Misteri 4:Penjenayah yang Sebenar

29 2 0
                                    

  {30 minit sebelum tembakan dilepaskan}

"Kenapa kita kena bantu manusia macam dia tu.. menyusahkan je.." mengeluh seorang wanita di situ. "Kalau kau tak buat tak dapat duit tau" jawab seorang lelaki di sebelahnya. "Okey,okey..Saya akan buat hanya perlu tembak lelaki detektif yang kecil tu je kan?..Hmph boss lupa ke aku ni pakar penembak ko takde pon takpelah. Ryo ko boleh balik kalau ko nak!".

  Ryo pun menjawab "ini tugasan yang boss bagi kat kita berdua! Aiko-senpai dengar sini kita ni satu kumpulan jadi kenalah bekerja sama!". Aiko terdiam lalu mengeluarkan pistol sniper yang dibawanya dan memacukan ke arah Ryo . "Siapa ketua kat sini? Kau dengar sini aku tak kisahlah ko ni ahli kumpulan aku ke ape ke..ko kena ingat aku boleh bunuh kau bila-bila je aku nak  dan aku takkan ragu-ragu..". "Aiko?" muncul kelibat seorang lagi wanita.

  "Mio?" Mio berjalan menuju ke Aiko lalu mengambil pistol ditangannya dan mengetuk kepalanya. Kemudian Mio memandang ke arah Ryo "Kamu tak apa-apa ke, Ryo-kun?" Ryo mengangguk dan berkata "Terima kasih Mio-senpai.." Mio membalas dengan senyuman. "Aiko, cepat bersedia untuk tembak!" Aiko tabik lalu meletakkan sniper itu di hujung bangunan dan membubuh beberapa peluru.

  Mio melihat gerak-geri mereka melalui teropong dibawanya. "Aiko saya kata tembak baru tembak ye?" Aiko bersedia dalam posisi , Ryo pula memastikan tiada halangan menggangu mereka beroperasi. "Aiko..Sedia..TEMBAK!!". Aiko melepaskan dua tembakan.

BAMM!! BAMM!!

(Selepas itu)

 
   Penglihatan aku jadi kurang jelas ,kelihatan aku sudah terduduk selepas tembakan dilepaskan. Bila asap sudah hilang aku nampak beberapa keping ais dihadapanku dan terdapat peluru tersangkut di celah-celah ais. "Apa dah jadi?..Aahh...terima kasih Yuki-kun" Yuki hanya menundukkan kepala . Aku mengambil peluru yang tersangkut itu dan cuba untuk menganalisasinya.. "hmm..Barret M82 ke..boleh tahan .." Sumire memandang aku dengan muka keliru "Kaoru apa maksud awak?". Aku menunjukkan jari telunjuk aku kearah tingkap  "tembakan dilepaskan kira-kira 100 meter dari sini, penembak menggunakan sniper rifle bernama Barret M82.. peluru ni kira-kira 10 cm..dan ada dua lagi teman bersamanya.." Mereka semua terdiam mendengar penjelasan aku tadi.

  "He..Hebatnya Kaoru-san!! Macam mana Kaoru-san dapat tahu semua tu?!"  Saori mula bersuara semula lalu mendekati aku. Aku memandang Yuki dengan senyuman lalu berkata "betulkan Yuki-kun?~"  Yuki hanya menganggukkan kepala. "Aik mana Ishikawa-san?" Sumire mula mencari Ishikawa. "Wuuooh...Kamu semua tak apa-apa ke?" Ishikawa keluar dari bawah meja "wuuaahh! Apa pasal ada ais kat sini?!" Yuki kehadapan lalu menghilangkan ais yang dibuat olehnya.

 

{Di bangunan jaraknya lebih kurang 100 meter}

  "A..apa tadi tu..?" Mio hanya memerhatikan dengan teropongnya. "Kenapa ni senpai?" Ryo berjalan ke arah mereka. "Tembakan kita gagal jom kita laporkan kat Boss dulu,tak sangka dia ada bawak Ace sekali.."  Mio pusing ke belakang lalu lompat turun dari bangunan itu. "Ace? Apa maksud Mio-senpai ,Aiko-senpai ?" Aiko hanya memandang Ryo lalu mengajak dia balik bersamanya.

  "Misi gagal ke?..." bisik Aiko seorang diri. "Aiko siapa nama budak tadi tu yang halang tembakan kau tadi?!" Mio tanya dalam nada tidak puas hati.
"Nama mana aku tau...tapi rupa aku ingatlah dia tinggi kira-kira 160 cm keatas , pastu dia berambut putih, rambutnya agak panjang..muka dia comel-comel gitu...mungkin lagi muda dari kita..macam 14 ke 15 tahun macam tulah..oh ye bulu mata dia pon putih!". Mio mengangkat kening kanannya  "putih saja dia albino ke?mata dia warna ape?" Aiko hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.


{Di Balai Polis Bandar S}

TOK!!TOK!!TOK!!

   Satou membuka pintu pejabat Ishikawa.
"Err, Ishikawa-san ada apa2 terjadi ke??!!.." Satou terkejut dan badannya mengundur. "Ada sesiapa cedera ke?" Satou mendekatkan diri pada Kaoru. "Saya?Saya okey jelah~Oh!Satou-kun sekarang kami nak cakap pasal benda sulit sekarang ni jadi...sila minta diri.." aku meminta Satou keluar supaya tiada siapa yang tahu pasal kes ni.

  "Sumire!" aku meminta Sumire beritahu Ishikawa sesuatu sebelum aku beritau benda sulit. Sumire berdiri di hadapan Ishikawa lalu memberitahunya "Ishikawa-san perkara yang akan saya sampaikan adalah daripada Kaoru-kun sendiri dan maklumat berikut adalah benar, sila jangan protes!" Ishikawa hanya mengangguk.  "Baiklah mula-mula pembunuhnya ialah..."


{Di tempat R.B.T.C}
 
"Tembakan kamu dihalang ?" kata seorang wanita yang berambut hijau dan berkaca mata itu. " Maafkan kami You-san lain kali kami akan berusaha lebih sikit!" kata Mio kepada ketua yang ke-4 dalam organisasi itu. You hanya memandang mereka lalu membenarkan mereka pergi. "Mereka pun boleh tahan ye..Ooh!" You berdiri dan tersenyum sendiri tandanya dia mendapat idea. "Cara ni pun bolehlah... hehehe...Mio,Aiko,Ryo datang ke bilik saya sekarang!" You memberitau melalui mikrofon.

   Selepas beberapa minit mereka sampai "Dengar sini saya nak bertiga buat kes baru!" You menerangkan rancangan dia. "You-san , macam mana patut kami buat?" Mio mula menyoal ketuanya. "Mula-mula kamu pergi tempat ni dan mula seran--- maksud saya...bunuh mereka kalau boleh jangan tinggalkan kesan korang pada tempat kejadian!" You menegukkan segelas air selepas selesai memberitahu rancangannya. "Jadi macam mana terima tak misi kali ni?" You sambung  bersuara. "Baiklah kami terima!"  mereka menjawab dengan serentak lalu beredar dari situ.

  "Umm..senpai apa terjadi kalau aku seorang diri lepas tu aku terserempak dengan pihak lawan macam mana?" Ryo berasa agak resah kerana ni baru kali ketiga dia dipanggil. "Jangan risau kalau kau tak nak bunuh pihak lawan.. sekurang-kurangnya tewaskan mereka" jawab Mio kepada Ryo. "Jangan susahkan kitorang pulak budak!" Aiko berlalu dari situ untuk mengambil senjatanya.
"Ryo sekarang ni kita ada misi untuk bunuh orang jadi..janganlah risau sangat!" Mio juga berlalu pergi . "Senpai..ha.." Ryo juga pergi bersedia untuk mulakan misi. "Kali ni misi ni tak boleh gagal.." Mio bisik sendiri.

 
  "Ada sesuatu yang akan terjadi ke?..." aku bisik sendiri.

Terima kasih kerana membaca
Sila vote& comment
Kali ni saya buat panjang sikit😆
Enjoy CU!

GIFT:The Mystery MurderWhere stories live. Discover now