🌱 Hari ini aku baca tentang berita seorang pelajar 15 tahun yang membunuh diri kerana dituduh mencuri.😐
Dia telah dituduh, malah dimalukan dan dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukan. 😌
✍🏻 Oleh seorang guru yang seharusnya melindungi, mengajar, mendidik dan membesarkan. ,
✍🏻 Memang kalaupun pelajar itu mencuri, ada cara untuk berbicara, menegur dan menghukum. ✨
✍🏻 Apatah lagi jika tiada bukti, hanya dengan judgement kasar mata, hingga membunuh jiwa anak-anak dalam jagaan amanahnya.
✋🏻 Sedangkan nak menuduh berzina pun perlukan saksi, apatah lagi nak menuduh kesalahan mencuri dan kesalahan-kesalahan lainnya.
Guru, murobbi.
🔈 _Kadang-kadang kita mungkin tersepit, terjerat, bagaimana untuk mendidik dan membina jiwa anak-anak yang dalam amanah kita._
😊 _Ketahuilah tak ada cara yang lebih baik, melainkan dari apa yang digariskan baginda._
✨ _Sedangkan nak dirikan bangunan pun tak boleh ikut suka, nak memasak pun ada resepinya, takkanlah nak bina manusia boleh ikut resepi ikut suka kita._
✍🏻 _Takut-takutnya kita bukan membina, bahkan menghancurkan anak-anak yang ada._
✨ _Mohonlah pertolongan pada Allah dalam membina anak-anak di bawah asuhan kita, agar yang terdidik itu bukan dengan nafsu, tapi dengan iman dan akidah yang benar, yang tunduk pada Tuhan, bukan pada ketakutan atau ketaatan tanpa kefahaman._
050218.
🌹 Dakwah didirikan dengan cinta,
Bukan dengan paksa😊@HijrahQ✍🏻
@DGBL🌹✍🏻
YOU ARE READING
Cinta Ilahi ✅
RandomBukan cerita cinta tetapi cinta kita terhadap ilahi. Himpunan usrah, quotes, hadis dan sebagainya. Quotes by: @qawiyy @DGBL @ im_cattleya72_ @sentapwords @takashi ara @ohdeep Dan lain-lain. Sentap? Alhamdulillah. Anda masih ada iman.