✍🏻 Rentetan sebuah perjalanan:
🏨 klinik,
Member tanya,🧕🏻 "Pesakit okay tak?"
🧕🏼 _"Pesakit okay.. aku yang tak okay_ "
"Der kau yang pre eclampsia ke?"
😅
✍🏻Sungguh momen ini antara momen yang mengajar aku kembali erti keikhlasan.
Bahawa walau kau dilempar batu, kau tetap harus sebarkan kebaikan.
🌝 _Aku tahu, di luar sana ramai yang membenci dan menghina pekerjaan seperti aku ini, namun itulah lumrah kehidupan._
❌ Tak semua yang akan bersama kita dalam apa yang kita lakukan..💖
✍🏻 Namun di situlah Allah mengajarkan keluasan hati bagi yang benar-benar meyakini.💪🏻
✍🏻 Bahawa di satu lagi sudut kehiduan, di akhirat, tempat yang berkekalan, kita akan peroleh balasan untuk apapun yang kita kerjakan.💖
✍🏻 _Kalaupun di dunia kita dihimpit kejahatan, berlapang dadalah kerana kita punya Tuhan yang takkan meremehkan walau sekelumit pun kebaikan._🌝
💪🏻 _Begitulah dakwah ini mengajarkan aku yang serupa,_ ☺
💔 Ada saat yang aku akan dibuang,
Dibenci,
Malah disalah fahami..💔🐣 Namun ia takkan sesekali menggugurkan tanggungjawabku di bumi. Maka aku akan terus melangkah, memberi buat yang masih dahaga dan ikhlas sudi.✨
✍🏻 Dakwah ini adalah cinta,❤
✍🏻 Dan kerana cintalah aku mahu ada.
🌝 Kerna ku tahu, yang lebih baik itu adalah di 'sana'.Kampung halaman kita.🛣
@rentetanperjalanan
@DGBL🌹✍🏻

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Ilahi ✅
SonstigesBukan cerita cinta tetapi cinta kita terhadap ilahi. Himpunan usrah, quotes, hadis dan sebagainya. Quotes by: @qawiyy @DGBL @ im_cattleya72_ @sentapwords @takashi ara @ohdeep Dan lain-lain. Sentap? Alhamdulillah. Anda masih ada iman.