" Kim Nari .. awak Kim Nari kan ? "Aku cuba melepaskan diri aku daripada encik taehyung . Ish harap jer handsome tapi pervert rupanya . Minggu lepas dah la cium aku tak minta izin dulu .
Kenapa la boleh ada kulit pisang tadi ?
Jahannam betul .
Aku menggeleng beberapa kali . Bibirnya menguntumkan senyuman manis buat aku . Aku terpaku .
" Takpe kalau awak tak nak mengaku sebab saya tahu awak takkan ingat langsung saya , lily .Tahu tak nama lain bagi Lily apa ? Nari "
Aku meneguk air liur kasar .
" Opss bisu rupanya pembantu rumah aku ni " jawabnya sinis .
" Kamu berdua buat apa ni ? "
Kami memandang ke arah empunya suara . Seorang perempuan yang boleh tahan cantik dan berwajah bengis datang ke arah kami sambil mencekak pinggang .
" Tae sayang , you jangan nak mengurat pembantu rumah baru you ni . Memang silap besar la I ambil dia bekerja macam ni "
" Ani , you salah faham ni . I nak selamatkan dia jer "
" Tae .. ini yang you kata busy tadi ? Habis macam mana dengan persiapan kahwin kita bulan depan ? You tak nak kahwin dengan I ke ? "
" Ya , I nak kahwin dengan you sayang tapi I memang tengah busy tadi . Ni pun ambil angin jer ni "
" Hmph , you tunggu lah I pick dress yang paling seksi dan menawan supaya you tergoda dengan kecantikan I "
Jeon Yujin berjalan pergi sambil menghentak manja kasut tumit tingginya ke tanah .
" Bakal .. isteri aku "Aku mengangguk . Ok sebenarnya aku patah hati sekarang sebab kau faham tak ? Aku baru berangan nak kahwin dengan acecececeh tapi ok rupanya dah nak jadi laki orang .
Ingat Mingyu Lily Oi !!
Mingyu dah lama tunggu kau balas cinta dia tapi macam mana hati kau boleh berpaut pada lelaki byuntae macam dia ni ?
" Cantik kan ? "
Aku mengangguk tanpa rela .
" Aku .. sayang dia "
Aku menundukkan muka ke lantai .Mungkin sebab tak menyangka yang dia sayangkan perempuan tu .
" Dia perempuan yang ada dengan aku waktu orang lain cakap yang aku teruk .. cuma dia yang ada dengan aku . Aku sayangkan dia sangat . Tapi kasih ni takkan melebihi cinta aku pada Kim Nari "
Aku mendongak memandangnya yang tersenyum manis .
" Kesilapan terbesar aku adalah mencintai manusia "
Dah beberapa kali aku mimpi ayat tu .
Kan indah kalau aku bukan manusia ?
TBC💜
Sila vote untuk next chapter 😂
YOU ARE READING
Wrong Fate +kth ✔
FantasySeason 1 : Salahkah aku mencintai manusia walaupun aku iblis ? Season 2 : Mencintai manusia adalah kesilapan terbesar dalam hidup aku COMPLETED - masih dalam proses mengedit semula.