+++" Lily ? "
Aku menganggukkan kepala . Seorang perempuan yang memakai skirt paras lutut itu membelek fail aku .
" Awak takde sijil langsung ? "
Aku mengetap bibir sambil menggeleng perlahan . Perempuan itu membelek pula halaman lain . Sebenarnya dalam tu tak banyak isi pun . Sikit jer helaian kertas dan borang aku letak dalam tu . Ingatkan senang nak jadi pembantu rumah ni rupanya payah .
" Hmm , nanti pukul 3 kami akan mulakan temuduga ni . Sila beratur kat sana ya ? "
Perempuan itu menunjukkan sebaris tempat duduk yang panjang pada aku . Semua tempat dah penuh jadi terpaksalah aku berdiri . Sabar Lily , kau pasti boleh !
5.30 p.m.
Dah lebih kurang 2 jam aku tunggu . Kini tinggal dua orang lagi di depan aku .
" Park Minkyung dan Han Yuju "
Panggil seorang perempuan lagaknya seperti seorang setiausaha datang ke arah kami .
Dua orang perempuan yang duduk di hadapan aku berdiri dan masuk ke dalam bilik temuduga .
Bukan ke biasanya panggil 3 orang ? Kenapa dia tak panggil nama aku ?
Aku pantas mengeluarkan buku nota mini lalu menulis sesuatu . Setelah itu , aku menahan lengan setiausaha itu dengan harapan dia akan dengar soalan aku .
Aku menghulurkan kertas tersebut kepadanya .
Kenapa nama saya tak dipanggil ?
Setiausaha itu menggeleng perlahan .
" Maaf , boss saya cakap dia dah letih jadi dia limitkan 2 orang sahaja untuk masuk bilik tu . "
Setiausaha itu terus masuk ke dalam bilik temuduga . Aku dapat rasakan tenaga aku makin lemah hingga aku jatuh terduduk di atas lantai .
" Maafkan eomma , hyunnie " bisikku .
Tiba-tiba 2 orang perempuan tersebut keluar dari bilik itu sambil menangis . Kedua-duanya mengesat air mata yang membasahi pipi . Aku memandang mereka pelik .
Mereka berdua ternampak aku lalu melangkah ke arah aku . Tangan salah seorang mereka mengcengkam kemas bahu aku sambil berkata ,
" Good luck untuk jawatan tu "
Aku mengangkat keningku tanda pelik .
Seketika kemudian datang pula si setiausaha sambil tersenyum pada aku .
" Tahniah cik , boss saya sudi bagi peluang untuk cik ditemuduga . Cik boleh masuk bilik ni sekarang "
Aku masuk ke dalam bilik temuduga itu .
Lelaki yang sedang membelek kertas itu berpaling melihatku . Senyumannya mati .
" N-nari ? "
Aku membuat muka apakah?-saya-tak-faham-kesialan-apa-yang-mahu-anda-tanya ?
YOU ARE READING
Wrong Fate +kth ✔
FantasySeason 1 : Salahkah aku mencintai manusia walaupun aku iblis ? Season 2 : Mencintai manusia adalah kesilapan terbesar dalam hidup aku COMPLETED - masih dalam proses mengedit semula.