Bab 2

6 0 0
                                    

Beberapa hari yang lalu, ada seorang pelajar dari tanah arab datang menjadi pelajar di sekolah aisyah. Sama baya.
Bila yang namanya dari negara arab meskipun berdarah melayu tetap menjadi masyhur.

" weh aisy, dah kenal ke budak baru kelas sebelah ? " soal Imani

" tak kuasa aku nak kenal-kenal ni. Bukan kerja I ok " jawab aisya sambil menekup mulut yang di sengajakan.

Imani mencebik seperti sediakala. Bukan tidak tahu perangai si Aisya itu, yang tidak mengambil port tentang lelaki. Berurusan dengan lelaki bila hanya ada kerja sahaja.

" tak payah lah nak buat muka tak senonoh macam tu, kau ni pun. Beriya sangat dengan budak arab tu, bukan handsome pun " Aisya membuat muka. Mata ke atas tangan ke bahu.

Tanpa dia sedar, budak arab tu ada dibelakang Aisya, Imani menekup mulut dan matanya terjungil. Terkejut sebab budak arab yang baru dikatakan Aisya tidak handsome itu ada di belakangnya.

" Kau dah kenapa weh ! "

Imani masih menekup mulutnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

" Assalammualaikum "

Kedengaran suara garau di belakang memberi salam.

Aisya keresahan, lantas memalingkan belakangnya. Dan dia pun terkejut.

' Rasanya budak arab tu, tapi tak nampak macam arab pun. Mata sepet, tak ada la berkulit cerah macam pak pak arab '

" astaghfirullah " ucap Aisya

" Enti Aisya ? Sohih ? " soal budak arab.

" Na'am , leih ya ? " keluar arab pasarnya sedikit.

" ismi Muhammad, Muhammad Imanuddin " ujarnya.

" ohh, maalish. Hal enta ladaik fi musykilah ? " soal aisya.

" tak ada, saja nak kenal awak " jawab muhammad

" aiwah ! '

Aisya berlalu dengan begitu sahaja dengan meninggalkan Imani di belakang. Yang masih menekup mulutnya.

' nak kenal awak saja ' ingat aku ni apa nak kenal kenal. Erghhhh.

Muhammad Imanuddin tersenyum melihat gelagat Aisya yang agak strict dan selamba. Betul lah kawan-kawan baru dia ada menyebut tentang Aisya, yang tidak menghiraukan siapa -siapa melainkan ada kerja dan soalan yang perlu ditanya dan dijawab sahaja.

" Aisya ! Tak baik lah kau buat dia macam tu ! " marah Imani

" Buat apa sayang, I tak buat apapun " Aisya mengeyit mata.

" Aisya buat apa weh ! " soal Fatma sahabat semeja Imani.

Imani pun mula lah bercerita.

" Ha'ah aisy, tak baik lah kau. Kalau aku lah kan, aku dah melayan. Budak famous kot ".

" Haha, bukan kerja aku ".

Tak sampai sebulan sekolah sini dah mashur pelik. Budak zaman now.

Fatma dan Imani hanya menggeleng.

' Aisya '

Kedengaran bisikkan nama itu seiring dengan angin lalu.
Hati berdegup keanehan.
Adakah ini....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Yang TertangguhWhere stories live. Discover now