagikah?" Tanya Puan Aliza sambil membawa semangkuk nasi goreng dari dapur.

"Entah, tadi Ika tak ada pun bertembung dengan mereka bertiga. Tak apa, Ika tolong panggilkan," ujar Zulaikha lalu menaiki tangga menuju ke bilik abang-abangnya.

Puan Aliza dan Syed Aziff hanya tersenyum melihat anak bongsu mereka. Putri Nur Zulaikha, anak perempuan tunggal mereka setelah mendapat tiga orang putera di dalam keluarga itu.

Dari tangga sudah melihat kelibat anak ketiga mereka, iaitu kembar Zulaikha, Muhd Zulkifli turun dari tangga dengan wajah yang terang-terangan tidak cukup tidur. Hanya tinggal dua orang lagi yang masih belum turun.

"Assalamualaikum, anakku Zulkifli," ucap Puan Aliza dan Encik Aziff serentak dengan suara dileretkan. Zulkifli hanya menjawabnya dengan anggukan di kepala. Puan Aliza hanya menggeleng melihat pemakaian anak ketiganya itu. Ini baru nak pergi sekolah ke baru balik?

Dari tangga sekali lagi, anak sulung dan kedua mereka sudah turun dengan segaknya. Anak sulungnya, Adam Farhan manakala anak kedua, Muhd Mikail masing-masing dengan gaya mereka yang tersendiri.

"Semua dah turun umi!" Laung Zulaikha dari atas.

Zulkifli yang terlelap terus terbangun dari duduknya. Farhan dan Mikail sudah ketawa melihat Zulkifli. Zulaikha menuruni tangga.

"Jom kita makan. Nanti lambat pula pergi sekolahnya," ujar Puan Aliza.

Zulaikha terus melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan kembarnya. Selepas membaca basmallah, mereka mula menjamah hidangan yang sudah terhidang.



Cinta Hati Zulaikha [𝚃𝙴𝚁𝙱𝙸𝚃𝙰𝙽 𝟸𝟶𝟸𝟷]Where stories live. Discover now