Misteri 2:Mangsa (bhg 2)

41 3 0
                                    

[Pagi esok jam 6:50 pagi]
Sasaki dan Miki datang untuk berjumpa Kaoru lagi sekali.Mereka perlu ke meja pertanyaan sebelum masuk dan memakai kad kebenaran masuk.Dalam perjalanan hendak ke pejabat Kaoru, Miki mula bersuara "Kakak betul ke kita boleh percaya Encik detektif ni?" Sasaki terhenti dan memandang muka adiknya dan menjawab "Miki cuba fikir balik selama ni polis cuba ke tak untuk kes mak ni?" ,Miki menggelengkan kepala."Sebenarnya,kakak pun pada mulanya rasa tak sedap hati nak bagi Edogawa-san kes ni,takut dia tolak..tapi dia tak tolak siap kata menarik lagi,jadi saya harap sekurang- kurangnya pembunuh tu kena tangkap..Miki kenapa macam tak percayakan Edogawa-san?". Miki menundukkan kepala.

"Miki rasa susah nak percayakan orang sebab semua orang dalam kelas Miki macam takut dengan Miki,kata Miki anak pembunuhlah...Ada makcik2 jiran kita kata nanti mungkin kita jadi pembunuh juga..."Miki mula mengeluarkan air mata.

Sasaki mengelap air mata adiknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sasaki mengelap air mata adiknya. Sambil mereka sedang berborak itu ada orang muncul dari belakang Sasaki."Kamu berdua ni sesat ke?"tanya seorang wanita yang lalu di situ. Sasaki tenangkan diri kemudian memberitahu wanita tersebut tujuan mereka ke sini."Kami berdua kesini nak jumpa Edogawa-san,pasal kes yang kami minta dia selesaikan..beberapa hari yang lepas..pasal kes 10 tahun lepas...Saya Sasaki dan ni Miki adik saya..maaflah kalau menggangu.."Sasaki menundukkan kepala.

"Angkat kepala kamu Sasaki-chan,saya tahu semua tu maaflah ye.."wanita itu tersenyum."Saya Yoshida,saya bertugas mencari maklumat 'si pembunuh'.."Yoshida memandang mereka. Mereka terkejut lalu Sasaki bersuara "ja..jadi Yoshida-san tahulah siapa pembunuh tu?..Bo..boleh bagitau kami tak?..." Yoshida pura2 tidak dengar sambil memandang jam tangannya."Ooh..dah pukul 7 baik kamu gerak ke sekolah kamu sebelum lambat...lagi satu Kaoru-san tiada sekarang ni dia sedang mencari bukti yang kamu perlukan~...okey itu saja saya bolah bagitau bye bye ~"Yoshida berjalan pergi ke arah Timur bangunan.

"Yo--dia dah pergi..."Sasaki berasa tidak sedap hati lalu menarik tangan adiknya."kakak? Kita nak pergi mana ni? Encik detektif takde kan?"Sasaki berhenti dan menjawab soalan adiknya "apa kata sekarang ni kita pergi sekolah dulu untuk hari ni? Miki okey tak?"Miki mengangguk "Miki tak nak menyusahkan kakak..Miki akan pergi sekolah walaupun kena kutuk dengan semua orang..."Sasaki memeluk adiknya. "Terima kasih Miki kerana faham...kalau ada sesiapa cederakan kamu bagitau kakak ye!" Miki mengangguk.

Kring!Kring![bunyi telefon]
"Ooh.."aku menjawab panggilan tersebut."Helo?Yosshi ada apa2 ke pagi ni?" ,Yoshida menjawab "tadi dua beradik tu datang nak jumpa kamu jadi saya beritahu mereka kamu takde dan minta mereka ke sekolah mereka sebelum terlambat.."

"Lagi apa kau bagitau mereka?"aku senyum dan memasukkan tangan kananku dalam poket seluar. "Err...Saya terlepas cakap yang saya tahu identiti pembunuh...maafkan saya..." suara Yoshida menjadi perlahan. "Yoshida.Aku tak kata pun orang yang aku suruh kau cari maklumat tu 'si pembunuh' jadi sebagai denda kau bermulut tempanyan,aku nak kau jumpa mak Sasaki-chan boleh kan?" Yoshida hairan lalu bertanya "kenapa kena jumpa ibu dia pula?".Aku menjawab "dia pun ada terlibat cuma bukan bahagian pembunuhan...apa2 pun nanti call aku balik ye sekarang aku nak ke balai polis~..Yoshida pulak jangan lambat ke kelas byebye~" -TUUT-

"Hmm..dah 7:30 pagi..baik aku sarapan dulu~" aku turun ke ruang makan dan bersarapan. Sementara itu,"mana Kaoru-kun?!" Sumire mencari aku di bilik aku dan Yuki. "Yuki-kun mana Kaoru-kun??!" Sumire tanya dalam keadaan panik. "Sumi.. Sumire-san bertenang...dia mungkin tengah...makan..."Yuki menjawab dengan gugup. Setelah selesai sarapan aku balik ke bilik dengan rasa kenyang dan nyaman,aku membuka pintu bilik dan nampak semua berkumpul dalam bilik aku dan Yuki.

"Ka.. Kaoru-kun...mana..apa...Tak apalah.."Sumire duduk diatas kerusi sambil mengeluh. "Sumire , kita tak mula lagi kau dah penat? Aku ingatkan aku sorang je yang sukan lemah Sumire pun ke?" Aku sengaja mengusik Sumire. "Bukanlah...aduhai..kita kenal dari kecil lagi takkan benda camtu awak tak perasan?..Takpelah..jomlah gerak , kalau lambat nanti menyusahkan pulak kan?" Sumire bangun dan mengeluarkan kunci kereta.

"Akhirnya bergerak juga...hah.. menyusahkan..."Yuki bisik sendiri. " Aku pandang Yuki lalu menepuk bahunya "bagus kamu ada disini~..jom!" Yuki membuat muka keliru.

(Dalam kereta)

"Semua dah ada ke?" Sumire memeriksa kami."Baiklah,mari gerak!~" Sumire mula memandu, aku pula sambung baca buku yang Yuki bagi aku semalam.

(30 minit kemudian)

"Baiklah,bahagian ni biar aku yang buat korang pulak backup aku,okey?"semua mengangguk. "Helo disana selamat pagi!" Lelaki itu menjawab "selamat pagi apa boleh saya bantu?"aku menjawab " aku nak jumpa Tuan Ishikawa ,iaitu ketua polis kat sini boleh?" Lelaki itu menjawab "hmp! Budak macam kamu buat apa nak jumpa Encik Ishikawa,baik pergi balik belajarlah~"

"Bu..budak??!" [Kaoru]

Terima kasih kerana membaca
Jumpa di bahagian seterusnya~
Jangan lupa comment dan vote!

GIFT:The Mystery MurderWhere stories live. Discover now