✈️Bab 7🍭

4K 253 76
                                    

AGAKNYA sekarang dah pukul berapa eh? Mata aku berat gila. Penat dah dok menguap dari tadi. Aku nak bantal dengan tilam je sekarang! Nak tidur. Macam dah tak larat nak terus berkurung dalam bilik air ni tapi aku tak tahu nak hadap manusia luar sana tu macam mana.

Lepas berlakunya babak hindustan tadi aku terus menonong masuk ke sini. Salam dia tu aku jawab dalam hati je. Gila apa nak jawab secara lisan?

Kenapa perkara itu perlu berlaku?  Kenapa dia pergi buka pintu masa aku dok berborak dengan mama? Kenapa aku kena jatuh atas dia? Kenapa posisi aku dan dia kat atas lantai tadi tu sangat tak senonoh?

Seumur hidup aku, tak pernah lagi la aku berada serapat itu dengan bukan mahram aku. Malu gila! Dah la malu, kekok pulak tu.

Allah...

Tak boleh ah camni! Aku kena keluar jugak. Takkan nak tidur dalam bilik air? Tab mandi tu... membayangkan je pun aku dah rasa lenguh badan kalau tidur kat dalam tu.

Harap-harap dia dah tidur la. Taknak aku berkurung kat sini sampi esok pagi. Tak pepasal terjumpa dengan hantu jamban! Woah, seram!

Aku tekap telinga kanan pada pintu. Sunyi tak dengar bunyi apa. Mungkin betul dia dah tidur.

Tombol pintu aku pulas dan pintu aku kuak dengan berhati-hati. Mengelak dari berlakunya sebarang bunyi. Sebaik saja pintu terbuka, aku jengul kepala.

Hati aku jadi lega gila bila nampak dia baring kat atas sofa. Perasan yang dia tak buat apa-apa jenis pergerakkan, aku beranikan diri untuk berjalan keluar dari bilik air dan menuju ke arah dia. Dengan bantuan cahaya dari lampu bilik air aku nampak dia dah pejam mata, tangan kiri atas dahi. Dia tidur betul ke?

Tangan kanan aku bawa depan muka dia, melambai-lambai. Okey, nampaknya dia betul-betul tidur. Aku dapat dengar dengkuran halus.

Muka tanpa jerawat a.k.a muka jambu itu menjadi mangsa tatapan aku. Kesempurnaan rupa dia buat aku ralit. Penat berdiri, aku duduk lipat sila atas karpet depan dia. Lama aku tengok dia. Macam tak percaya aku dah jadi isteri orang. Macam tak percaya aku berduaan dengan lelaki asing dalam satu bilik.

"Hey, driver kapal terbang. Kenapalah awak pilih saya jadi isteri? Kenapa tak pilih orang lain je? Kan saya dah cakap yang saya tak bersedia?" Nada paling perlahan aku gunakan sekarang ni. Masih mata menatap wajah tenang dia, aku tarik nafas. "Saya tak tahulah awak boleh tahan dengan kerenah saya atau tak. Dan saya tak tahu saya boleh terima awak sepenuhnya atau tidak. Tapi saya harap awak bersabar dengan dengan saya. Saya harap perkara positif je yang akan berlaku dalam hubungan kita. Harap-haraplah..." Cara aku bercakap ni macam dia tengah dengar je padahal orang ni dah tidur mati. Sebab dia dah tidur la yang aku berani melalut macam ni. Kalau jaga memang tak ah. Duduk rapat macam ni pun takdenya aku nak buat.

Aku bangun untuk ambil selimut dalam almari. Pergi balik kat dia dan selimutkan dia sampai paras dada. Kedudukan tudung bawal dikepala aku betulkan sambil berjalan ke arah katil. Tak pernah duh aku tidur pakai tudung. Tahulah dia suami tapi sumpah aku rasa kekok nak tayang aurat aku kat dia. Tubuh aku baringkan secara mengiring kat atas tilam.

Lahai... letihnya badan. Penat bertungkus lumus untuk kenduri bukan tahap biasa. Rasa macam serik! Sebab tulah aku akan pastikan yang aku akan berkahwin sekali sahaja seumur hidup! Amin...

Aku dah separuh terlelap masa aku dapat rasa ada pergerakan di depan aku. Dan soket mata aku meluas bila wajah penuh Uwais menjengah pandangan. Kiranya dia tengah menghadap aku sekarang ni. Walaupun samar, aku dapat tengok mata dia bulat merenung aku.

Jap! Celah bila dia boleh ada kat sini?

Celah bila dia jaga?

Atau... dia pura-pura tidur je tadi tu?

Jap! Kalau dia pura-pura tidur maksudnya dia dapat dengar segala benda yang aku melalut kat depan dia tadi tu la?  Wei! Seriuslah dia dengar!?

Allah!

Allah!

Allah!

Aku maluuuu!

Dan aku rasa macam terkena kejutan elektrik saat jari dia menanggalkan butang dibawah dagu aku sebelum tudung aku ditanggal dengan mudah.

Dua saat kemudian jantung aku pula terasa macam direntap keluar dari tangkai bila jari-jemari yang  sama dia betulkan rambut serabai aku.

Tiga saat lepas tu, dengan selamba dia cium dahi aku dan dengan selamba juga dia kucup bibir aku. Memanglah tak lama. Tapi cukup untuk buat aku keras macam baru kena tembak ais dengan Elsa-Frozen.

Aku tak tahu apa dah jadi dengan kotak suara aku sebab aku cuba nak bercakap tapi suara aku taknak keluar.  Bibir aku juga tak bergerak. Yang aku mampu buat sekarang adalah terus perhati muka dia tanpa berkelip.

Masih dengan gaya mayat hidup juga masa dia tarik aku rapat ke tubuh dia. Tangan kanan dia selit bawah leher aku untuk dijadikan sebagai bantal. Dahi aku dia sandarkan pada dada dia. Tangan kiri pula sudah melingkar pada pinggang aku. Dagu dia pacakkan atas ubun-ubun aku. "Good night, Khairina. Assalamualaikum."

"Wa-waalaikumussalam."  Dan kali ni aku jawab salam dia secara lisan.

*****

*To Be Continued

*Cik Khairina wei! Apehal aku pulak yang rasa dugeun dugeun masa tulis part dewasa-ikut-term-kita ni ha??  Pinjam ParkChan seminggu peliss 😍😍😍

[COMPLETED] Dia Semanis Gula Kapas Where stories live. Discover now